Thursday, August 14, 2008

MEMBINA KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri kerap kali memisahkan antara kejayaan dan kegagalan dalam kehidupan. Orang yang berkeyakinan diri adalah lebih berjaya dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka berbanding dengan mereka yang kurang yakin terhadap diri sendiri.

Malangnya, ramai orang kurang yakin pada diri sendiri dan ini menghalang mereka daripada mencapai prestasi unggul di tempat kerja serta dalam lapangan hidup mereka yang lain. Mereka telah menjadi musuh ketat diri sendiri dengan mengamalkan sistem kepercayaan yang negatif dan tingkah laku sabotaj diri.

15 PETUA MEMBINA KEYAKINAN DIRI

1. Kenali diri anda yang sebenar

Kenal pasti dan eksploit kekuatan atau bakat anda.
Jangan dihantui oleh kelemahan atau kekurangan anda.

2. Amalkan bual-diri yang positif.

Dari semasa kesemasa, ulang pengesahan “ Saya boleh lakukannya. ” Gantikan
fikiran negatif dengan fikiran positif. Elakkan kritikan diri sendiri.

3. Berdampinglah dengan kawan-kawan yang berfikiran positif.
Jauhi orang yang “toksik” atau kaki caci.

4. Akui dan raikan kejayaan atau pencapaian anda.
Berikan pujian kepada diri sendiri dan jangan atributkan pencapaian anda
pada nasib yang baik.

5. Tetapkan matlamat-matlamat peribadi matlamat kerjaya. Matlamat-
matlamat mestilah realistik, spesifik, dapat ditentusahkan dan
berbatas waktu.

6. Elakkan diri daripada mementingkan kesempurnaan. Jangan harap-
kan kesempurnaan dalam tiap-tiap aspek kehidupan anda.

7. Belajarlah untuk menjadi seorang yang asertif. Beranikan diri untuk
mengemukakan pendapat anda atau mempertahankan hak-hak asasi
anda tanpa menjejaskan hak-hak orang lain. Katakan “Tidak” kepada
permintaan yang tidak munasabah.

8. Perbaiki kemahiran komunikasi anda. Berlatihlah bercakap dalam
mesyuarat. Berucap di depan khalayak ramai ialah satu cara yang
terbaik untuk mempertingkatkan keyakinan anda.

9. Kekalkan ketabahan. Jangan cepat mengalah. Berusahalah sehingga
anda berjaya.

10. Jangan sekali-kali mengecil-ngecilkan diri sendiri atau pencapaian
anda
.Terimalah pujian dengan ucapan “terima kasih” serta senyuman.

11. Anggaplah kegagalan sebagai suatu pengalaman pembelajaran.
Menurut Anthony Robbins, “Kegagalan tidak wujud. Yang wujud hanya
hasil.”

12. Jangan sekali-kali memandang rendah kebolehan anda. Anda tidak
tahu apa yang anda boleh buat hingga anda mencubanya.

13. Tambahkan pengetahuan anda dan kemahiran yang berkaitan dengan
kerja.
Jadilah pakar dalam bidang yang anda ceburi.

14. Bayangkan kejayaan. Bina imej mental yang terperinci tentang
tindakan anda yang berjaya.

15. Bertindaklah dengan penuh keyakinan diri. Senyum dan tentang mata
orang yang berkomunikasi dengan an

Bengkel Pembantu Tadbir Cemerlang

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua para peserta BENGKEL PEMBANTU TADBIR CEMERLANG yang baru berlangsung pada 12 - 13hb Ogos 2008 bertempat di Bangunan Kompleks MAWAR Johor Bahru.Semua para peserta telah menunjukkan minat yang tinggi semasa bengkel berjalan.Saya berharap segala apa yang dipelajari dapat diamalkan agar prestasi kerja semua para peserta dapat ditingkatkan.

Saya terharu kerana kesanggupan peserta datang dari jauh.Ada peserta dari Sabah, Pulau Pinang,Bintulu,Kuala Lumpur,Melaka dan Johor.Kepada semua peserta selamat Maju Jaya!