PETUA ORANG MENYUKAI KITA
Belajar untuk mengingati nama-nama.Ini akan menunjukkan yang kita minat terhadapnya.Nama, kedudukan, gelaran sesorang itu amat penting bagi dirinya.Hafal dan sebutlah berulang kali.
Jadilah orang yang ‘disenangi’ supaya tidak wujud sebarang tekanan untuk bersama anda.
Jadilah seorang pendengar yang baik.Tunjukkan minat anda yang lebih terhadap segala percakapannya dan bukan sebaliknya.Berilah pujian ikhlas dan ucapan penghargaan kepadanya.
Jangan menjadi egoistik.Elakkan diri daripada memberi terlalu banyak pandangan seolah-olh kita saja yang tahu segala-galanya; pamerkan sifat merendah diri
Pupukkan kualiti diri anda yang sentiasa menarik, mengembirakan dan memberangsangkan, supaya orang ingin bersama anda dan mendapatkan kerjasama dari anda!!
Belajar untuk menghapuskan unsur yang tidak elok dan tidak sesuai yang mungkin tidak anda sedari.Hapuskan daripada personaliti anda.Serlahkan personaliti yang lebih membina.!!
Tawarkan pertolongan atau bantuan kepada seseorang terlebih dahulu – sebelum anda meminta apa jua bentuk bantuan dan pertolongan daripadanya.Jadilah seseorang yang ‘diperlukan’, diharapkan dan amat ‘berguna.’
Praktikkan sifat sukakan orang dan hormatkan orang sehingga ia menjadi sebagai sifat semula jadi anda dan amalan anda!!!.Dalami ilmu kemahiran kemanusian anda.
Ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalannya.Kongsilah perasaan anda bersamanya!!
Praktikkan daya tarikan peribadi anda yang bermagnet.Pesonakan orang lain dengan memenuhi keperluan ‘naluri’ mereka yang meronta ‘kehausan’ perhatian, penghargaan, sanjungan, kprihatinan dan kasih sayang.
Penuhi keperluan dan kehendak-kehendak ini dengan penuh keikhlasan, rasa tanggungjawab dan kerelaan.Insya Allah, anda akan menjadi orang yang paling disukai, dikehendaki dan ANDA MENGUASAI!!!!!
Tuesday, February 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment