Wednesday, October 10, 2007

Malaysia catat sejarah!!

Tahniah!!!!Malaysia telah mencatat sejarah, angkasawan pertama negara ,Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 9.21 malam waktu Malaysia.

Saat yang bersejarah ini telah disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia disiarkan secara langsung melalui media elektronik khususnya televisyen, di RTM1, TV3 dan Astro 588.Disamping itu, beberapa skrin yang ditempatkan di lokasi strategik di ibu negara bagi menyaksikan detik-detik kegemilangan itu.

Kejayaan menghantar angkasawan negara itu menandakan satu lagi pencapaian di peringkat dunia yang mampu diraih oleh rakyat negara kita.Peristiwa ini sepatutnya menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.

Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi pesawat angkasa lepas seberat 7,170kg itu disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Rusia.

Bukan itu sahaja, Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga mencatat sejarah sebagai angkawasan pertama Islam yang bakal menyambut Aidilfitri di angkasa lepas, yang berada pada kedudukan 333km dari muka bumi dengan jangkaan tiba ke ISS selama dua hari.

Sekali lagi syabas kepada Dr Sheikh Muszaphar dan seluruh warga Malaysia.Marilah sama-sama kita berdoa agar beliau selamat kembali pada 21 Oktober ini.

No comments: