Dalam kehidupan seharian kita tak dapat lari dari pergaulan dengan orang ramai.Oleh itu untuk menjadi seorang yang disenangi dikalangan rakan-rakan, beberapa kemahiran berkaitan perhubungan manusia amatlah diperlukan.
Di bawah ini diberikan beberapa tip agar kita disukai ramai:
1.Belajar untuk mengingati nama-nama.Ini akan menunjukkan yang kita minat terhadapnya.Perlu kita ingat bahawa nama, kedudukan, gelaran seseorang itu amat penting bagi dirinya.Hafal dan sebutlah namanya berulang kali.
2.Jadilah orang yang ‘disenangi’ supaya tidak wujud sebarang tekanan untuk bersama anda.
3.Jadilah seorang pendengar yang baik.Tunjukkan minat anda yang lebih terhadap segala percakapannya dan bukan sebaliknya.Pandang matanya menunjukkan yang anda minat dengan apa yang diperkatakannya.Berilah pujian ikhlas dan ucapan penghargaan kepadanya.
4.Jangan menjadi egoistik.Elakkan diri daripada memberi terlalu banyak pandangan seolah-olah kita saja yang tahu segala-galanya; pamerkan sifat merendah diri.
5.Pupukkan kualiti diri anda yang sentiasa menarik, mengembirakan dan memberangsangkan, supaya orang ingin bersama anda dan mendapatkan kerjasama dari anda!!
6.Belajar untuk menghapuskan unsur yang tidak elok dan tidak sesuai yang mungkin tidak anda sedari.Hapuskan daripada personaliti anda.Serlahkan personaliti yang lebih membina.!!
7.Tawarkan pertolongan atau bantuan kepada seseorang terlebih dahulu – sebelum anda meminta apa jua bentuk bantuan dan pertolongan daripadanya.Jadilah seseorang yang ‘diperlukan’, diharapkan dan amat ‘berguna.’
8.Praktikkan sifat sukakan orang dan hormatkan orang sehingga ia menjadi sebagai sifat semula jadi anda dan amalan anda!!!.Dalamilah ilmu kemahiran kemanusian anda.
9.Ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalannya.Kongsilah perasaan anda bersamanya!!
10.Praktikkan daya tarikan peribadi anda yang bermagnet.Pesonakan orang lain dengan memenuhi keperluan ‘naluri’ mereka yang meronta ‘kehausan’ akan perhatian, penghargaan, sanjungan, keprihatinan dan kasih sayang.
Penuhi keperluan dan kehendak-kehendak ini dengan penuh keikhlasan, rasa tanggungjawab dan kerelaan.Insya Allah, anda akan menjadi orang yang paling disukai, dikehendaki dan ANDA
MENGUASAI!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment