Monday, June 29, 2009

30 SIKAP PEKERJA CEMERLANG

 Dari kajian yang dijalankan diseluruh dunia, 2,000 CEO telah ditanya tentang sifat yang harus ada pada setiap pekerja.
 Keputusannya adalah seperti berikut.
 Namun, adakah ini merupakan kemahiran sifat atau sifat ini ada pada anda?


 Honesty (Amanah)
 Competitive (kompetitif)
 Positive attitude (sikap positif)
 Persistence
 Patience (sabar)
 Hardworking (kuat bekerja)
 Integrity
 Humility
 Sense of Humor
 Drive (dorongan)
 Determination
 Confidence (keyakinan)
 Responsible ( bertanggung jawab)
 Motivated (bermotivasi)
 Communicator (berkomunikasi)
 Organised (terurus)
 Listener (pendengar yang baik)
 Pride
 Empathy
 Singe-minded
 Decisive (boleh buat keputusan)
 Belief (kepercayaan)
 Goal oriented (berasaskan matlamat)
 Learner
 Enthusiasm (bersemangat)
 Common sense
 Detail master (terperinci)
 Dependable
 Dedicated (berdedikasi)
 Loyalty (setia/patuh)


Jawapannya yang tertera adalah 30 tetapi
 25 merupakan sifat
 4 lagi adalah kemahiran yang berkait dengan sifat
 1 lagi adalah kemahiran yang diperlukan.
Hakikatnya, itu semua adalah SIFAT ANDA!
MENGAPA MATLAMAT GAGAL?


Tidak ditulis secara hitam putih

• Mengikut prinsip perancangan matlamat, setiap matlamat hendakalah ditulis
secara hitam putih.

• Tersimpan dalam pemikiran akan hilang atau lenyap begitu sahaja.


Tidak tahu kepentingan dan bagaimana hendak merancangnya

• Perancangan terlu lama.

• Menghalang kita daripada melihat kesan segera.

• Akan hilang kepercayaan atau patah semangat.

• Perlu beri penekanan kepada prinsip jangka pendek, sederhana dan panjang.


Tidak yakin kebolehan diri sendiri

• Tanpa keyakinan diri adalah mustahil bagi kita untuk mendapat apa yang
kita cita-citakan.

• tanpa keyakinan kita tak dapat mengenal pasti dan menggunakan segala bakat
dan potensi yang ada dalam diri.

• Perlu yakin, kita boleh laksanakan.


Berfikiran negatif

• Seseorang yang berfikiran negatif sentiasa menganggap matlamat yang telah
ditetapkan sukar dicapai.

• enggan membuat imiginasi dan bersikap positif.

• lebih menilai halangan dan masalah.

Menjadi mangsa kepada perasaan takut


• Perasaan takut dan bimbang menyebabkan peluang terbentang luas dipersia-
siakan.

• Kemampuan bakat dan potensi akan terkubur jika takut mencuba.

• Semangat yang lumpuh di tengah jalan

• Tidak memiliki semangat yang kuat dalam menempuh dugaan.

• Sememangnya untuk berjaya terdapat berbagai-bagai halangan.

• perlu ada keazaman, ketekunan, ketabahan dan semangat yang kental.

• “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.”

• Sememangnya untuk berjaya terdapat berbagai-bagai halangan.

• perlu ada keazaman, ketekunan, ketabahan dan semangat yang kental.



Bersikap pesimis

• Sikap pesimis adalah batu penghalang dalam mencapai matlamat.

• Sikap pesimis sentiasa berfikir tentang perkara buruk dan menganggap
matlamat yang telah ditetapkan akan gagal.

• Perasaannya selalu gundah, gelisah dan tidak tenteram.

CIRI-CIRI PEKERJA YANG MENJADI REBUTAN MAJIKAN



1. PEKERJA YANG BENAR-BENAR FAHAM DAN MAHIR DALAM KERJAYANYA.
• Sentiasa bangga dengan tugasan yang diberikan.
• Bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya.
• Mudah dikenal pasti oleh mereka yang berurusan dengannya.
• Bila bersara awal, berpeluang menjalankan bisnes sendiri.


2. SENTIASA SEIRING DENGAN MATLAMAT JABATANNYA.

• Sentiasa bersama dengan bosnya untuk mencapai matlamat Jabatan.
• Sanggup menghadapi cabaran dan halangan demi kejayaan Jabatannya.


3.SAYANG KEPADA ORGANISASINYA.

• Sentiasa berminat segala masalah yang dihadapi oleh Syarikat
• atau Jabatannya .
• Mengambil inisiatif merancang kaedah penyelesaian dan
• Mengemukakan kepada ketuanya untuk perbincangan lanjut.
• Sanggup melaksanakan pelan tindakan tersebut
• berdasarkan pengalaman dan kemahirannya.


4.SANGGUP BEKERJA LEBIH

• Bekerja lebih masa; memanjangkan waktu kerjanya.
• Melipatgandakan usahanya lebih daripada rakan-rakan
• tanpa mengharapkan ganjaran lebih.


5.MEMPUNYAI SIKAP YANG TERPUJI

• Bersifat jujur
• Amanah
• Bersikap terbuka
• Bijak berkomunikasi
• Personaliti yang menarik
• Bermotivasi tinggi
• Berakhlak mulia

LUANGKAN MASA

Luangkan masa untuk berfikir
Ia merupakan sumber kekuatan

Luangkan masa untuk bermain
Ia merupakan rahsia keremajaan yang abadi

Luangkan masa untuk membaca
Ia adalah sumber kebijaksanaan

Luangkan masa untuk sembahyang dan berdoa
Ia adalah ketenangan yang paling besar di bumi

Luangkan masa untuk bercinta dan dicintai
Ia adalah perasaan anugerah Tuhan

Luangkan masa untuk beramah-mesra
Ia adalah jalan menuju kegembiraan

Luangkan masa untuk ketawa
Ia adalah irama untuk jiwa

Luangkan masa untuk memberi
Ia mengurangkan sikap mementingkan diri

Luangkan masa untuk bekerja
Ia adalah harga kepada sebuah kejayaan

Luangkan masa untuk beramal jariah
Ia adalah kunci jalan ke syurga

Sunday, June 28, 2009

TIP PEKERJA CEMERLANG


Bila anda ada matlamat mahu menjadi pekerja cemerlang, ini ada beberapa petua yang boleh anda amalkan:


1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.


Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda.

Buat muhasabah diri, kaji untuk apa anda setiap hari ke tempat kerja. Adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecemerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali? Dengan kata lain apa matlamat anda bekerja?

Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji dapat.

Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai 'booster' motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, prestasi, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.


2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang patut.

Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 8 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 7.30 pagi hingga 6 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.
Sekiranya ada sikap lebih memberi ini, insyaAllah anda akan dapat ganjaran yang setimpal nanti.

3. Komited.

Tunjukkan komitmen yang tinggi dalam segala tugas yang diamanhkan kepada anda.Lakukan sesuatu kerja dengan penuh rasa tanggungjawab dan berikan sepenuh tumpuan.Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.

Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadilah seorang proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.

4. Bijak Membawa Diri

Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik' pejabat.. Kemahiran komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji sikap rakan-rakan sekerja Anda.

Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh ’membawa diri’ tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.

Tapi, pekerja yang cemerlang tidak membodek bosnya untuk cepat naik pangkat! Apa yang perlu dilakukan adalah mengurus bos anda.Kita akan bincangkan petua mengurus bos anda pada masa hadapan.

5. Belajar dan Terus belajar

Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.

Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.

Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa.

Oleh itu hadirilah kursus atau bengkel yang boleh meningkatkan upaya diri anda!



6. Hormat Semua Orang.

Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.

Kalau anda mahu orang hormat kepada anda, maka anda perlu hormat kepada mereka.

Jangan suka mengata atau bercakap fasal keburukan orang lain.Lebih-lebih jangan jadikan pejabat kita sebagai gossip corner .Anda akan dibenci orang dan dapat dosa kering kat di pejabat.Niat murni kita, kerja sebagai satu ibadah, telah anda musnahkan.

Ingat!! Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.



7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.

Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan 'first impression' orang lain amat penting dalam suasana kerja.

Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai sikap terhadap kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.

Kalau berserabut, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu. Meja yang berserabut biasanya otak kita berderabut.Oleh itu kemaskanlah meja anda.

Sebagai kesimpulannya, dalam hidup ini kita perlu banyak memberi , kerana banyak juga anda akan terima nanti.Jangan berkira sangat dengan tenaga dan waktu anda.Berilah yang terbaik untuk Jabatan anda.Sayangilah organisasi anda.Beri komitmen pada kerja anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.Semoga apa yang kita lakukan di pejabat, akan mendapat ganjaran di sisi Allah nanti.

Ciri - ciri Orang berjaya dalam MLM


Berikut adalah ciri - ciri orang berjaya dalam perniagaan MLM.


1.Mempunyai sikap sabar

2.Perlu rajin.

3.Perlu peramah.

4.Mempunyai sikap sentiasa mahu belajar.

5.Sentiasa bersedia

6.Memiliki Imaginasi yang luar biasa

7.Bijak menganalisis Diri

8.Sanggup berkorban

9.Sentiasa ingin berkongsi

Wednesday, June 24, 2009

RAHSIA MENGEMBIRAKAN ISTERI

It's not difficult to make a woman happy. A man only needs to be:
1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic!
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:

45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49. not stress her out
50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:
51. give her lots of attention, but expect little yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:
54. Never to forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes

APAKAH PERSONALITI ANDA?

Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.
Antara jenis personaliti tersebut ialah ....

a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:

1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak


b) Personaliti Pendiam

Bersifat:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain


c) Personaliti Perasa

Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat


d) Peramal

Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain


e) Personaliti pemikir

Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan


f) Personaliti sensitif

Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI

sukakan benda yang reality dan abstrak, bijak dan genius, berpesonaliti yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL

sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, agak cemburu

MEI

kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggi, permikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN

berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif,

JULAI

Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lainSangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan dirisuka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk,l tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif, banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, bersistematik

OKTOBER

suka bersembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat

NOVEMBER

banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org , Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-puraCepat marah,Perangai yg berubah-ubah, Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan, Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikir dgn logik

BAGAIMANA BENTUK TIDUR ANDA???

Kedudukan anda semasa tidur juga dapat mencerminkan perwatakan anda.Baca dan kenalilah diri anda!!!


Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala


Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup anda dan anda menjaga keluarga anda sebaik mungkin! Tetapi anda sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri anda yang agak memilih.


Selubung seluruh badan dengan selimut

Anda sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri anda itu, anda adalah individu yang pemalu dan lemah. Anda terlalu menyimpan rasa dan sekiranya andau berhadapan dengan sesuatu masalah, anda lebih
gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa anda sering meracau sewaktu dalam tidur anda.


Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang

Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Anda lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri anda memang dipuji.


Tidur meringkuk

Anda berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri anda. Anda sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan anda. Anda beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidup anda.


Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti anda. Individu yang berada di sekeliling anda harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri anda kerana anda dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

Anda adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri anda. Selain itu anda juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya anda harus belajar untuk lebih bertenang.


Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk tadi. Anda adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, anda perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri anda itu. Sekiranya anda mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik anda yang abadi.


Tidur meringkuk di satu arah

Cara tidur sebegini melambangkan anda adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Anda akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang anda lakukan.Anda akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.


Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri anda yang sebenar.Anda cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu anda juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun anda beruntung kerana pendapatan yang anda miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri anda... jadi, siapa pula yang anda maksudkan dalam cerita rekaan anda baru-baru ini?


Tidur meniarap

Sekiranya anda tidur dengan cara meniarap sepanjang malam, anda adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran anda terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri anda sendiri.Anda juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

FAHAMI RAHSIA BIBIR

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.


Bibir segar dan kemerahan...

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)...

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.


Bibir yang tipis...

Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya.

Bibir yang mungil...

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal...

Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka...

Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

RAHSIA CEMERLANG DALAM PERGAULAN

Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”.

RAHSIA BENTUK WAJAH

BUJUR SIRIH....
Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong..
Keperibadiannya:-
Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego...

BULAT....
Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dgn faktor ketembamam..
Keperibadiannya:-
Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati...

BERSEGI...
Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi...
Keperibadiannya:-
Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan,Agresif dan bercita2 tinggi,memiliki daya ingatan yg tajam namun agak lembab dalam urusan C.I.N.T.A...

SEGI TIGA...
Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain...
Keperibadiannya:-
Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurg gemar memikirkan soal kesihatan diri...

BEZA OTAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 10 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!






































OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara ini.."

SELAMAT MENCUBA!!!!

WARNA DAN PERSONALITI


Warna kegemaran dapat memberi sedikit gambaran tentang peribadi seseorang.

Melalui kajian moden, warna membantu seseorang untuk mengenalpasti personaliti seseorang .Ini biasanya dapat dilihat dari warna pakaian yang dipakai.Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat KEBANYAKAN wanita pada hari ini gemar mengenakan pakaian dan aksesori berdasarkan warna yang digemari.

Warna baju sering memainkan peranan pentingdalam mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi persekitaran seseorang. Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai.

Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah akan kelihatan berani, merah dan cergas.

Tidak ketinggalan, wanita yang memakai baju biru lebih sabar, sejuk dan tenang. Mungkin warna hijau sering dikaitkan dengan keindahan alam semulajadi tetapi sebenarnya ia juga menggambarkan pemakainya seorang yang tenang, bijak dan tidak banyak karenah.

Bagi wanita yang ingin kelihatan feminin dan tenang, boleh memilih warna ungu. Sebaliknya, wanita yang ingin kelihatan ceria dan cergas, boleh mengenakan warna oren. Merah jambu pula sering dikaitkan dengan sifat dan hal feminin.


Perkaitan antara warna dengan personaliti adalah seperti di bawah:

Ia merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.

Biru muda : Pengasih dan penyayang

Biru tua : Rajin dan penuh dedikasi

Oren : Bersemangat dan komited

Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik

Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah

Merah : Berani dan emosional

Ungu : Kejayaan dan sikap positif

Hitam : Rasmi, serius atau hiba

Coklat : Matang dan bertanggungjawab

Putih : Bersih dan amanah


PENJELASAN TERPERINCI

HITAM

Degil dan berdikari
Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.


MERAH

Mendesak, mudah diransang dan lincah.
Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
Perlu belajar untuk sabar.


PUTIH

Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
Bersih dan amanah.
Gemar menyendiri.
Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.


BIRU LEMBUT


Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
Teliti dalam teguran.
Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
Ingin suasana selamat dan mendamaikan.


BIRU GELAP

Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
Mudah terganggu dengan keadaan bising.
Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.


MERAH JAMBU

Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

OREN
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
Tidak sabar.
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
Bersikap praktikal dan kreatif.
Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.


HIJAU

Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.


KUNING

Penuh minat dan ceria
Aktif dalam jua aktiviti.
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
Idea dan pemikiran tinggi.
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.


UNGU

Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.


PERANG

Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU

Tersendiri pendekatannya.
Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
Suka mengasingkan diri.
Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.

Sunday, June 21, 2009

Rahsia mata wanita


Mata mampu mengungkap pelbagai makna yang tersirat. Cinta juga bermula dari mata dan turun ke hati. Di bawah adalah tafsiran sikap wanita berdasarkan bentuk mata mereka.

Saiz mata kecil

* Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
* Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya.
* Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya.
* Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas.
* Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang

* Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan.
* Bertanggungjawab
* Perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar

* Cukup kuat berahsia.
* Otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.
* Seorang yang setia.
* Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip

* Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
* Wanita yang baik.

Mata jarang berkedip

* Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia.
* Adil, bertanggungjawab, tidak cerewet.
* Membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung

* Kurang memuaskan dan materialistik.
* Hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang,
mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.



Mata redup

* Wanita ini mudah dipermainkan.
* Tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat,
mengumpat, iri hati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar

* Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata.
* Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak.
* Marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

RAHSIA TARIKH LAHIR



Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh 1 :
————–

12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1


(Jadi nombor lahirnya ialah 1 – Ketulenan)

Contoh 2:

30 Okt 1964

30 + 10 + 1964 = 2004

2 + 0 + 0 + 4 = 6

Jadi nombor lahir anda ialah 6 (Romantik)

Maksud nombor lahir adalah seperti berikut:

1-KETULENAN

Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. – Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. – Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka
.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach




2-PENDAMAI

Dilahirkan sebagai diplomat. – Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. – Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. – Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3-CERIA

Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. – Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. – Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3
: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4-KONSERVATIF

Golongan ini sangat peka dan tradisional. – Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. – Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. – Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. – Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. – Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5-PERINTIS

Mereka adalah perintis. – Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). – Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. – Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. – Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6-ROMANTIK

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. – Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. – Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. – Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. – Mereka suka seni musik. – Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7-INTELEKTUAL

Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. – Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. – Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. – Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. – Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8-PENYELESAIAN

Golongan ini adalah penyelesaian masalah. – Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. – Mereka selalu mempunyaiperancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. – Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. – Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.





9-PELAKON

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. – Mereka sangat penyayang dan pemurah. – Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. – Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. – Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. – Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem

Rahsia tarikh lahir mengikut haribulan



1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.


4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.


5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.


6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.


8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.


11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Maklumat yang diberikan hanyalah sebagai panduan sahaja yang berdasarkan kajian.Terpulanglah kepada anda untuk bersetuju atau tidak.

Rahsia Wanita

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin

Rahsia ini dibuat berdasarkan beberapa kajian.
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.


Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.


Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
* Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.


Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
* Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
* Bijak mewujudkan suasana selesa.
* Hati yang cepat berubah ubah.

RAHSIA JENIS DARAH

Apakah jenis darah anda? A? B? AB? O?

Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.


* JENIS DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulaN. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

* JENIS DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.



* JENIS DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

* JENIS DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.

Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

PETUA MURAH REZEKI


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengankeluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1.Banyakkan beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dariAbu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.Sabda Nabi s.a.w.:“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbasr.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabis.a.w.:“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingatkan Allah akan membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Baginda s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakimdan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalambentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki olehAllah . Baginda s.a.w. bersabda:“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allahakan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim danThabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akanmemberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan danmurahkan rezeki.Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringidoa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalamal-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu AbiSyaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda:“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, iapagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Perkaya bahan Bahasa Inggeris tempatan

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

BAHASA Inggeris atau Bahasa Malaysia. Adakah itu persoalan atau pilihan dan terbaru dicadangkan menjadi satu kewajipan untuk lulus dalam peperiksaan utama.

Soal mewajibkan sesuatu subjek pilihan bukan perkara yang perlu diperdebatkan tetapi bagaimana kita menyediakan input-input untuk menjadikan subjek yang wajib lulus ini sebagai suatu yang mampu diikuti oleh pelajar-pelajar yang lemah.

Pelajar, tidak kira luar bandar atau di bandar sebenarnya tidak perlu 'dikastakan.' Jika input-input pengajaran bahasa Inggeris diperkasakan semua pelajar mampu lulus.

Yang penting ialah keazaman dan teknik pengajaran yang mampu menarik minat semua pelajar. Maka bahan-bahan bacaan bahasa Inggeris perlu disesuaikan dan diadaptasi untuk menarik minat pelajar luar bandar belajar bahasa Inggeris.

Bagi berlaku adil dengan pelajar luar bandar adalah disarankan bahan pengajaran diterjemahkan daripada karya sastera tempatan yang terkenal seperti novel hebat bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris. Sebagai contoh novel Salina oleh A. Samad Said dan karya bermutu Sasterawan Negara yang lain seperti Datuk Usman Awang, Arenawati, Shahnon Ahmad dan lain-lain.

Dengan terjemahan sebegini, pelajar luar bandar akan terasa dekat diri mereka dengan kandungan hasil terjemahan tersebut dan akan menimbulkan minat mereka belajar bahasa Inggeris.

Suatu langkah memperkasa dan memperkaya bahan bacaan rujukan bahasa Inggeris yang mampu menarik minat pelajar luar bandar perlu dilakukan sebelum subjek Bahasa Inggeris diwajibkan dalam peperiksaan sebagaimana bahasa Malaysia.

Bukan tiada karya tempatan diterjemahkan ke bahasa Inggeris seperti karya Dr. Anwar Ridhwan, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman cuma agak 'miskin' bahan-bahan tersebut diterbitkan.

Bagi pejuang yang mendesak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, inilah yang perlu diperjuangkan agar karya bahasa Malaysia dapat diterima dunia.

Kita semua kebanyakan lahir di kampung pandai belajar semua subjek termasuk Bahasa Inggeris, bermakna pelajar-pelajar yang lain di luar bandar juga ada potensi untuk lulus dan maju.

Justeru, sebelum subjek Bahasa Inggeris diwajibkan lulus maka perlu bagi pihak Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan input-input dengan pengajaran bahasa Inggeris berlatar belakang tempatan.

Tiada salah buku Sejarah Melayu menjadi Malay History, Hujan Pagi menjadi Morning Breeze atau Wira Bukit menjadi Hill Warrior, tepuk dada tanya selera kerana perlu kita menyediakan hidangan yang menyelerakan dan menarik minat sebelum menyuruh orang menikmatinya.

Sumber: Utusan Malaysia
Laksanakan keadilan sosial

Oleh ABDULLAH MD. ZIN

Konsep Satu Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan semangat baru kepada banyak pihak di Malaysia terutama mereka yang berada dalam arus perdana. Bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan, ada suara keraguan dan kebimbangan sesetengah pihak kerana mereka khuatir hak mereka akan terjejas atau diabaikan.

Begitu juga pihak parti pembangkang telah memberikan reaksi negatif dengan tafsiran yang keterlaluan dan gambaran yang bukan-bukan terhadap gagasan baru ini.

Pada hari pertama Sidang Parlimen pada 15 Jun lalu, Najib menegaskan dengan cukup jelas bahawa gagasan Satu Malaysia amat berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional baru.

Begitu juga gagasan ini berbeza daripada konsep Malaysian Malaysia yang diamalkan oleh parti pembangkang kerana konsep berkenaan tidak bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, menurut beliau, Satu Malaysia secara tersurat dan tersirat kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, 4, 152, 153 dan Bahagian 2 serta 3 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya Najib memberitahu formula Satu Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.

Antara teras-teras perpaduan ialah penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia. Kedua, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan ketiga, keadilan sosial.

Dari perspektif undang-undang, telah wujud peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain.

Peruntukan ini amat jelas sekali memberi kekuatan kepada agama Islam yang tidak boleh dicabar kedudukannya dan dalam masa yang sama memberi perlindungan kepada agama-agama lain, ia boleh diamalkan dalam keadaan aman dan damai.

Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan itu amat tepat dengan sejarah pembangunan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah SAW di Madinah dan Khulafa' al-Rashidin sehingga ke zaman kegemilangan Islam di Eropah yang telah membuktikan pembangunan akidah dan syariah yang kuat bagi umat Islam di samping menghormati penganut-penganut agama lain dan amalan mereka seperti Yahudi, Kristian dan lain-lain.

Sejarah membuktikan bahawa pada zaman pemerintahan Islam di Madinah serta di zaman para sahabat, keadilan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.

Dalam al-Quran, banyak ayat yang menyuruh umat Islam supaya berlaku adil dan melarang kezaliman. Perkataan adil disebut dalam al-Quran sebanyak lebih 20 kali, di antaranya Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. (Surah al-Maidah, ayat 8).

Ayat tersebut mewajibkan umat Islam supaya berlaku adil dalam semua urusan mereka, sehinggakan kepada musuh pun digesa supaya berlaku adil.

Selain keadilan dalam bidang kehakiman, keadilan sosial juga dituntut ke atas umat Islam supaya melakukannya kepada semua individu dalam masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Setiap anggota masyarakat hendaklah mendapat keperluan asas mereka seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, peluang mendapat pelajaran dan pekerjaan.

Keadilan sosial bukanlah bererti membasmi kemiskinan sehingga ke akar umbinya supaya tidak wujud lagi dalam masyarakat. Perkara ini bercanggah dengan sunnah alam kerana kemiskinan dan kekayaan adalah dua hakikat yang wujud di dunia ini. Yang kaya dan yang miskin ada tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Yang kaya membantu yang miskin manakala yang miskin pula berterima kasih kepada yang kaya dan tidak melakukan huru-hara dalam masyarakat. Dengan itu, suasana harmoni dan perhubungan yang baik dapat diwujudkan dalam masyarakat.

Antara faktor penting yang telah dianjurkan oleh Islam bagi mewujudkan keadilan sosial dalam masyarakat ialah saling bekerjasama (ta'awun) antara anggota masyarakat. Masyarakat Islam perlu didirikan di atas dasar tersebut sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan. (Surah al-Maidah, ayat 2).

Begitu juga antara faktor penting bagi mewujudkan keadilan sosial ialah perhubungan yang baik antara sesama anggota masyarakat sebagaimana sabda Rasullah SAW yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang, bantu membantu dan silaturrahim seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh tubuh akan ikut berjaga malam dan demam.

Kasih sayang, bantu membantu dan silaturrahim adalah asas penting dalam keadilan sosial.

Perhubungan yang baik antara individu dalam masyarakat yang terdiri daripada orang kaya, orang miskin, orang tua, orang muda, pemerintah dan rakyat adalah amat penting dalam mewujudkan keharmonian dan kerukunan.

Begitu juga Islam menekankan kemesraan dan berbaik sangka serta sifat sedia membantu di kalangan anggota masyarakat sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia suka kepada saudaranya seperti yang ia suka bagi dirinya, dan sabdanya lagi yang bermaksud:

Allah menolong seseorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya.

Dari huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa keadilan sosial bukanlah satu slogan kosong yang mengajak supaya menyamakan semua anggota masyarakat, tetapi apa yang dimaksudkan dengannya ialah menyamakan mereka dalam kesempatan dan peluang untuk mengembangkan prestasi dan potensi.

Oleh itu, keadilan sosial dapatlah ditakrifkan sebagai "kerjasama untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, setiap anggota masyarakat mempunyai kesempatan dan peluang yang sama untuk berkembang sesuai dengan kemampuan masing-masing."

Islam sentiasa menganjurkan supaya berlumba-lumba berbuat kebajikan dalam masyarakat sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak menyumbang kepada sesama manusia.

Oleh itu, aktiviti sosial adalah aspek yang penting dalam hidup berjemaah dan semangat kerjasama merupakan amalan yang perlu dipupuk supaya ia berkembang dalam masyarakat.

Dalam masyarakat Malaysia sekarang, kita dapati kerja-kerja amal kurang diberi tumpuan oleh masyarakat sama ada di peringkat individu atau organisasi. Kalau kita bandingkan dengan aktiviti keagamaan yang bercorak ibadat khusus, kita dapati ramai yang berminat.

Dalam al-Quran dan al-Sunnah banyak ayat dan hadis yang memberi galakan supaya kita membuat kebajikan dalam masyarakat. Malah ia merupakan suatu tanggungjawab sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhan kamu, dan buatlah kebajikan supaya kamu dapat kemenangan." (Surah al-Hajj, ayat 77).

Begitu juga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kamu kiranya aku memberitahu kamu tentang amalan yang lebih utama dari puasa, solat dan sadaqah?" (yakni sunat). Sahabat menjawab "Kami mahu wahai Rasulullah," lalu Baginda bersabda: "Iaitu amalan atau usaha membaiki hubungan yang terputus antara dua pihak yang bertentangan (berkonfrantasi), kerana keburukan perpecahan itu adalah pencukur."

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda: "Aku tidak berkata ia pencukur rambut, tetapi ia pencukur agama" (menghapuskan roh persaudaraan Islam).

Sebenarnya, kerja-kerja sosial boleh digunakan sebagai media dakwah, ia suatu cara berkesan untuk memenangi hati masyarakat.

Kalau kita menyingkap sejarah hidup Rasulullah SAW dan para sahabat, mereka dikenali sebagai para dermawan dan baik hati. Mereka melibatkan diri dengan membuat kebajikan dan memberi pertolongan kepada orang ramai. Oleh itu 'kebajikan' dan 'khidmat' amat penting dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Kita hendaklah mendekati dan memberi pertolongan kepada orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan, anak-anak yatim dan remaja yang terlibat dengan berbagai-bagai gejala sosial.

Kita janganlah terlalu terpesona dengan theoretical dialogue tentang keadilan sosial yang serba ideal, tetapi kita seharusnya menterjemahkan ideal-ideal Islam dalam masyarakat melalui kerja-kerja kemasyarakatan di tengah-tengah lapangan.

DATUK DR. ABDULLAH MD. ZIN ialah Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri.

Sumber: Utusan malaysia
KPT kenal pasti IPTA cemerlang

JOHOR BAHRU 21 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengenal pasti beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini untuk dijadikan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin berkata, langkah tersebut sejajar dengan usaha mengangkat pusat tersebut ke peringkat antarabangsa sekali gus melonjakkan nama IPTA berkenaan.

''Sehingga kini, terdapat 200 pusat kecemerlangan di seluruh IPTA di negara ini.

''Apabila dijadikan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan, ia akan menghimpun semua cendekiawan sesebuah universiti itu bagi tujuan menjalankan penyelidikan dan penyebaran ilmu terbaru,'' katanya.

sumber:Utusan malaysia

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Pendidikan Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2009 di sini hari ini.

Seminar dwi tahunan itu disertai oleh 270 peserta yang terdiri daripada pensyarah, ahli akademik dan staf UiTM seluruh negara.

Turut hadir Naib Canselor UiTM, Profesor Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah dan Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Prof. Madya Dr. Muhamad Rahimi Osman.

Mohamed Khaled berkata, penganjuran seminar tersebut amat bertepatan dengan perkembangan semasa negara dan saranan Perdana Menteri untuk memperluaskan Pendidikan Islam.

Tambahnya, Pendidikan Islam seharusnya mampu melahirkan para pemikir Islam yang hebat dan membangunkan modal insan yang berguna kepada negara.

Pendidikan Islam itu sendiri, menurut Khaled, sewajarnya memainkan peranan sebagai instrumen terpenting dalam kebangkitan generasi baru yang berhemah, bersahsiah tinggi dan mempunyai kekuatan ilmu dalam menjamin kesejahteraan negara.

''Pendidikan Islam bukan hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam kita merangka kurikulum pendidikan di IPTA, ia harus diangkat sejajar dengan ilmu pendidikan lain,'' katanya.
Mengemaskini resume dan persediaan temuduga

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
Resume merupakan dokumen penting yang 'mempromosikan' pengalaman, pendidikan, kemahiran dan kejayaan anda kepada calon majikan.

Malah, resume yang dikarang dengan baik dan lengkap mampu mencerahkan peluang anda untuk maju selangkah lagi dalam usaha pencarian kerja impian.

Elemen asas yang perlu disertakan dalam resume adalah;

1.Kepala (heading) - Nama, alamat penuh (terkini), nombor telefon dan emel.

2.Objektif - Objektif memberi tumpuan kepada resume anda dengan meletakkan jawatan yang anda inginkan, sama ada kategori pelatih, sementara atau sepenuh masa. Ia juga menunjukkan kecenderungan dan sasaran kerjaya peribadi anda.

3.Pendidikan - Mulakan dengan kelayakan akademik terkini termasuk nama kolej atau universiti, ijazah, bidang pengkhususan, tarikh tamat pengajian dan CGPA.

4.Kerja kursus berkaitan - Kursus pra atau pasca ijazah, kertas kajian, seminar dan projek berkaitan jenis kerjaya yang dicari.

5.Pengalaman - Gunakan frasa pendek (bukan ayat) untuk menekankan pengalaman bekerja dan kemahiran digunakan secara dinamik. Sertakan pengalaman termasuk sebagai pelatih, guru sementara, kerja klinikal, sukarelawan dan projek kajian.

6.Lain-lain kategori - Sijil, anugerah, penghargaan, kemahiran berbahasa, tahap literasi komputer, aktiviti luar, kekuatan peribadi, kemahiran teknikal, keahlian profesional, penerbitan.

7.Rujukan - Jangan senaraikan nama rujukan secara individu pada resume anda. Buat senarai rujukan di muka surat baru, sebelum itu dapatkan kebenaran daripada individu terbabit untuk menggunakan mereka sebagai rujukan anda.

Panduan menghadapi temuduga

Setelah puas mencari kerja yang sesuai dan menunggu selama berbulan-bulan, akhirnya anda dipanggil menghadiri temuduga. Inilah masanya anda berdepan dengan bakal majikan dan 'menjual' segala pengalaman, kemahiran, semangat dan kesungguhan yang ada pada diri anda.

Masalahnya, anda hanya mempunyai 15 atau 20 minit untuk meyakinkan majikan tanpa mengetahui apa sebenarnya yang mereka mahukan daripada anda.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat untuk membantu anda mengharungi temuduga dengan yakin. Semoga berjaya!

1.Kajian - Lakukan sedikit kajian latar belakang syarikat (lokasi, laman web, jenis industri, perkhidmatan ditawarkan) waktu bekerja, bidang tugas.

2.Berlatih - Dapat bantuan untuk berlatih di rumah dengan kuat untuk meningkatkan keyakinan diri, perbaiki percakapan supaya lebih jelas, tepat dan tidak gementar semasa temuduga sebenar.

3.Berpakaian kemas - Tanggapan pertama majikan terhadap anda adalah sangat penting. Jika temuduga anda untuk kerja pejabat, pilihan terbaik adalah memakai sut konservatif berwarna gelap (lelaki dan wanita). Jika kod pakaiannya lebih kasual (kilang atau tapak pembinaan) pakai sepasang seluar 'slek' dan kemeja berkolar dan tali leher. Sementara wanita, gaun, blaus, seluar atau skirt yang sopan. Tetapi, elak barang kemas terlalu sarat, minyak wangi kuat atau pakaian ranggi.

4.Etiket temuduga - Beberapa aspek penting yang perlu diingati adalah ketepatan waktu, gerak geri (jangan terlalu keras atau gementar), jangan duduk membongkok (memberi gambaran anda seorang pemalas atau tidak berminat dengan jawatan ditawarkan). Kekalkan interaksi mata dengan penemuduga, bercakap dengan sopan, elak slanga atau kata-kata kasar.

5.Bertanya soalan - Jangan cuba mengambil alih tugas sebagai penemuduga, sebaliknya gunakan kajian anda tadi untuk bertanya beberapa soalan tambahan mengenai perniagaan, jawatan, ciri kelayakan dan apa diharapkan daripada calon yang mengisi posisi itu kelak.

6.Nota Terima Kasih - Pastikan anda meluahkan penghargaan kepada pihak majikan kerana memberi anda peluang ditemuduga. Sejurus selepas temuduga, hantarkan nota (kad/surat) mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa menemui anda.

Kesimpulannya, anda perlu ingat tiga perkara penting sebelum menghadiri temuduga yang bakal mencorakkan kerjaya masa depan anda iaitu; bersedia, profesional dan bersopan untuk memberi tanggapan yang tepat mengenai potensi diri anda.

Sumber:Utusan malaysia