Showing posts with label motivasi kerja. Show all posts
Showing posts with label motivasi kerja. Show all posts

Friday, July 17, 2009

TIPS MEMAJUKAN KERJAYA


Di bawah ini disenaraikan lapan tips yang boleh anda ikuti.

 Jadilah yang terbaik di dalam profesion yang anda ceburi. Oleh kerana persaingan dalam pasaran kerja semakin sengit, anda perlu menampakkan diri sebagai seorang pekerja yang berkebolehan menambah nilai sesebuah organisasi. Langkah ini amat penting bukan sahaja untuk mereka yang sedang mencari kerja tetapi juga untuk mereka yang ingin mengekalkan kedudukan sekarang dalam organisasi.

 Labelkan diri anda. Apakah yang anda perjuangkan? Bagaimana anda memasarkan diri anda? Inilah masa yang paling sesuai bagi anda memperkenalkan diri kepada umum.

 Jalinkan suatu perhubungan profesional yang berpanjangan dengan pengambil tenaga kerja yang berkelayakan. Walaupun anda telah mendaftarkan diri dalam senarai mencari kerja, ini sememangnya tidak mencukupi. Matlamat anda adalah untuk menjadi calon pilihan setiap kali peluang tiba.

 Terima sebarang perubahan dengan hati yang terbuka. Anda mesti tidak mahu ketinggalan di belakang. Oleh itu, anda perlu sentiasa mempelajari perkara-perkara baru terutamanya yang berkait rapat dengan bidang kerjaya anda.

 Resume merupakan iklan peribadi anda. Pastikan anda menyatakan keistimewaan anda. Jangan lupa menerangkan kerja-kerja yang telah anda lakukan.

 Calon yang mempunyai latar belakang yang berlainan daripada apa yang diingini oleh seseorang majukan sememangnya kurang mendapat perhatian. Oleh itu, anda mesti menyedari apa yang diingini oleh setiap majikan ketika mencari kerja.

 Bersedia untuk memasuki pasaran kerja yang semakin berkembang. Sentiasa mengikuti perkembangan terkini pasaran kerja.
JADILAH PEKERJA KREATIF

Jangan khuatir pasal soal kreativiti kerana Tuhan telah menganugerahkan setiap individu segudang potensi dan kemampuan. Cuma yang tinggal adalah cara untuk mengasah dan membentuknya.

Sesungguhnya alam persekitaran telah mengajarkan anda untuk menjadi kreatif. Jadi kalau sehingga ini anda masih merasakan kreativiti itu belum lagi menyerlah, mungkin langkah-langkah berikut dapat membantu anda.

1. Percayalah Setiap Orang Boleh Menjadi Kreatif

Anda tidak perlu menjadi orang yang sangat unik, apatah lagi untuk menjadi kreatif. Ini adalah kerana kreativiti itu sendiri boleh diekspresikan dalam pelbagai pekerjaan dan aspek kehidupan. Maksudnya, anda boleh mencipta perkara baru atau alternative baru untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja.

2. Gunakan Imaginasi Anda Sebebas-bebasnya

Sesungguhnya imaginasi seseorang tidak dapat dibatasi oleh apa pun. Imaginasi dapat membantu anda mengeksplorasi minda anda.

3. Cubalah Untuk Menjadi Kanak-Kanak Semula

Ertinya, biarkan intuisi membimbing anda menuju ke pendekatan kanak-kanak. Jangan lupa juga untuk membuka minda. Cara ini pasti dapat membantu anda membuka minda. Cara ini pasti dapat membantu anda berfikir secara bebas kerana kerap kali fikiran kedewasaanlah yang menghalang anda menjadi kreatif dengan adanya faktor ketidakmungkinan.

4. Biarlah Diri Melakukan Kesalahan

Menerusi kesalahan, anda dapat belajar merancang langkah atau tindakan selanjutnya dengan lebih baik. Contohnya, seorang penulis dikatakan mampu menghasilkan karya yang berkualiti hanya selepas melalui banyak kesalahan.

5. Isi Otak Anda Dengan Pelbagai Informasi

Biarkan otak anda ‘menjauhkan diri’ sejenak dari kerja yang sedang dilakukan dengan menonton filem, mengunjungi kedai buku, muzium atau kompleks beli belah (jika itu memang apa yang anda sukai). Otak manusia mampu menyerap pelbagai informasi dan perkara-perkara yang menyenangkan itu mungkin boleh dijadikan sebagai sumber ilham anda.

6. Segera Catat Idea Anda

Kadangkala, idea bernas akan datang secara tiba-tiba. Untuk mengelakkan idea tersebut berlalu begitu sahaja, segeralah catatkan idea itu dalam sebuah buku nota khas atau diari anda. Menurut sebuah kajian yang pernah dijalan di Britain, aktiviti berkarya mampu merangsangkan idea.

7. Jangan Malu Bertanya

Bertanyalah tentang apa sahaja. Ini adalah kerana selalu bertanya dapat membantu anda berkembang. Selain itu, ia juga dapat membantu anda memahami banyak perkara yang ada kaitannya dengan pekerjaan ataupun kehidupan.

8. Jika perlu, ‘Keluarkan’ Diri Daripada Kebiasaan

Jika anda tidak memperolehi apa yang anda inginkan, baik dari segi perhubungan, pekerjaan mahupun perniagaan, cubalah untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Untuk menjadi kreatif, kadangkala anda perlu melanggar peraturan atau pola-pola lama yang sedia ada dan mengembangkan cara baru ketika melakukan sesuatu perkara.
MOTIVASIKAN DIRI DALAM KERJAYA

Pernahkah anda rasa tidak ingin bekerja atau tidak ada motivasi untuk melaksanakan segala tugasan yang diamanahkan pada suatu hari? Rasa bosan akan tugasan seharian pasti pernah menyelubungi anda. Keadaan menjadi lebih mengusutkan apatah lagi memiliki bos yang cerewet, rakan setugas yang tidak memberi kerjasama dan timbunan tugasan yang harus diselesaikan dalam jangka masa yang terhad.

Reaksi pertama yang mula terpancar difikiran anda mungkin adalah mencari pekerjaan lain, namun hakikatnya masalah tersebut masih tidak dapat diselesaikan. Untuk meningkatkan motivasi diri di tempat kerja, apa kata anda mengikuti tips berikut:


1. Kompromi Dengan Pihak Atasan

Tidak dapat dinafikan bahawa pihak atasan bukanlah pihak yang mudah diajak berbincang terutamanya ketika anda berhadapan dengan masalah peribadi. Apabila anda terlalu memikirkan permasalahan peribadi, ia akan menyebabkan prestasi kerja anda terjejas. Anda haruslah bijak mengasingkan masalah kerja daripada masalah peribadi. Terimalah hakikat bahawa pihak atasan tidak selalunya sependapat dengan anda. Cubalah mengatasi masalah itu dengan sebaik mungkin, Luangkan masa untuk menilai usaha anda dari pelbagai sudut. Pelajarilah kemahiran baru bagi memantapkan karier anda.

2. Proaktif

Jangan biarkan pihak atasan menunggu laporan mingguan anda. Sebaliknya, cubalah bersikap proaktif dengan mengambil inisiatif menyiapkan segala laporan sebelum diminta oleh pihak atasan. Ini dapat membuktikan kebolehan anda dalam melakukan kerja seharian. Kelak, peluang anda untuk memperolehi insentif atau ganjaran seperti kenaikan gaji atau bonus adalah lebih cerah kerana anda telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan!

3. Tentukan Matlamat Atau Hala Tuju

Selalulah menetapkan matlamat yang hendak dicapai dalam pemikiran anda. Namun begitu, hala tuju tersebut haruslah konkrit kerana ia akan memberi gambaran yang jelas mengenai susun atur karier anda dan juga untuk memotivasikan diri.

4. Luaskan Pergaulan

Sebaik-baiknya jalinlah hubungan yang baik dengan setiap individu yang berada di sekeliling anda. Tidak kira individu tersebut adalah seorang klien, penyelia mahupun rakan sekerja. Dengan mengekalkan hubungan baik ini, ia dapat membantu mengembangkan dan meningkatkan prestasi kerja anda.

5. Banyak Bersabar


Kemantapan karier tidak mungkin akan dicapai dalam sekelip mata. Sebaik-baiknya, fikirkan apa yang ingin anda lakukan. Jangan sekali memandang rendah akan kerja atau posisi anda atau menganggapnya tidak sesuai untuk anda. Anggaplah ia sebagai satu permulaan atau batu loncatan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dalam karier anda pada masa akan datang

6. Belajar dari Kesilapan

Proses pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan. Tidak ada padahnya untuk anda mempelajari tugasan lain meskipun anda tidak terlibat secara langsung dalam tugasan tersebut. Melalui cara ini, anda dapat berfikir secara kreatif dari pelbagai sudut. Ini akan memberi bonus kepada kerjaya anda!

Friday, July 3, 2009

PETUA MEMPERBAIKI PERHUBUNGAN MANUSIA

1.Elakkan pertengkaran yang tak berfaedah dan kata-kata sindiran. Tiada pemenang dalam sesuatu pertengkaran.

2.Layani tiap-tiap orang secara hormat dan mulia agar mereka berasa penting. Berikan ucapan selamat dan gunakan nama mereka sekerap mungkin.

3.Carilah kebaikan orang lain dan terimalah mereka seperti sedia ada. Tumpukan perhatian pada perhubungan bukannya pada personaliti seseorang. Jangan hiraukan kejengkelan kecil.

4.Tunjukan minat yagn tulen terhadap orang lain. Galakkan orang lain bercakap tentang diri mereka.

5.Wujudkan perhubungan “menang-menang”. Carilah manfaat bersama dalam semua interaksi sosial.

6.Jadilah pendengar yang baik; jangan menyampuk. Dengar baik-baik dengan hasrat memahami apa yang dikatakan. Galakkan orang lain bercakap tentang diri dan pencapaian mereka.

7.Jika perlu, tarik perhatian terhadap kesilapan orang secara tak langsung. Berusahalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah, bukan mengkritik orang yang terlibat. Jagalah air muka orang berkenaan. Jangan panggil orang “bodoh” atau “tak berguna”. Membidas personaliti seseorang akan hanya menimbulkan rasa geram dan rasa dendam. Jangan timbulkan kesilapan atau rasa tak puas hati yang lama. Ia akan hanya menyebabkan orang yang berkenaan bersifat mempertahankan diri dan menjadi marah.

8.Berilah penghargaan yagn jujur dan spesifik. Puji di khalayak ramai; beri kritikan membina secara peribadi. Elakkan daripada memberi pujian dan kritikan dalam masa yang sama.

9.Berilah pujian apabila pujian patut diberi. Elakkan daripada memberi pujian yang dibuat-buat.

10.Kendalikan emosi anda secara produktif. Jangan sekali-kali hilang sabar.

11.Akuilah kesilapan anda secara cepat dan nyata. Elakkan daripada mempertahankan diri.

12.Jangan berdendam. Beri peluang untuk orang lain memulihkan hubungan dengan anda.

13.Berkongsilah idea, kemahiran, pengalaman atau maklumat yang penting dengan orang lain.

14.Katakanlah yang positif tentang orang lain, kalau tidak jangan kata apa-apa. Sampaikan perkara baik yang anda dengar tentang seseorang kepada orang berkenaan. Ingatlah bahawa kebanyakan hubungan dimusnahkan oleh kritikan yang destruktif.

15.Jadilah kawan yang setia. Pastikan anda menjaga rahsia dengan teguh.

16.Amalkan kesopanan asas seperti mengatakan “tolong”, “sila”, “terima kasih” dan “maafkan saya” apabila sesuai.

17.Jadilah seorang yang bertimbang rasa. Cubalah memahami pandangan orang lain.

18.Tunaikan segala komitmen anda. Jangan membuat janji yang anda tidak dapat memenuhi atau keputusan yang anda tidak dapat menyokong.

19.Bantulah orang lain yang ingin memajukan diri mereka.

20.Senyumlah dan tunjukkan keghairahan anda apabila berurusan dengan orang lain.
TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI DI TEMPAT KERJA

Anda kurang berkeyakinan di tempat kerja? Usah bimbang, setiap masalah pasti ada jalan menyelesaikannya. Untuk meningkatkan keyakinan diri, mula-mula, anda perlu berfikiran positif terhadap bidang kerja, rakan-rakan sekerja dan pihak atasan. Yang berikut mungkin dapat membantu anda meningkatkan keyakinan diri.

1. Sediakan Penunjuk Jalan

Seperti juga pengembara, anda turut memerlukan satu peta ataupun petunjuk jalan yang lengkap agar tidak terpesong haluan. Anda perlu menyediakan satu peta yang menyeraikan perkara-perkara yang sering mengundang rasa kurang yakin. Sebagai contoh, anda mungkin kurang berkeyakinan setiap kali perlu membuat pembentangan ataupun semangat anda lambat pulih selepas melakukan sesuatu kesilapan.

Dengan adanya senarai seumpama itu, anda akan lebih jelas tentang tahap keyakinan anda sekali gus dapat memperbaiki keyakinan diri. Anda perlu berfikiran positif dan yakin bahawa anda mampu melakukan apa jua hal. Yakini yang anda berhak membuat pilihan dan juga mampu membuat keputusan terbaik di tempat kerja. Jangan beranggapan bahawa anda tidak mampu mengubah sesuatu perkara. Anda perlu sentiasa menumpukan perhatian dan menenangkan diri agar dapat mencapai impian anda. Paling penting, jangan memberi terlalu banyak tekanan kepada diri sendiri. Anda perlu menyedai bahawa perubahan tidak akan berlaku dalam sekelip mata.

2. Tidak Perlu Rasa Malu

Katakan anda baru sahaja bekerja di sesebuah syarikat ataupun baru sahaja dipindahkan ke jabatan lain, bagaimana anda hendak mengatasi rasa malu dan mencari kawan baru? Sebenarnya perasaan malu hanyak akan timbul apabila anda terlalu memberi perhatian pada diri sendiri. Anda rasa takut dan tidak selamat apabila dalam kelompok yang baru. Oleh hal yang demikian, mulakan langkah anda dengan memberi perhatian pada orang lain. Carikan persamaan anda dengan mereka dan juga tunjukkan minat setiap kali berbicara dengan mereka – jangan sekadar mengangguk tanpa berfikir.

Semasa berbual, pastikan anda menyebut nama mereka setiap kali bercakap. Ini bukan sahaja dapat menunjukkan keprihatinan anda, malah juga membantu anda mengingati nama mereka. Akan tetapi yang paling penting adalah senyuman. Jangan pandang rendah akan kuasa senyuman. Setiap kali anda bersenyum, anda bukan sahaja akan dilihat sebagai seorang yang mudah didampingi, tetapi juga nampak lebih menarik daripada mereka yang muka masam.

3. Ambil Risiko

Mungkin agak sukar, tapi dengan mengambil risiko sebenarnya dapat meningkatkan keyakinan anda. Anda perlu bersikap positif dan bersiap sedia dengan apa yang bakal dihadapi. Jangan takut untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah anda lakukan sebelum ini.


4. Jangan Takut Pada Kritikan

Ramai orang sering terperangkap dalam emosi sendiri setelah diri atau kerjaya dikritik. Namun ini tidak bermakna bahawa anda tidak mampu untuk mengatasinya. Harus diingat, keyakinan tidak sepatutnya tercalar hanya kerana kritikan itu. Anda tidak perlu menekankan diri sendiri, sebaliknya patut menilai orang yang mengkritik anda itu bagi memastikan sama ada dia mempunyai kepakaran atau pengetahuan untuk mengkritik anda.

Sekiranya anda berpendapat bahawa mereka bukan setakat membuat tuduhan kosong, anda harus menganggp kritikan mereka sebagai satu peluang untuk memperbaiki diri. Lupakan sahaja niat untuk mengawal pandangan orang lain terhadap anda. Adalah lebih baik anda memikirkan cara untuk mengawal fikiran dan perasaan anda.

5. Pakaian Yang Sesuai

Jelasnya di sini, pakaian sememangnya perlu dititikberatkan walau ke mana anda pergi. Jika anda tidak pasti baju warna apakah yang hendak dipakai ke tempat kerja, lebih baik anda memilih pakaian yang berwarna lembut.

Pilihlah warna yang sesuai dengan anda dan juga selesa dipakai. Setelah memilih pakaian yang sesuai, anda boleh serlahkannya dengan sedikit warna ceria. Kaum wanita boleh memadankan pakaian dengan skaf atau aksesori yang berwarna-warni manakala kaum lelaki pula boleh memilih tali leher yang berwarna ceria.

6. Nikmati Hidup

Cara anda bekerja sebenarnya dipengaruhi oleh cara anda menikmati hidup. Justeru itu, di luar waktu pejabat, anda harus membahagiakan diri dengan melakukan pelbagai aktiviti yang menari. Walaupun ini tidak ada kaitan dengan kerjaya anda, namun keseronokan ketika menikmati hidup akan memberi semangat kepada anda untuk ‘berperang’ di tempat kerja.
PEMBANGKIT SEMANGAT DI PEJABAT


TANPA disedari, pencapaian dalam pejabat turut dipengaruhi oleh perkara-perkara remeh. Misalnya, susun atur meja kerja dan perhiasan meja kerja. Percayalah bahawa kedua-dua perkara tersebut dapat membantu meningkatkan produktiviti anda dalam kerja. Ingin tahu kesan positifnya? Lihatlah penjelasan yang berikut:

 Meletakkan foto atau gambar di meja kerja dapat menguatkan semangat anda untuk bekerja. Setiap orang mempunyai banyak peristiwa yang boleh diabadikan melalui foto sama ada kenangan bersama teman, keluarga, kekasih, isteri ataupun suami tercinta. Kononnya kenangan yang menyenangkan itu dapat memberikan semangat baru dalam kerja anda.

 Letakkan satu akuarium kecil di salah satu sudut meja anda yang bersesuaian. Kehadiran ‘kolam’ ikan di atas meja kerja mampu mewujudkan satu suasana ‘kehidupan’. Percayalah, bentuk akuarium yang mungil, ikan dan perhiasan yang beraneka jenis di dalamnya dapat mengurangkan rasa bosan anda ketika bekerja. Di samping itu, menurut Feng Shui, kewujudan akuarium di atas meja dapat meningkatkan chi (kekuatan hidup).

 Letakkan tanaman hiasan yang ditanam dalam pot kecil di atas meja kerja bagi menyegarkan mata anda. Jangan letakkan tanaman yang memerlukan penjagaan intensif. Pilihlah tanaman yang senang dijaga seperti kaktus, sirih gading atau bonsai.Warna hijau tentu akan memberikan nuansa lain pada mata anda yang penat melihat skrin komputer.

 Hiaskan meja kerja anda mengikut cita rasa tersendiri. Jika anda merupakan seorang pengumpul patung beruang atau perkakas seramik, tidak ada salahnya anda meletakkannya di atas meja. Tapi awas, jangan menghias meja secara keterlaluan sehingga boleh mengganggu perjalanan tugasan seharian anda.

 Tidak tertinggal juga suatu unsur yang tidak kurang pentingnya iaitu muzik! Ia mempunyai pengaruh yang cukup luar biasa untuk menenangkan emosi anda. Namun, agar tidak mengganggu rakan sekerja lain, anda disarankan agar memakai earphone atau headphone.

 Sediakan tisu dan minyak aromaterapi yang beraroma lavender dalam laci meja anda. Sesekali ditengah kesibukan menyelesaikan tugasan seharian, titiskanlah minyak ini pada tisu dan kemudian menghidunya dengan perlahan-lahan.
10 TIPS BEKERJA LEBIH BERKESAN


Bekerja lebih masa tidak bererti anda seorang pekerja yang rajin. Balik tepat jam 5.00 petang pula tidak bererti anda seorang yang malas. Sebenarnya bekerja lapan jam sehari sudah mencukupi. Lebihan itu bererti sudah banyak masa anda yang terbuang. Di sini di senaraikan 10 tip yang boleh anda jadikan sebagai panduan untuk bekerja yang lebih berkesan.

1. Buat Perancangan Secara Bertulis

Setiap hari, anda perlu pergi ke tempat kerja dalam keadaan yang bersedia. Sebelum pulang, anda patut mencatatkan apa-apa tugasan yang perlu diselesaikan pada keesokan hari seperti bermesyuarat, berjumpa klien, menyiapkan proposal, membuat panggilan telefon, menempah tiket kapal terbang dan sebagainya. Semuanya ini perlu dicatat pada sehelai kertas atau diari. Jangan anggap langkah ini remeh kerana anda mungkin akan lupa melakukan sesuatu tugasan.

2. Mendisiplinkan Diri

Sebelum anda melakukan sesuatu tugasan, tentukan matlamat yang hendak dicapai. Matlamat itu mestilah khusus, boleh dinilai, dicapai dan direalisasikan serta mempunyai had masa untuk dicapai. Dalam hal ini, disiplin diri memainkan peranan penting. Jika anda dapat mendisiplinkan diri, sudah tentu anda tidak akan melakukan sesuatu perkara yang tidak bermanfaat. Jika tidak, matlamat itu akan sukar dicapai jangka waktu yang ditentukan.

Jadi, lupakan sahaja hal-hal remeh seperti bersembang, chatting di Internet atau apa-apa jua perkara yang hanya akan mengganggu tumpuan kerja anda.

3. Ikut Kesesuaian Diri

Sebilangan orang akan begitu bersemangat dan bertenaga pada waktu pagi. Jika anda termasuk dalam golongan ini, cubalah melakukan kerja-kerja yang memerlukan tumpuan, idea atau tenaga pada sebelah pagi seperti membuat proposal, bermesyuarat dan meneliti dokumen yang memerlukan tindakan segera. Pastikan semua kerja ini diselesaikan sebelum waktu tengahari.

Sebelah petang pula boleh anda gunakan untuk melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menelefon klien, menjawab e-mel dan mencari bahan rujukan. Apabila mood dan kerja seiringan, produktiviti kerja anda pasti akan berada pada tahap yang tinggi. Selepas kerja-kerja tersebut diselesaikan, bolehlah anda menyenaraikan segala tugasan yang perlu disiapkan pada keesokan hari.

4. Berani Berkata Tidak

Setiap orang mempunyai batasan tersendiri dalam kerja. Jika bos anda telah memberikan tugasan tambahan yang membebankan dan melampaui had batasan anda, bersuaralah secara sopan. Tunjukkan tugasan yang sedang anda lakukan, progressnya dan bila ia perlu disiapkan. Mintalah agar tugasan itu diserahkan kepada orang lain.

Bos mungkin tidak ingat yang anda sedang sibuk dengan sesuatu tugasan. Anda mungkin rasa sukar untuk berterus terang, tetapi daripada dipendam dan kemudian andalah yang akan menanggung segala bebanan, adalah lebih baik bagi anda meluahkan suara hati dan kemudian bolehlah menumpukan perhatian terhadap tugasan yang sedia ada.

5. Maaf, Sedang Sibuk

Ketika anda sedang sibuk, sudah pasti ada sahaja panggilan telefon yang perlu dilayan. Cuba minta bantuan rakan-rakan sekerja untuk mencatatkan maklumat pemanggil bagi pihak anda. Beritahu mereka yang anda akan menghubungi mereka selepas ini.


6. Jangan tangguh Kerja

Buangkan tabiat suka menunda kerja. Utamakan kerja-kerja yang penting agar cara bekerja anda lebih efisien dan efektif. Ketepikan tugasan-tugasan kecil untuk sementara waktu atau lakukannya di waktu senggang.

7. Hindari Melayari Internet

Jika tugasan anda tidak memerlukan anda menggunakan Internet, elekkan daripada melayari Internet, menulis e-mel, chatting dan sebagainya. Semua ini akan melalaikan kerja anda. Jika hendak membuka Internet, bukalah ketika waktu makan, selepas waktu pejabat atau sebaik-baiknya di rumah. Aktiviti membuka Internet ketika waktu bekerja akan menjadikan kebiasaan yang buruk.

8. Minimumkan Waktu Bermesyuarat

Waktu mesyuarat yang meleret yang akhirnya hanya menghasilkan keputusan yang tidak menentu memang kerap berlaku. Untuk mengelakkan kejadian ini berlaku, cubalah berpakat dengan rakan-rakan sekerja bagi menghasilkan idea-idea bernas yang boleh dibawa ke bilik mesyuarat.

Atau ketika anda ada janji temu dengan klien, sebelum bermulanya mesyuarat, beritahu bos mengenai perkara ini. Jika agenda mesyuarat telah melencong ke arah lain, cuba ingatkan bos anda sekali lagi.

9. Meja Yang Sentiasa Kemas

Pastikan meja kerja anda sentiasa kemas. Daripada penelitian, mereka yang mejanya tidak terurus akan mengambil masa yang lama hanya semata-mata untuk mencari sekeping kertas dan pen bagi mencatatkan nombor telefon. Oleh hal yang demikian, sekarang merupakan masa untuk anda mengemas meja. Biasakan diri dengan mencatat terus nombor telefon dan informasi penting di dalam diari.

10. Sentiasa In The Mood

Jika anda terlalu letih dan tidak bersemangat, keluarlah dari pejabat untuk menghirup udara segar atau bersembang dengan rakan-rakan atau menelefon teman-teman (hanya untuk seketika sahaja). Anda juga boleh menyegarkan diri dengan meminum segelas air suam atau melakukan gerakan yoga yang disebut sebagai ‘harimau’. Mula-mula, pejamkan mata dan kepalkan kedua-dua tangan. Buka mata dengan seluas-luasnya, kemudian jelirkan lidah sehingga mengeluarkan bunyi ‘argh!’.

Walau bagaimanapun semua tips yang diberikan itu tidak akan berhasil sekiranya anda tidak berusaha untuk mengubah cara bekerja anda.

Monday, June 29, 2009

MENGAPA MATLAMAT GAGAL?


Tidak ditulis secara hitam putih

• Mengikut prinsip perancangan matlamat, setiap matlamat hendakalah ditulis
secara hitam putih.

• Tersimpan dalam pemikiran akan hilang atau lenyap begitu sahaja.


Tidak tahu kepentingan dan bagaimana hendak merancangnya

• Perancangan terlu lama.

• Menghalang kita daripada melihat kesan segera.

• Akan hilang kepercayaan atau patah semangat.

• Perlu beri penekanan kepada prinsip jangka pendek, sederhana dan panjang.


Tidak yakin kebolehan diri sendiri

• Tanpa keyakinan diri adalah mustahil bagi kita untuk mendapat apa yang
kita cita-citakan.

• tanpa keyakinan kita tak dapat mengenal pasti dan menggunakan segala bakat
dan potensi yang ada dalam diri.

• Perlu yakin, kita boleh laksanakan.


Berfikiran negatif

• Seseorang yang berfikiran negatif sentiasa menganggap matlamat yang telah
ditetapkan sukar dicapai.

• enggan membuat imiginasi dan bersikap positif.

• lebih menilai halangan dan masalah.

Menjadi mangsa kepada perasaan takut


• Perasaan takut dan bimbang menyebabkan peluang terbentang luas dipersia-
siakan.

• Kemampuan bakat dan potensi akan terkubur jika takut mencuba.

• Semangat yang lumpuh di tengah jalan

• Tidak memiliki semangat yang kuat dalam menempuh dugaan.

• Sememangnya untuk berjaya terdapat berbagai-bagai halangan.

• perlu ada keazaman, ketekunan, ketabahan dan semangat yang kental.

• “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.”

• Sememangnya untuk berjaya terdapat berbagai-bagai halangan.

• perlu ada keazaman, ketekunan, ketabahan dan semangat yang kental.



Bersikap pesimis

• Sikap pesimis adalah batu penghalang dalam mencapai matlamat.

• Sikap pesimis sentiasa berfikir tentang perkara buruk dan menganggap
matlamat yang telah ditetapkan akan gagal.

• Perasaannya selalu gundah, gelisah dan tidak tenteram.

CIRI-CIRI PEKERJA YANG MENJADI REBUTAN MAJIKAN



1. PEKERJA YANG BENAR-BENAR FAHAM DAN MAHIR DALAM KERJAYANYA.
• Sentiasa bangga dengan tugasan yang diberikan.
• Bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya.
• Mudah dikenal pasti oleh mereka yang berurusan dengannya.
• Bila bersara awal, berpeluang menjalankan bisnes sendiri.


2. SENTIASA SEIRING DENGAN MATLAMAT JABATANNYA.

• Sentiasa bersama dengan bosnya untuk mencapai matlamat Jabatan.
• Sanggup menghadapi cabaran dan halangan demi kejayaan Jabatannya.


3.SAYANG KEPADA ORGANISASINYA.

• Sentiasa berminat segala masalah yang dihadapi oleh Syarikat
• atau Jabatannya .
• Mengambil inisiatif merancang kaedah penyelesaian dan
• Mengemukakan kepada ketuanya untuk perbincangan lanjut.
• Sanggup melaksanakan pelan tindakan tersebut
• berdasarkan pengalaman dan kemahirannya.


4.SANGGUP BEKERJA LEBIH

• Bekerja lebih masa; memanjangkan waktu kerjanya.
• Melipatgandakan usahanya lebih daripada rakan-rakan
• tanpa mengharapkan ganjaran lebih.


5.MEMPUNYAI SIKAP YANG TERPUJI

• Bersifat jujur
• Amanah
• Bersikap terbuka
• Bijak berkomunikasi
• Personaliti yang menarik
• Bermotivasi tinggi
• Berakhlak mulia

Tuesday, February 24, 2009

CIRI-CIRI INDIVIDU BERJAYA

KEJAYAAN……
• ….ada dalam perjalanan hidup harian.
• ….adalah benda-benda kecil yang anda lakukan dan perkatakan.
• ….bukan pula bermakna menjadi kaya atau memuncak tinggi termasyhur.
• ….bukan keseorangan memenangi gol yang setiap manusia berusaha untuk mengecapinya.
• …. adalah berhati bersih dan bangga serta berfikiran terbuka.
ia jujur setia kepada teman dan juga makhluk lain; baik hati pada semua.
Ia menyayangi kanak-kanak dan orang tua dan semuanya ingin mempelajari daripada anda.
• Kejayaan bergantung pada perwatakan dan apa jua yang anda lakukan.
• Kata-kata yang dipaparkan di atas menunjukkan kejayaan cukup humane sifatnya, kerana kejayaan itu bukanlah perlumbaan bagi menundukkan orang lain, tetapi kejayaan adalah setiap orang daripada kita perlu dan boleh mengecapinya.
• Dalam melangkah untuk menuju kejayaan, kita perlu mencari formula yang sering diikuti atau telah dilakukan oleh mereka yang berjaya.
Maxwell Maltz (Psycho-Cybernetics) telah membina langkah-langkah kejayaan daripada akronim perkataan SUCCESS:

1. Kesedaran arah-tujuan
Personaliti orang yang berjaya percaya bahawa hidup ini perlukan kesedaran arah-tujuan, kerana tanpa kesedaran ini manusia hidup dalam kehampaan.

2. Kefahaman
• Kefahaman selalunya menjadi keliru apabila fakta dilawankan dengan pendapat.

• Justeru itu, personaliti orang berjaya tidak menipu orang lain, lebih-lebih lagi dirinya.

• Ini bermakna orang yang inginkan kejayaan akan bertindak jujur dengan dirinya, berlandaskan kefahaman diri dan kejujuran diri.


3.Keberanian
• Adalah nilai yang cukup berharga dalam mengejar kejayaan, kerana tanpa keberanian kita akan menjadi manusia biasa.
• Keberanian bererti kesanggupan untuk menerima cabaran dan menghadapi risiko.
• Menuntut pengorbanan “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.”

4.Kemurahan hati
• Adalah sifat yang menghargai susah senang orang lain.
• Orang yang berjaya tidak melupai orang lain, malah mereka prihatin.
• Orang akan tahu bahawa yang dikejar bukan kejayaan luaran tetapi lebih utama adalah kebahagiaan.
• Membersihkan pandangan kita terhadap orang lain, misalnya tidak suka mengutuk, merendah-rendah dan prasangka terhadap orang lain.


5.Penghargaan
• Menghargai orang lain membuatkan kita disayangi oleh orang lain sehingga timbul suasana “hargai orang lain sepertimana kita mahu orang lain menghargai diri kita.”
• Menghargai diri, menghargai orang lain dan menhargai sekitaran kita adalah satu daripada usaha yang mesti kita lakukan untuk melangkah ke arah kejayaan.
• Imej kendiri (self-image) dan gambaran mental (mental picture) kita mestilah bersiaft positif, yakin dan bangga dengan kelebihan yang ada pada kita.
• Positif maksudnya melihat sesuatu dari sudut kebaikannya.
• Yakin adalah optimis terhadap masa depan kita.
• Bangga tidak bermasud ego, besar diri dan sebagainya, tetapi adalah kesyukuran yang kita luahkan kerana kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT.
• Jangan sekali-kali kita mengutuk diri dan membina diri sebagai orang yang kalah dan tidak lagi berguna.

6. keyakinan diri
• Yakin terhadap diri sendiri merupakan ciri asas individu yang berjaya dalam hidup.

• Mereka sentiasa yakin terhadap apa yang dilakukan.
• Golongan seperti ini sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.
• Terbina daripada keberanian, ketabahan dan kebanggaan.
• Sekiranya kita dapat mengingat kejayaan yang pernah kita perolehi sepanjang hidup, kita akan bertambah yakin dan optimis terhadap usaha yang sedang kita lakukan.
• Dapat menggerakkan kita untuk menyusun langkah yang lebih baik, lebih berhati-hati dan lebih tangkas.
• Sekiranya kita bermula dengan keyakinan, kita akan rasa seronok dalam mengerjakan sesuatu.

7. Menerima hakikat diri
• Menerima hakikat diri adalah sifat yang baik, namun tidak ramai individu yang berkesanggupan untuk melakukannya.
• Individu yang gagah saja yang sanggup menerima kritikan, teguran dan mengaku kesalahannya.

8.Sentiasa mengingati Allah
• Seseorang yang berjaya sentiasa memanjat syukurnya kepada Allah.
• Bagi mereka, segala apa yang mereka perolehi itu merupakan pembelian daripada Allah.
• Orang yang sentiasa berfikir dan mengagumi kebesaran Allah juga merupakan golongan yang beruntung.
• Akan mendapat kesejahteraan yang sebenarnya.

9.Sentiasa cintakan ilmu pengetahuan
• Ilmu adalah kunci kejayaan setiap individu.
• Individu yang berjaya adalah mereka yang cintakan ilmu pengetahuan.
• Mereka sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan lagi ilmu yang ada.
• “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China”-Maksud Hadis
• “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”

10.Mempunyai personaliti yang baik
• Individu yang berjaya sentiasa menjaga tingkah laku dan mengawasi setiap tutur katanya agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

• Setiap pandangan dan pendapat orang lain akan diterimanya dengan fikiran terbuka dan berusaha mengubah sikap negatif yang ada dalam diri.
• Inilah yang dikatakan personaliti diri mereka yang berilmu.

11.Mempunyai cara hidup yang teratur

12.Mampu berkomunikasi dengan baik

13.Berpendirian tegas

14.Melaksanakan tugas berteraskan kejayaan

15.Berusaha tanpa kenal jemu

16.Bangga dengan usaha yang dilakukan

17.Mempunyai sikap ingin tahu

18.Singkirkan perasaan benci

19.Berkemahiran

20.Usaha yang berterusan

21.Bersedia menghadapi setiap cabaran

22.Cari kelemahan diri dan berusaha untuk mengatasinya

23.Belajar daripada kegagalan

24.Bijak menguruskan masa

25.Membina hubungan yang positif

26.Tingkatkan daya pemikiran dan ingatan

27.Bijak mengurus stres
• Stres adalah tekanan perasaan, sekiranya ia tidak dapat dikawal dengan baik, iadapat mendatangkan penyakit.
• Terdapat 2 jenis stres: fizikal dan mental
• Stres fizikal: selesema, sakit kepala, sakit belakang, sakit pinggang.
• Stres mental :hilang selera makan, tak boleh tidur lena, banyak menangis dan sering marah-marah.
• Perlu bijak merawat diri bertemu kaunselor, merawat kesihatan dan menerima dengan reda apa yang sudah terjadi.
• Orang yang stres pasti mudah berasa hilang daya dan kekuatan bila berhadapan dengan cabaran.
• Akan membuat kita gagal melihat kepada sumber ataupun potensi yang sebenarnya ada pada diri kita sendiri.
• Sebenarnya , tekanan yang datang seperti perceraian atupun kematian, kegagalan dalam peperiksaan, dibuang kerja, putus cinta, diejek dsbnya memerlukan ketabahan hati dan fikiran yang positif untuk menghadapinya.
• Walau apapun tekakan yang kita hadapi jangan mudah melatah, bangunkan minda kita dengan perancangan-perancangan positif demi mencipta kejayaan.
• Solat adalah kaedah terbaik mengurus stres.

28. Tahu menyelesaikan masalah

29. Berdisiplin

30. Berdoa dan bertawakal
PETUA ORANG MENYUKAI KITA


 Belajar untuk mengingati nama-nama.Ini akan menunjukkan yang kita minat terhadapnya.Nama, kedudukan, gelaran sesorang itu amat penting bagi dirinya.Hafal dan sebutlah berulang kali.

 Jadilah orang yang ‘disenangi’ supaya tidak wujud sebarang tekanan untuk bersama anda.

 Jadilah seorang pendengar yang baik.Tunjukkan minat anda yang lebih terhadap segala percakapannya dan bukan sebaliknya.Berilah pujian ikhlas dan ucapan penghargaan kepadanya.

 Jangan menjadi egoistik.Elakkan diri daripada memberi terlalu banyak pandangan seolah-olh kita saja yang tahu segala-galanya; pamerkan sifat merendah diri

 Pupukkan kualiti diri anda yang sentiasa menarik, mengembirakan dan memberangsangkan, supaya orang ingin bersama anda dan mendapatkan kerjasama dari anda!!

 Belajar untuk menghapuskan unsur yang tidak elok dan tidak sesuai yang mungkin tidak anda sedari.Hapuskan daripada personaliti anda.Serlahkan personaliti yang lebih membina.!!

 Tawarkan pertolongan atau bantuan kepada seseorang terlebih dahulu – sebelum anda meminta apa jua bentuk bantuan dan pertolongan daripadanya.Jadilah seseorang yang ‘diperlukan’, diharapkan dan amat ‘berguna.’

 Praktikkan sifat sukakan orang dan hormatkan orang sehingga ia menjadi sebagai sifat semula jadi anda dan amalan anda!!!.Dalami ilmu kemahiran kemanusian anda.

 Ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalannya.Kongsilah perasaan anda bersamanya!!

 Praktikkan daya tarikan peribadi anda yang bermagnet.Pesonakan orang lain dengan memenuhi keperluan ‘naluri’ mereka yang meronta ‘kehausan’ perhatian, penghargaan, sanjungan, kprihatinan dan kasih sayang.

Penuhi keperluan dan kehendak-kehendak ini dengan penuh keikhlasan, rasa tanggungjawab dan kerelaan.Insya Allah, anda akan menjadi orang yang paling disukai, dikehendaki dan ANDA MENGUASAI!!!!!
CIRI-CIRI PEKERJA YANG MENJADI REBUTAN MAJIKAN

1. PEKERJA YANG BENAR-BENAR FAHAM DAN MAHIR DALAM KERJAYANYA.
• Sentiasa bangga dengan tugasan yang diberikan.
• Bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya.
• Mudah dikenal pasti oleh mereka yang berurusan dengannya.
• Bila bersara awal, berpeluang menjalankan bisnes sendiri.


2. SENTIASA SEIRING DENGAN MATLAMAT JABATANNYA.

• Sentiasa bersama dengan bosnya untuk mencapai matlamat Jabatan.
• Sanggup menghadapi cabaran dan halangan demi kejayaan Jabatannya.


3.SAYANG KEPADA ORGANISASINYA.

• Sentiasa berminat segala masalah yang dihadapi oleh Syarikat
• atau Jabatannya .
• Mengambil inisiatif merancang kaedah penyelesaian dan
• Mengemukakan kepada ketuanya untuk perbincangan lanjut.
• Sanggup melaksanakan pelan tindakan tersebut
• berdasarkan pengalaman dan kemahirannya.


4.SANGGUP BEKERJA LEBIH

• Bekerja lebih masa; memanjangkan waktu kerjanya.
• Melipatgandakan usahanya lebih daripada rakan-rakan
• tanpa mengharapakan ganjaran lebih.


5.MEMPUNYAI SIKAP YANG TERPUJI

• Bersifat jujur
• Amanah
• Bersikap terbuka
• Bijak berkomunikasi
• Personaliti yang menarik
• Bermotivasi tinggi
• Berakhlak mulia
PETUA MENINGKATKAN PRESTASI KERJA

1.Sayangilah kerja anda.Berbanggalah dengan kerja anda.

2.Fahamilah kerja anda secara mendalam.Lakukan penyelidikan atau ikuti perkembangan terkini dalam bidang kepakaran anda.

3.Bentuk tabiat melakukan setiap kerja sebaik mungkin.Berusahalah membuat perkara yang betul pada kali pertama dan tiap-tiap kali.

4.Tentukan matlamat kerja anda yang penting sebulan atau seminggu sekali.Susun matlamat ikut keutamaan/prioritinya.Bagi setiap matlamat, sediakan pelan tindakan untuk mencapainya.

5.Sediakan senarai akan lakukan (things to do list) harian yang meliputi aktiviti untuk mencapai matlamat mingguan anda.Susun aktiviti ikut keutamaan dan anggarkan jumlah masa yang diperlukan.

6.Tetapkan standard prestasi kerja yang spesifik, dapat ditentusahkan dan mencabar, yang meliputi dimensi kerja penting dan memenuhi keperluan pelanggan dalam dan luaran.

7.Amalkan pengurusan pencegahan dengan membina kualiti ke dalam proses kerja.Jangka apa masalah yang mungkin timbul dan ambil langkah pencegahan untuk menghalang kesilapan berkenaan daripada berlaku.

8.Sebelum memulakan sesuatu tugasan, pastikan anda jelas mengenai hasil yang diingini atau harapan bos anda.Jika kurang pasti , jangan teragak-agak untuk mendapat penjelasan.

9.Tetapkan standard prestasi kerja yang spesifik, dapat ditentusahkan dan mencabar, yang meliputi dimensi kerja penting dan memenuhi keperluan pelanggan dalam dan luaran.

10.Amalkan pengurusan pencegahan dengan membina kualiti ke dalam proses kerja.Jangka apa masalah yang mungkin timbul dan ambil langkah pencegahan untuk menghalang kesilapan berkenaan daripada berlaku.

11.Sebelum memulakan sesuatu tugasan, pastikan anda jelas mengenai hasil yang diingini atau harapan bos anda.Jika kurang pasti , jangan teragak-agak untuk mendapat penjelasan.

12.Jangan biarkan kerja bertulis bertimbun di atas meja anda.Selesaikan perkara kecil-kecil dengan pantas.

13.Sediakan sistem fail peribadi.Semua fail hendaklah di label dengan jelas.Failkan kertas-kertas dengan kemas di dalam fail atau folder.

14.Gunakan buku catatan untuk membuat catatan idea-idea dan maklumat penting.

15.Elakkan membuat panggilan telefon yang tidak perlu atau berbual-bual kosong dengan rakan sekerja.

16.Perbaiki kemahiran komunikasi lisan dan bertulis anda.

17.Berikan fokus kepada satu tugasan pada satu ketika.Siapkan tugasan tertentu sebelum menangani tugasan lain.

18.Hadapi tugasan yang mencabar ketika anda masih segar dan bertenaga.

19.Tumpukan perhatian pada hasil, bukannya pada aktiviti.

20.Jadilah seorang yang efektif.Bekerjasama dan berkongsilah idea-idea dengan orang lain.

21.Jadilah seorang yang kreatif di tempat kerja. Pelbagaikan kaedah kerja agar tidak bosan dengan cara tententu sahaja.

22.Wujudkan perhubungan kerja yan g saling bermanfaat dengan pelaku terulung yang lain yang dapat membantu anda mempertingkatkan prestasi kerja anda.

23.Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.Akui kesilapan anada dan ambil pengajaran daripadanya.