PETUA MEMPERBAIKI PERHUBUNGAN MANUSIA
1.Elakkan pertengkaran yang tak berfaedah dan kata-kata sindiran. Tiada pemenang dalam sesuatu pertengkaran.
2.Layani tiap-tiap orang secara hormat dan mulia agar mereka berasa penting. Berikan ucapan selamat dan gunakan nama mereka sekerap mungkin.
3.Carilah kebaikan orang lain dan terimalah mereka seperti sedia ada. Tumpukan perhatian pada perhubungan bukannya pada personaliti seseorang. Jangan hiraukan kejengkelan kecil.
4.Tunjukan minat yagn tulen terhadap orang lain. Galakkan orang lain bercakap tentang diri mereka.
5.Wujudkan perhubungan “menang-menang”. Carilah manfaat bersama dalam semua interaksi sosial.
6.Jadilah pendengar yang baik; jangan menyampuk. Dengar baik-baik dengan hasrat memahami apa yang dikatakan. Galakkan orang lain bercakap tentang diri dan pencapaian mereka.
7.Jika perlu, tarik perhatian terhadap kesilapan orang secara tak langsung. Berusahalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah, bukan mengkritik orang yang terlibat. Jagalah air muka orang berkenaan. Jangan panggil orang “bodoh” atau “tak berguna”. Membidas personaliti seseorang akan hanya menimbulkan rasa geram dan rasa dendam. Jangan timbulkan kesilapan atau rasa tak puas hati yang lama. Ia akan hanya menyebabkan orang yang berkenaan bersifat mempertahankan diri dan menjadi marah.
8.Berilah penghargaan yagn jujur dan spesifik. Puji di khalayak ramai; beri kritikan membina secara peribadi. Elakkan daripada memberi pujian dan kritikan dalam masa yang sama.
9.Berilah pujian apabila pujian patut diberi. Elakkan daripada memberi pujian yang dibuat-buat.
10.Kendalikan emosi anda secara produktif. Jangan sekali-kali hilang sabar.
11.Akuilah kesilapan anda secara cepat dan nyata. Elakkan daripada mempertahankan diri.
12.Jangan berdendam. Beri peluang untuk orang lain memulihkan hubungan dengan anda.
13.Berkongsilah idea, kemahiran, pengalaman atau maklumat yang penting dengan orang lain.
14.Katakanlah yang positif tentang orang lain, kalau tidak jangan kata apa-apa. Sampaikan perkara baik yang anda dengar tentang seseorang kepada orang berkenaan. Ingatlah bahawa kebanyakan hubungan dimusnahkan oleh kritikan yang destruktif.
15.Jadilah kawan yang setia. Pastikan anda menjaga rahsia dengan teguh.
16.Amalkan kesopanan asas seperti mengatakan “tolong”, “sila”, “terima kasih” dan “maafkan saya” apabila sesuai.
17.Jadilah seorang yang bertimbang rasa. Cubalah memahami pandangan orang lain.
18.Tunaikan segala komitmen anda. Jangan membuat janji yang anda tidak dapat memenuhi atau keputusan yang anda tidak dapat menyokong.
19.Bantulah orang lain yang ingin memajukan diri mereka.
20.Senyumlah dan tunjukkan keghairahan anda apabila berurusan dengan orang lain.
Friday, July 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment