Saturday, June 20, 2009

PERANAN HATI



Sabda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya.Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya.Dan daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan bahawa jika hati itu jahat dan kotor, maka akan pincanglah keseluruhan anggota dan akhlak pemilik hati itu yang seterusnya akan membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t.Hati yang baik akan sentiasa menjadi rebutan kerana padanya terdapat unsur keimanan yang sejati.Manakala kita patut menjauhkan daripada memiliki hati yang berunsur jahat kerana ianya adalah hasutan daripada syaitan.

Sentral: Petronas, Fomca semai cara hidup lestari


KUALA LUMPUR: Petronas kini bekerjasama dengan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) melalui Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih bertanggungjawab dalam kehidupan mereka serta menyemai konsep cara hidup lestari.

Naib Presiden Bahagian Khidmat Korporatnya, Ahmad Nizam Salleh, berkata sebagai antara syarikat yang sering terbabit dalam isu pengguna di negara ini, pihaknya amat prihatin dalam usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan terutama dalam aspek kepenggunaan.

“Syarikat kami sangat menyokong kempen seumpama ini yang dapat mendidik rakyat untuk menghadapi kemungkinan yang dibawa kegawatan ekonomi dunia selain pelbagai krisis seperti kenaikan harga barang.

“Kami akan mengambil bahagian dalam aktiviti 3K ini dalam membantu Fomca menjalankan usaha mendidik masyarakat supaya menjadi pengguna berhemah menguruskan kewangan mereka,” katanya.



Kami juga turut melaksanakan beberapa langkah menjimatkan kos perbelanjaan di setiap aspek operasi iaitu dengan memasang lampu jimat tenaga serta menaikkan suhu pendingin hawa ke tahap optimum,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kolaborasi Petronas dalam program 3K, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Fomca, Datuk N Marimuthu dan Pengurus Besar Petronas, Rosli Rahim.

Sementara itu, Marimuthu berkata, pihaknya kini lebih fokus dan akan terus berusaha meningkatkan kempen yang sudah diatur selama empat tahun sehingga mencapai matlamatnya.

“Kami sangat menghargai pembabitan syarikat korporat lebih-lebih lagi Petronas yang sering terbabit dengan isu kepenggunaan. Diharapkan kerjasama ini akan dapat membantu kami serta rakan usaha sama lain mendidik pengguna negara ini dengan ke arah gaya hidup lebih lestari,” katanya.

sumber: Berita Harian