Wednesday, February 25, 2009

30 CARA MENJIMATKAN AIR DI DALAM DAN DI SEKITAR RUMAH



TANDAS

1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.

2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.

3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.



BILIK MANDI

4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.

5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.

6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.



SINKI

7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.

8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.



TAMAN

9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.

10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.

11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.

12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.

13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.

14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.

15. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.

16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.

17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.









DAPUR

18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.

19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.

20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk

21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir

22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.



GARAJ

23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.

24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.



CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN.

25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.

26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.

27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.

28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.

29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.

30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.
CIRI-CIRI MANUSIA UNGGUL


Pendahuluan

Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih.

1. Keimanan Yang Utuh

Keimanan kepada Allah swt adalah paksi pembinaan negara dan ummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat. Allah swt berfirman dalam surah al-Asr:
' Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran'.
( Surah al-Asr : 1-3 )
lam ayat ini Allah swt menjelaskan bahawa manusia yang beruntung ialah mereka yang beriman dan beramal salih.
Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manuisa daripada menganggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa tiada ýTuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Iman merangkumi tiga unsur utama, pengetahuan yang mendalam, kepercayaan yang jitu dan keyakinan yang teguh. Ketiga-tiga unsur ini akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tonggak kekuatan ruhaniyah yang cukup kental untuk membina jiwa dan jasmani manusia. Keteguhan iman juga merupakan penghalang daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Pelaksanaan Amal Ibadat

Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia. Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya beribadat kepada-Nya. Firman Allah swt :
' Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat'.
( Surah az-Zariat : 56 )

Ibadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada Tuhannya. Ibadat yang dimaksudkan di sini termasuklah ibadat khususiah yang menyentuh fardhu ain dan juga fardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia.
Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya dengan Pencipta ataupun masyarakat adalah dianggap ibadat. Allah swt berfirman:
' Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya, orang yang menjauhkan dirinya (dari perbuatan) yang tidak berguna, orang yang menunaikan zakat dan orang yang menjaga kehormatannya kecuali terhadap isteri-isterinya atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela'.
( Surah al-Mukminun : 1-6 )

3. Akhlak Mulia

Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut.
Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah saw adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadith, baginda saw bersabda,
'Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia'.
( Riwayat Ahmad )

Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul ialah:

a) Amanah

Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah swt:
' Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya'.
( Surah al-Baqarah : 283 )

b) Ikhlas

Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah swt:
' Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya '.
( Surah al-Bayyinah : 5 )

Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
' Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim'.
( Riwayat Imam al-Baihaqi )

c) Tekun

Islam menggalakkkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah saw,
' Sesungguhnya Allah swt menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun'.
( Riwayat Abu daud )

Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat.

d) Berdisiplin

Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai denga lebih cepat lagi.
Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.

e) Bersyukur

Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan: pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak, kedua; bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah swt supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Allah swt berfirman:
' Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras'.
( Surah Ibrahim : 7 )

f) sabar

Di dalam menghadapi cabaran hidup, kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah swt. Firman Allah swt :
' Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekiuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya'.
(Surah Ali Imran : 200)

g) Adil

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

'Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri'.
(Riwayat Abu Syeikh)

Kesan Manusia Beruntung Dalam Kehidupan

Seorang manusia yang memiliki sifat-sifat unggul adalah sangat beruntung kerana ia mampu mengemudi hidupnya dengan sempurna. Kondisi ini membuatkan ia dapat berperanan dengan baik kepada dirinya dan alam sekeliling.

Kesan Kepada Diri Sendiri

Manusia unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan-tuntutan rohani dan jasmaninya dengan terkawal. Aspek-aspek rohani dan jasmani manuisa yang terdiri daripada empat perkara asas iaitu akal fikiran, roh, jasad dan syahwat akan dapat dididik dan dipandu berdasarkan fitrah sebenar berdasarkan fungsi kejadian manusia itu sendiri sebagai makhluk istimewa dan khalifah Allah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini.

Akal fikiran yang diciptakan Allah swt merupakan mahkota berharga yang menampilkan imej manusia. Ia berkeupayaan menerima ilmu, berfikir, membezakan yang baik dan buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh menyampaikannya kepada orang lain. Melalui akal, seseorang itu mendapat hidayah dan petunjuk Allah swt menerusi pemerhatian dan penghayatan terhadap kejadian-kejadian alam dan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh orang lain.

Al-Quran menggesa manusia supaya menggunakan akal fikiran, memerhati dan mengkaji kejadian-kejadian alam ini. Pemerhatian dan pengkajian ini mempunyai faedah yang sangat besar iaitu memenuhi dan mempertingkatkan kemajuan hidup yang kemudiannnya akan menemui hakikat kebesaran Allah swt sebagai Pencipta yang Maha Agung. Dengan itu ia selaku makhluk yang mempunyai daya akal dan keupayaan akan tunduk patuh kepada kekuasaan Allah swt dengan penuh kesedaran dan akan melaksanakan kehidupan ini dalam situasi yang betul dan menuju keredhaan Allah swt.

Roh dan nyawa adalah komponen utama manusia. Adalah terlalu sulit untuk diperkatakan kerana ia sebenarnya urusan Allah swt. Walaupun demikian ia amat mustahak kerana dengannya mausia boleh hidup, bernafas, mendenyutkan nadi, memberikan dorongan dan kekuatan perasaan.

Satu lagi komponen manusia ialah jasad yang merangkumi kulit, daging, otot, urat, darah, tulang, anggota pancaindera dan lain-lain. Masing-masing mempunyai fungsi tersendiri dan meyempurnakan antara satu sama lain iaitu sesuai dengan kejadian manusia yang dijadikan Allah swt sebagai sebaik-baik kejadian. Seseorang yang terdidik dengan nilai-nilai unggul, jasadnya akan bergerak di atas panduan yang betul. Dia akan menggunakan kudratnya melakukan kerja-kerja yang baik, rehat dan tidur dengan seimbangnya, memakan makanan yang bersih dan halal, menjaga kesihatan diri, mengguna dan memelihara pancaindera dari sebarang kemudharatan, dosa dan sebagainya. Ini sesuai dengan firman Allah swt:
' … dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan'.
( Surah al-Baqarah : 195 )

Jelasnya jasad perlu dijaga supaya tidak terdedah kepada kebinasaan, penyakit dan sebarang kecacatan kerana kesempurnaan jasad turut membantu keunggulan hidup seseorang.

Unsur seterusnya yang dikurniakan kepada manusia ialah nafsu syahwat. Imam al-Ghazali pernah mengumpamakan nafsu sebagai binatang liar, bermakna ia sesuatu yang sukar dikawal. Sekiranya nafsu dapat dididk dan dikawal, ia akan menjadi jinak dan tunduk menurut segala kemahuan diri manusia. Tetapi sekiranya ia tidak dididik dan dikawal, dengan mudah ia menjadi raja kepada diri seseorang untuk melakukan apa sahaja kemahuan yang lebih cenderung kepada keburukan. Firman Allah swt ;
' Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu)'.
( Surah Yusuf : 53 )

Bagi menenuhi keinginan syahwat ini, Islam membenarkan perkahwinan. Dengan demikian umat manuisa akan membiak dan berkembang dengan cara yang betul di samping sebagai salah satu pengecapan kurniaan nikmat Allah swt dalam hidup berkeluarga.

Jelasnya, kejayaan atau kegagalan seseorang itu melaksanakan tanggungjawab, khususnya kepada diri sendiri adalah bergantung kepada berjaya atau gagalnya ia memenuhi tuntutan keempat-empat perkara tersebut. Aspek-aspek ini adalah asas pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Kesan Kepada Keluarga

Seseorang insan yang unggul akan mudah mengatur urusan hidup keluarganya. Ia dapat merencanakan soal-soal penddikan, saraan, pergaulan dan pembangunan keluarganya dengan tarbiah Islamiah. Ia dapat menjalankan tugasnya sebagai ra’i atau ketua keluarga dan dalam masa yang sama sebagai abid atau hamba Allah yang sentiasa menjaga hubungannnya dengan Allah swt.

Dalam sesebuah keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung rapat kepada kesejahteraan fizikal. Seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat. Oleh itu, tarbiah jasmaniah seperti yang dituntut oleh syarak perlulah dilaksanakan dalam keadaan yang teratur. Umpamanya dalam pemilihan makanan mestilah yang bersih, baik dan dari sumber yang halal. Amalan buruk yang boleh memudaratkan badan seperti merokok, meminum minuman keras, menyalahgunakan dadah dan sebagainya, hendaklah dijauhi. Sekiranya ketentuan ini tidak dipatuhi, kesihatan jasmani akan terjejas dan boleh memberi kesan buruk kepada mental, fizikal dan spiritual.

Pendidikan rohani pula adalah aspek yang penting. Ia merangkumi keimanan, pengamalan syariat, pelaksanaan tanggungjawab sebagai seorang muslim serta pembangunan mental dan spiritual. Seorang ketua keluarga bertanggungjawab membentuk dan mendidik keluarganya mengamalkan tuntutan-tuntutan yang dikehendaki oleh Islam. Dalam masa yang sama menjauhi perkara-perkara yang haram dan makruh. Ia juga mestilah memastikan ketulenan akidah keluarganya dan membersihkannya dari sebarang bentuk kekufuran dan kesyirikan serta mengikis jiwa dari kekotoran dan penyakit melalui amalan dan latihan yang mantap serta berterusan. Firman Allah swt:
'Sesungguhnya berjayalah orang yang ( setelah menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal soleh) dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang ( dengan khusyuk)'.
( Surah al-A’la : 14-15 )

Seperti yang telah dinyatakan akal fikiran sangat berharga bagi manuisa. Islam juga menuntut umatnya supaya menggunakan akal fikiran dengan betul. Islam menyuruh manusia supaya menuntut ilmu yang bermanfaat dan ilmu itu pula hendaklah disebarkan melalui proses pengajaran dan pengembangan.

Seiring dengan kekuatan pemikiran, pendidikan akhlak adalah amat mustahak. Seseorang ketua yang unggul adalah model yang berkesan dalam pendidikan akhlak keluarganya. Ia perlu membimbing ahli keluarganya dengan akhlak Islamiah berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada padanya. Kegagalan sesetengah keluarga untuk mengamalkan akhlak Islamiah kebanyakannya berpunca daripada kegagalan ketua keluarga atau ibu bapa masing-masing yang tidak mengamalkan nilai-nilai murni seperti yang ditetapkan oleh Islam. Sebab itulah ibu bapa perlu membentuk keunggulan diri mereka terlebih dahulu sebelum amalan itu dapat diperturunkan kepada anak-anak mereka.

Seorang ketua keluarga juga dapat mengatur soal kehidupan ekonomi dan sosial keluarganya berpandukan nilai-nilai yang baik. Ia akan mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempertingkatkan taraf hidup keluarganya dengan mengamalkan sikap bersungguh-sungguh dalam kerjaya. Ia berkeyakinan bahawa kesungguhan bekerja adalah suruhan agama yang perlu ditunaikan. Dengan demikian ia akan membawa keluarganya keluar dari ruang lingkup kemiskinan yang menjadi salah satu musuh Islam yang boleh membawa kepada kekufuran seperti sabda Rasulullah saw :
' Hampir-hampr kefakiran itu membawa kepada kekufuran'.
( Riwayat Abu Naim )

Kesan Kepada Masyarakat, Negara Dan Ummah

Seseorang insan yang unggul akan memastikan hubungan kemasyarakatan dan keluarganya berada dalam satu ikatan yang jitu. Prinsip-prinsip hubungan kejiranan dan masyarakat di sekitarnya akan diasaskan kepada panduan-panduan yang digariskan oleh Islam. Firman Allah swt:
' Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai ..'.
( Surah Ali Imran : 103 )
' Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki'.
( Surah an-Nisa’ : 36 )

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
' Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain'.
( Riwayat at-Tabarani )

Setiap kelompok masyarakat perlu memberi perhatian berat kepada bidang penddikan. Insan yang beruntung dalam sesebuah masyarakat akan memudahkan usaha dan perancangan untuk meningkatkan kualiti masyarakat melalui aktiviti pendididkan, pengajian dan muamalat.

Penghayatan agama juga sangat mustahak. Merekalah yang akan mengembangkan penghayatan ajaran Islam melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah melalui cara-cara yang formal atau tidak formal. Susasana ini bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan berdisiplin, tetapi juga akan menampakkan masyarakat yang mempunyai imej yang tinggi serta mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Seperti yang diketahui, ketrampilan seseorang individu atau masyarakat dengan ilmu agama semata-mata tanpa ilmu duniawi adalah sesuatu yang tidak sempurna. Dalam ertikata lain, seseorang muslim perlu mendapatkan pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi dalam ilmu selain ilmu agama yang menjadi keperluan asasi. Ia meliputi ilmu ekonomi, politik dan sosial yang perlu diketahui sebagai alat untuk meletakkan diri masing-masing dalam arus perdana kehidupan bermasyarakat dan beragama. Dengan sebab itu bidang ekonomi, politik dan sosial mesti diketahui dan dicenburi secara bersungguh-sungguh sekurang-kurangnya pada tahap yang paling asas. Bidang-bidang ini merupakan urusan hidup yang menjadi sebahagian penting yang dikehendaki oleh ajaran Islam seperti yang dijelaskan dalam firman Allah swt:
'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu (pahala dan kebahagiaan) hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu ( keperluan dan bekalanmu ) dari dunia'.
( Surah al-Qasas : 77 )

Selain bidang sosial dan ekonomi, bidang poltik juga menjadi perkara yang penting dalam sesebuah masyarakat. Kestabilan politik sesebuah negara adalah berpunca daripada keunggulan dan kekuatan yang ada pada diri setiap individu, yang kemudiannya membentuk satu ikatan warganegara yang kukuh.

Apabila sesebuah masyarakat itu kukuh, akan lahir pula tokoh-tokoh berwibawa yang boleh diharap menjadi pemimpin bagi setiap kelompok masyarakat. Pemimpin ini pula perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan sifat-sifat unggul sebagai pemimpin. Dia perlu diberi kepercayaan dan sokongan supaya masyarakat dan negara dapat dibawa kepada pencapaian matlamat kemakmuran hidup dan keredhaan Allah swt seperti yang dapat difahami daripada kisah negeri Saba’ ( Yaman Tua ) yang diceritakan di dalam al-Quran :
' Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kumpulan kebun ( yang luas lagi subur) yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka) : 'Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya , (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Amat Pengampun'.
( Surah saba’ : 15 ).

Dalam konteks kepentingan sejagat pula seseorang insan yang unggul akan mampu memimpin ummah di peringkat yang lebih luas. Kejayaan memimpin negara akan diikuti oleh negara lain sebagai model. Pemimpin yang berwibawa di arena antarabangsa ini diperintahkaan oleh Islam supaya memberikan sumbangan untuk kesejahteraan ummah. Dengan itu tercapailah fungsi manusia sebagai khalifah Allah swt di atas muka bumi ini.

Penutup

Demikianlah antara kesan-kesan yang dapat dilahirkan oleh insan yang unggul dalam kehidupannya sama ada kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah hasil daripada pegangan dan amalan terhadap nilai-nilai unggul seperti yang telah dinyatakan.

Sumber:Jakim
Pemuliharaan Alam Sekitar

BAGAIMANA ANDA MEMELIHARA ALAM SEKITAR SAMBIL MEMBELI-BELAH? (Di adaptasi daripada Mother Nature’s Shopping List – Michael D Shook)


Dalam era peningkatan harga barangan harian, pengguna perlu mengawal tabiat penggunaan. Cara pengunaan lestari akan memainkan peranan yang lebih baik.

Beli barangan tempatan

Ini adalah kerana penggunaan bahan api fosil dan pencemaran yang kurang kepada alam sekitar kerana pengangkutan.

Buah-buahan di proses (dalam tin)

Membeli barangan di tin dan di beku patut di kurangkan, kerana barangan ini biasanya di bungkus secara berlebihan dan mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan.

Beli produk yang segar dan di tanam secara organik

Perkebunan organic (ataupun pertanian lestari melalui Amalan Pertanian Baik-Good Agriculture Practise) menyebabkan kesan yang kurang kepada alam sekitar. Ianya lebih mahal sedikit tetapi lebih mesra alam.

Susu dan telur

Beli susu yang dibungkus dengan pembungkusan yang boleh di kitar semula (karton atau botol kaca) dan telur yang di bungkus menggunakan pembungkusan yang di kitar semula. Belilah susu dan telur yang di tuai secar aorganik kerana mereka tidak menggunakan hormone-hormon yang diubah suai secara genetic untuk memberikan hasil yang banyak.

Bijirin

Beli kotak yang dibungklus dengan bahan yang boleh di kitar semula dan bahn yang di kitar semula. Elakkan daripada membeli barangan mini (lebih banyak sisa), beli pembungkusan yang besar dan simpan dalam bekas dengan betul.

Minuman (air di botol, kotak jus, dan minuman lain)

Ada di antara minuman ini boleh di buat di rumah; ianya lebih murah dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman ini. Jika pengguna membeli barangan ini pastikan pembungkusannya boleh di kitar semula.

Pasta, bijian, serbuk kari

Belilah produk yang diperolehi daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik. Pilihan pengguna dalam barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ianya adalah barangan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Daging (Ayam, Lembu, Kambing)

Pengurangan penggunaan daging akan mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah. (20 vegetarian dapat diberikan makanan dengan tanah yang digunakan oleh seorang yang makan daging lembu)

Barangan berasaskan kertas

Belilah produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang di kitar semula. Jangan lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum di kitar semula.

Styrofoam

Elakkan penggunaan Styrofoam sekali gus. Benzene (bahan karsinogen – boleh menyebabkan kanser) merupakan bahan tambahan, ianya tidak boleh terbiodegrasi dan boleh berada dalam tapak pelupusan untuk jangkasama yang panjang.

Bahan pencuci

Kebanyakan bahan pencuci adalah sangat toksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Beli satu jenis bahan pencuci yang pembagai fungsi. Jika terdapat bahan pencuci mesra alam atau refill, belilah barangan ini.

Bawa beg sendiri

Ini akan mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli-belah.

Tips membersih permukaan logam

Aluminium – bersih dengan jus lemon atau cuka masak
Tembaga – bersihkan dengan jus lemon dan garam atau soda penaik
Krom – lap dengan cuka asli atau dengan kulit lemon
Emas – cuci dengan air suam, keringkan, kemudian gilapkan dengan menggunakan kain chamois (kulit kambing atau biri-biri) yang lembut.
Perak – masukkan dalam air yang sederhana panas, satu sudu the soda penaik, dan satu foil aluminium foil, kemudian lapkan dengan kain basah yang diremdam dalam air suam.

Produk yang selamat untuk membersihkan peralatan rumah
Soda penaik – pembersih serba boleh untuk membuang bau dan untuk menggilap, juga untuk pembersihan gigi.
Lilin lebah – pengilap perabot
Jus lemon – pembersih dan penanggal gris
Minyak mineral – penggilap kayu dan perabot
Sabun tulen (tanpa bahan tambahan) – pencuci serba boleh
Garam – pencuci untuk semua jenis pembersihan
Cuka – bersihkan gris, menghilangkan bau, dan elakkan pertumbuhan kulat.

Sumber:FOMCA
7 kesilapan lazim dalam mengurus wang

JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.

Gagal Merancang

Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya".

Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

Berbelanja Melebihi Kemampuan

Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.

Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.

Berbelanja Menggunakan Kad Kredit

Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.

Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.

Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.

Lewat Menabung Untuk Hari Tua

Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan.

Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.

Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian

Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan

Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan.

Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

Terlampau Memikirkan Pasal Wang

Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.

Sumber: Securities Industry Development Corporation (SIDC).
TIP MEMBELI BELAH JUALAN MURAH

Harga-harga jualan murah belum tentu selalu menjadi harga yang terbaik. Ikutilah tip membeli belah semasa jualan murah.

Baca iklan-iklan jualan murah

Sesetengah pusat membeli belah mungkin mengatakan “quantities limited”, “no rain checks” atau “not available at all stores”. Sebelum anda pergi ke pusat beli belah tersebut, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk yakinkan barang yang anda inginkan ada dalam stok.

Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan

Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut? Fikirkan sebaik mungkin sebelum anda membuat keputusan

Bandingkan harga

Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah

Cari maklumat

Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.

Pertimbangkan tawaran yang diberikan

Misalnya “buy one get one free” atau “free gift with purchase”. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.

Sumber: Mingguan Wanita
Antara Tip-Tip Penting Dalam Kehidupan Seharian

1. Bawa beg sendiri untuk mengisi barangan yang dibeli ketika membeli belah. Beg plastik tidak mesra alam dan tidak boleh dibiodegradasikan.

2. Apabila pergi ke sesuatu tempat atau kedai yang berdekatan, tunggang basikal atau berjalan kaki. Ini merupakan amalan 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.

3. Tutup televisyen, stereo dan komputer apabila tidak digunakan. Peralatan ini menggunakan antara 10% hingga 60% sumber tenaga. Ini boleh menyumbang kepada pemanasan global.

4. Sediakan dan bawa bekalan daripada rumah ke tempat kerja atau sekolah. Makanan ini lebih menyihatkan dan menjimatkan jika dibanding dengan membeli makanan di luar.

5. Kumpulkan kertas yang digunakan di rumah dan bawa ke pusat kitar semula. Dengan mengitar semula produk berasaskan kayu, ia dapat menyelamatkan berjuta-juta pokok setahun.

6. Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tumbuh-tumbuhan tertentu di kebun anda seperti pudina dan selasih yang boleh menghalau serangga perosak tanaman.

7. Gunakan lampu kalimantang. Lampu jenis ini menggunakan 1/4 tenaga elektrik dan boleh bertahan empat kali lebih lama berbanding mentol lampu biasa.

8. Sebelum membuka peti sejuk, tentukan terlebih dahulu barangan yang ingin diambil. Kerap membuka peti sejuk merugikan tenaga elektrik dan menyebabkan bil elektrik meningkat tinggi.

9. Elakkan daripada menggunakan bahan berasaskan stirofom. Bahan ini tidak boleh dibiodegradasikan dan boleh merosakkan lapisan ozon. Hanya bumi ini sahaja yang kita ada untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

10. Jadilah sukarelawan projek penghijauan di kawasan anda. Anjurkan atau sertailah program alam sekitar di tempat anda.

11. Kongsikan maklumat dan panduan yang dipelajari tentang penggunaan lestari dengan keluarga, rakan-rakan ataupun jiran tetangga anda.

12. Anda boleh mendinginkan rumah dengan cara yang mudah. Gunakan pembidai atau langsir berwarna putih bagi mengurangkan pemanasan. Penggunaan penghawa dingin boleh menyumbang kepada pemanasan global.

13. Beli hasil tanaman keluaran tempatan. Ia bukan sahaja menjimatkan wang anda malah dalam masa yang sama dapat membantu kehidupan petani tempatan.

14. Kurangkan pembuangan sampah dunia. Jangan gunakan produk pakai buang seperti pinggan kertas atau kertas tisu serta peralatan dan cawan plastik.

15. Menjimatkan penggunaan air turut menjimatkan tenaga elektrik. Ini kerana proses membekalkan air dan menyaring sisa kumbahan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

16. Gunakan kaedah semula jadi di kebun. Penggunaan baja kompos organik dapat menyuburkan tanah untuk bercucuk tanam.

Sumber:FOMCA
Tip Elakkan Letih Memandu

KELETIHAN semasa memandu merupakan punca utama kemalangan jalan raya. Kemalangan sebegini boleh terjadi pada bila-bila masa, tetapi masa paling kerap ialah di antara pukul 10 malam hingga 8 pagi dan awal pagi hingga tengah hari.

Kemalangan yang berpunca dari rasa letih lazimnya menyebabkan kecederaan yang teruk berbanding kemalangan akibat punca- punca lain. Pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu.

Ini menyebabkan terjadinya kemalangan yang mengakibatkan beribu-ribu kecederaan dan kematian setiap tahun, yang pada hakikatnya boleh dielakkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan keletihan semasa memandu?

Keletihan yang amat sangat lazimnya disebabkan oleh masalah-masalah psikologi seperti berasa kekurangan tenaga, kepenatan atau keletihan.

Dalam kebanyakan kes, keletihan yang amat sangat dikaitkan dengan kebosanan, kesedihan, kekecewaan, kurang tidur atau teruk bekerja.

Rasa letih yang keterlaluan ini tidak sama seperti rasa mengantuk, tetapi biasanya keinginan untuk tidur akan timbul seiring dengan rasa letih yang sebegini.

Punca-punca keletihan semasa memandu

* Memandu untuk jangka masa yang lama tanpa berhenti rehat

* Mengambil alkohol

* Kurang tidur dan rehat

* Ubat-ubatan seperti antihistamin, antihipertensi, sedatif atau diuretik

* Masalah kesihatan seperti penyakit Addison, anemia, AIDS, gangguan alahan yang kronik seperti demam alergi atau lelah, malignan, diabetes, kegagalan jantung

* Senaman berlebihan

* Tekanan perasaan atau stres

* Memandu lewat malam atau awal pagi, iaitu waktu yang pada kebiasaannya anda tidur.

Tanda-tanda keletihan

* Kerap menguap dan mengantuk

* Keliru dan pemikiran yang kabur

* Murung dan mudah baran

* Tindak balas dan reaksi yang lambat

* Khayal atau berangan-angan

* Sukar hendak membuka mata, terasa penat, sakit-sakit badan, mengawal stering sambil lewa

* Tidak nampak lampu isyarat atau papan tanda

* Gagal menumpukan perhatian

* Tidak dapat mengingat apa yang berlaku dalam tempoh beberapa minit atau beberapa saat lalu

* Badan atau kepala bergoyang-goyang kerana tersengguk-sengguk

* Kereta terbabas atau termasuk ke lorong lain

* Tersengguk-sengguk semasa memandu

* Peningkatan sensitiviti mata terhadap cahaya (tidak dapat menahan silau cahaya).

Pengurusan sendiri

* Perlahankan kereta anda

* Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai

* Berbual dengan penumpang jika ada

* Pasangkan radio anda dan cuba menyanyi bersama-sama dengan alunan muzik yang dimainkan

* Turunkan tingkap kereta agar udara segar dapat masuk atau pasangkan penghawa dingin pada tahap maksimum

* Keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekejap

* Berhenti sekejap untuk minum

* Berhenti rehat untuk mandi

* Bermalam dahulu sebelum memulakan balik perjalanan yang jauh

Amalkan tabiat baru

* Berhenti sekejap untuk berehat bagi setiap satu atau dua jam memandu

* Berkongsi memandu dalam perjalanan yang jauh dan pastikan anda berehat apabila sampai giliran bertukar pemandu

* Jika anda telah penat bekerja seharian, janganlah memandu untuk perjalanan yang jauh

* Sesekali biarkan udara segar memasuki kereta anda kerana kereta yang sentiasa tertutup boleh membuatkan anda mengantuk

* Rancanglah perjalanan anda dengan mengambil kira tempat-tempat persinggahan menarik yang boleh dilawati di sepanjang perjalanan

* Awasi tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin letih seperti sakit-sakit badan, mata terasa penat dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika memandu. Jika ini berlaku, berhenti dan berehatlah

* Rancanglah untuk bermalam di sesuatu tempat jika anda dalam perjalanan yang jauh

* Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempengaruhi keupayaan anda memandu. Dapatkan maklumat lengkap mengenainya daripada doktor atau pegawai farmasi.

(Dipetik dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan).
Sarapan Pagi Penting Kepada Pelajar Dan Remaja (Majalah Cahaya 2006)
Oleh : Aminuddin Mansor

SARAPAN PAGI PENTING KEPADA PELAJAR DAN REMAJA

Oleh: Aminuddin Mansor



Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi.



Terdapat pelbagai kerenah manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat bersarapan pagi antaranya:



· Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.

· Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang berkhasiat.

· Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak.

· Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.

· Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.



Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.



Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.



Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.



Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.



Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.



Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.



Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.



Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.



Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.



Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
KESELAMATAN DAN KEAMANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. menganjurkan nilai-nilai murni dan luhur. Ia digambarkan melalui keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah menyumbangkan keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang digambarkan dalam firman Allah S.W.T.yang bermaksud:

Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam.

(al-Anbia’ : 107)

Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dibuktikan apabila kita melihat masyarakat Arab Jahiliyyah yang sebelum ini hidup dalam bermusuhan tampil membina tamadun Insaniah yang sungguh mengkagumkan. Kehebatan dan kemasyhuran bangsa Arab ini kemudiannya tersebar di bawah panji Islam ke kawasan-kawasan lain di muka bumi ini. Ketika bumi Eropah masih hidup dalam zaman kegelapan bangsa Arab telah mencipta tamadun yang meliputi pelbagai bidang seperti astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya.

Rahsia di sebalik kejayaan ini adalah keamanan yang dibawa oleh Islam dan pejuangnya sehingga Islam menjadi satu agama yang dikagumi dan disegani.

Tercemar

Walau bagaimanapun kejayaan yang dibawa oleh Islam berdekat dahulu kelihatan agak tercemar. Ia dicemari oleh sikap umat Islam sendiri yang mengabaikan ciri-ciri keperibadian yang dibawa oleh Rasulullah. Keselamatan dan keamanan semakin sukar diwujudkan oleh sikap segelintir umat Islam masa kini. Tindak-tanduk kebanyakan mereka lebih menunjukkan kecenderungan untuk bermusuh-musuhan, tiada toleransi, tidak berlapang dada serta terburu-buru membuat keputusan.

Jika ada umat Islam yang menyeru ke arah perpaduan ia akan dituduh berkepentingan politik. Hasilnya apa sahaja langkah yang diwujudkan untuk perpaduan sering dipandang remeh dan persenda-sendakan. Dengan itu muncullah dewasa ini golongan yang kurang berhikmah dalam melaksanakan beberapa pendekatan untuk kepentingan umat Islam. Sebagai contoh, jihad bagi mereka adalah menghalalkan darah sesama umat Islam yang tidak sealiran denganu7u mereka. Sedangkan jihad menurut yang difahami oleh Islam mempunyai kepelbagaian sudut dan tujuan, mengikut suasana dan keperluan semasa.

Justeru keamanan dan keselamatan yang bagaimanakah akan kita harapkan jika golongan berfahaman begini mendominasi masyarakat kita pada suatu masa nanti. Apa yang pasti perkataan Islam yang bererti “selamat” tidak lagi bererti selamat sebaliknya akan menyumbangkan kemusnahan hasil daripada fahaman sempit yang dibawa oleh umat Islam sendiri.

Maka kita sebagai umat Islam yang masih dapat menilai “antara kaca dengan permata” tentu tidak mahu melihat keadaan ini wujud. Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah diselewengkankan yang hasilnya umatnya akan dihina dan lebih malang lagi agama Islam akan dipinggirkan daripada arus globalisasi dunia. Sedangkan umat Islamlah yang sepatutnya menjadi juara keamanan dan kemakmuran.

Lihatlah di Bosnia, Kasymir, Palestin malah di negara jira kita sendiri; keamanan dan kesejahteraan yang sepatutnya mereka miliki telah tergugat. Puncanya seperti yang telah kita nyatakan lebih banyak disebabkan nilai-nilai murni yang ditanam oleh Rasulullah telah mula diabaikan. Perpecahan sesama sendiri adalah salah satu puncanya. Jika mereka cuba untuk bersatu namun kesatuan yang mereka wujudkan lebih menjurus kepada kepentingan diri.

Dalam bersatu mereka juga bertelagah. Dalam mewujudkan lebih banyak jamaah mereka juga mewujudkan lebih banyak perpecahan. Masing-masing puak berjuang untuk kepentingan puak mereka. Maka tujuan utama mereka untuk menjamin kesejahteraan umat Islam keseluruhannya sering dikaburi dengan slogan demi slogan lalu umat Islam terus dihimpit dan tertekan lantaran slogan mereka lebih menjurus kepada perpecahan.

Pertelagahan yang berlaku sesama umat Islam turut mengundang musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan “menangguk di air keruh”. Islam (agama yang semestinya dilihat mengajak kepada keamanan) dilihat di kacamata musuh sebagai agama yang membawa kepada kemunduran, dan kerosakan dan perpecahan. Justeru melalui perpecahan yang ada pada umat Islam lalu diambil kesempatan oleh musuh untuk menikam secara berdepan. Demikianlah perkiraan dan perancangan mereka.

Islam Agama Keselamatan dan Keamanan

Islam adalah agama pembawa kesejahteraan. Untuk itu sekali lagi ditegaskan ia tidak boleh dilihat sebagai agama yang mencetuskan keganasan atau memporak-perandakan kehidupan manusia.

Rasulullah ketika menyelesaikan masalah masyarakat Islam pada zamannya sentiasa menjuruskan kepada keamanan dan kesejahteraan. Demikian juga yang baginda lakukan ketika berhadapan musuh-musuh baginda.

Tindakan baginda dalam berdakwah umpamanya, baginda tidak mendahulukan menghukum daripada mendidik. Baginda sentiasa mengajar para sahabatnya bahawa mendidik lebih utama daripada menghukum. Jika sahabat mendahulukan herdikan kepada Arab Baduwi yang kencing di dalam masjid maka Rasulullah bertindak sebaliknya. Sikap lemah lembut Rasulullah menggambarkan sikap rahmat yang dibawa oleh Rasulullah. Sikap rahmat ini kita lihat telah menjuruskan kepada wujudnya perasaan kasih sayang kepada para sahabat baginda. Kekecohan dan “hingar-bingar” bukanlah sifat Rasulullah s.a.w.. Maka dengan itu Islam dapat dilihat sebagai agama yang membawa kepada keamanan dalam diri dan kehidupan para sahabat baginda masa itu.

Adakah terdapat contoh lain yang lebih baik daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Kita melihat apa yang dibawa oleh Rasulullah masih wujud masa kini. Namun ancaman, tuduhan dan ugutan semakin mengambil tempat daripada mengutamakan mendidik dan menasihati di bibir umat Islam masa ini. Jika inilah sikap kebanyakan generasi Islam maka bagaimanakah keselamatan dan keamanan dapat diwujudkan di dada umat Islam masa kini. Apatah lagi kepada orang yang tidak beragama Islam.

Sebut sahaja perkataan Islam apa yang digambarkan oleh bukan Islam adalah wajah-wajah militan, tiada toleran dan kemunduran di sana sini. Warna-warna inilah yang mewarnai segelintir masyarakat Islam masa kini walhal Islam yang dibawa oleh Rasulullah adalah agama untuk kesejahteraan, kedamaian dan keselamatan. Mungkin mereka ada alasan lain untuk mempertahankan tindakan sebegitu namun soalnya adakah tindakan begini yang menjadi keutamaan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan dakwahnya ke seluruh alam.

Rasa Takut

Sudah sampailah masanya Islam perlu dilihat sebagai agama yang membawa keselamatan dan keamanan kepada umat manusia seperti apa yang dilakukan oleh Rasululah s.a.w.. Rasa bimbang di dada umat Islam apatah di mata musuh Islam perlu dibaiki. Mesej dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. bersandarkan keamanan dan keselamatan perlu diguna dan dibangunkan semula oleh umat Islam kini.

Apabila mesyuarah menjadi keutamaan baginda, maka itulah juga yang sepatutnya menjadi keutamaan umat Islam masa kini. Jika Rasulullah s.a.w. dapat bertolak ansur dengan kaum musyrikin dalam Perjanjian Hudaibiah apakah kita tidak boleh mengamalkan sikap demikian? Sayangnya ketika mencari perpaduan sesama umat Islam masa kini, kita melihat ada golongan Islam yang lebih mengutamakan syarat daripada kesatuan dan kesejahteraan umat.

Perlu ditegaskan lagi bahawa Rasulullah s.a.w. hendaklah dijadikan contoh. Kebijaksanaan yang dipamerkan oleh Rasulullah perlu diikuti lebih-lebih lagi oleh mereka yang menganggap diri mereka sebagai ulama. Kita juga perlu mencontohi keamanan dan kesejahteraan yang menjadi strategi Rasulullah s.a.w. dalam meningkatkan dakwah di kalangan mereka yang bukan Islam. Serentak itu Rasulullah s.a.w. berjaya menjadi model lantaran mempamerkan kepada musuh baginda bahawa Islam mementingkan kesejahteraan bukannya permusuhan.

Menyumbang

Kini negara kita sedang bergelut dengan kemelesetan ekonomi. Sebagai umat yang mahu menjadikan dirinya contoh dan inginkan Islam dilihat sebagai agama pembawa keamanan, kita perlu menyumbangkan sesuatu yang baik kepada keharmonian rakyat di negara ini.

Kemelesetan ekonomi akan mengundang pelbagai kemungkinan dalam kehidupan masyarakat. Kegelisahan kemurungan dan ketidak stabilan politik boleh wujud pada bila-bila masa seperti apa yang terjadi kepada beberapa negara jiran. Di sinilah letaknya peranan kita untuk mempamerkan kemurnian ajaran Islam. Dengan itu umat Islam di negara ini perlu memperlihatkan sikapnya menghargai keamanan. Ini kerana keamanan adalah elemen yang sangat penting untuk kita menebus maruah negara yang “mungkin” tergadai. Apatalah lagi jika pucuk pimpinannya dipegang oleh orang Islam. Jika kepimpinannya tumbang maka tidak mustahil martabat Islam yang kita letakkan di tempat yang tinggi negara ini akan turut goyang.

Inilah yang perlu kita elakkan dan jika ia berlaku juga “dunia” akan mencaci kita. Mereka akan mengaitkan kegagalan kepimpinan Islam dengan agama Islam yang kita bawa. Maka sudah tentu kita tidak mahu mereka menyamakan negara ini sama dengan negara Islam lain yang rata-rata mundur lantaran kegagalan pemimpinnya menguasai ekonomi negara.

Belum Terlambat

Kita masih belum terlambat. Agama Islam yang cemerlang perlu lebih dicemerlangkan lagi melalui tindak-tanduk umatnya. Islam agama yang mementingkan keselamatan perlu ditonjolkan oleh umatnya melalui tuturkata dan tingkah laku yang berhemat. Kata-kata memaki, mengancam dan menghina sesama Islam perlu dihentikan kerana ia tidak menggambarkan keselamatan dan keamanan yang dibawa oleh Islam.

Orang yang masih melakukan perbuatan demikian samalah seperti orang yang menganjurkan permusuhan dalam kehidupan umat. Orang yang menganjurkan permusuhan diibaratkan orang yang berdiri di tepi jurang neraka yang hanya menunggu saat kehancurannya.

Justeru itu Islam melihat penganjur keamanan sebagai faktor yang akan menyelamatkannya daripada dihumban ke dalam api neraka. Sesiapa juga perlu menyedari betapa pentingnya keamanan dan keselamatan dipelihara. Malah, bukan hanya sekadar sedar tetapi hendaklah dengan penuh iltizam memeliharanya. Memelihara keselamatan dan kesejahteraan di dunia berkait rapat juga dengan memelihara keamanan dan kesejahteraan kehidupan kita di akhirat nanti.

Sumber:Jakim
Allah berkuasa menjadikan sesuatu

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI



Gunung ganang dan keindahan alam sekitar adalah antara bukti kekuasaan Allah.
gambar hiasan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria a.s.

Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab: “Dari Allah, Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira”. Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan”. Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”. Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”. Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya”. Nabi Zakaria berkata lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)”. Allah berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi”. (ali-‘Imran: 37-41) <

Sheikh Sya’rawi berkata: “Selepas kita mengetahui penerimaan yang baik dan penumbuhan maka diceritakan di sini bagaimana ia dipelihara oleh Nabi Zakaria a.s”.

Iktibar dan fiqh ayat ke-37:

i. al-Maraghi berkata: "Allah SWT memelihara dan menumbuhkan sehingga keadaannya menjadi baik, sebagaimana Dia memelihara tumbuh-tumbuhan di atas tanah yang baik sesudah tanah itu disediakan untuk dialiri dan dibersihkan daripada tumbuh-tumbuhan perosak.

"Pendidikan ini meliputi pendidikan rohani dan jasmani, jasadnya membesar sehingga badan dan kekuatannya menjadi lebih baik. Sedangkan rohaninya pula berkembang dengan memiliki fikiran yang benar, jiwa yang baik dan mempunyai harga diri".

ii. Mohamad Quraish Shihab berkata: "Hubungan yang rapat dan akrab antara Maryam dan Allah SWT menunjukkan ada rahsia yang tidak perlu diketahui oleh orang. Ini difahami dari jawapan Maryam yang hanya menjelaskan sumber rezeki itu, yakni Allah SWT dan tidak menjelaskan bagaimana beliau memperolehnya".

iii. Hamka berkata: "Dua kata penting untuk kita jadikan dasar dalam pendidikan anak-anak dalam ayat ini ialah:

A) Keturunan ayah bondanya yang soleh.

B) Kedua: Perhatian kepada yang mengasuh dan mendidik. Mestilah pendidik yang baik kerana ia akan mewarisi setiap kebaikan yang telah disematkan sejak dari kecil lagi. Andainya pendidik itu kurang baik, maka pertumbuhan anak itu akan disemai dengan perlakuan yang tidak menyenangkan.

Iktibar dan fiqh ayat ke-38:

i. Al-Maraghi berkata: "Nabi Zakaria a.s berbicara dengan Maryam seperti yang tersebut di atas. Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya seperti ini.

"Selepas baginda melihat keadaan Maryam yang baik dan luas pengetahuannya tentang Allah SWT, baginda berharap akan mempunyai anak lelaki yang soleh sepertinya, yang merupakan pemberian dan kurnia dari sisi Allah SWT. Apabila melihat anak-anak yang baik, seseorang akan merindui mereka dan menjadi buah harapan agar mempunyai anak seperti mereka".

ii. Hamka berkata: "Melihat Maryam yang membesar dengan sempurna maka dia pun ingin diberi keturunan yang baik pula serupa itu. Demikianlah selalu doanya ketika mengasuh Maryam begitu juga di dalam solat. Sesungguhnya solat itu doa dan doa itu solat".

Iktibar dan fiqh ayat ke-39:

i. Ibn Jauzi berkata: "Maksud malaikat dengan dua pendapat:

A) Jibril a.s sahaja. Inilah pendapat al-Suddi.

B) Kumpulan malaikat. Inilah pendapat Ibn Jarir.

ii. Al-Maraghi berkata: "Malaikat menyampaikan khabar gembira ini kepada Nabi Zakaria a.s. Yahya yang dimaksudkan ialah bakal puteranya, sebagaimana tersebut dalam surah Maryam ayat 7. Perkataan Yahya ini adalah terjemahan daripada kata Yuhanas. Dalam Kitab Injil Matius disebut: "Dia ini dipanggil dengan nama Yuhanas Ma'madani" dan diberi gelar Ma'madani, kerana menjadi tumpuan orang ramai semasa kehidupannya. Perkataan 'Yahya' dalam bahasa Arab berasal dari perkataan hayat, yang bererti hidup. Jadi, kata ini memberikan kesan bahawa Yahya akan hidup dengan baik mewarisi keutamaan dan kenabian yang telah dimiliki oleh bapa (Zakaria AS) dan keluarga Ya'qub a.s.

iii. Hamka berkata: "Ketika Nabi Zakaria sedang sembahyang dengan penuh khusyuk di mihrab itu datanglah malaikat dan berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggembirakan kau dengan Yahya". Ertinya Tuhan telah mengkabulkan permintaan engkau dengan mengurniakan seorang putera diberi nama Yahya.

Iktibar dan fiqh ayat ke-40:

i. Al-Maraghi berkata: "Allah SWT menjawab melalui perantaraan malaikat-Nya, Begitulah Allah SWT tetap melakukan apa yang dikehendaki-Nya". Jika Dia menghendaki sesuatu, Dia akan menciptakan sebab yang biasa atau menciptakan sebab yang tidak biasa dikenal.

"Hal itu kerana tidak ada sesuatu yang dapat menghalang kehendak-Nya. Jadi, serahkan sahaja segala urusan kepada Allah SWT dan jangan ditanya caranya kerana engkau tidak akan sanggup mengetahui caranya".

ii. Hamka berkata: "Di sini kita sebutkan salah satu penafsiran makna Kalimah iaitu bahawa kelahiran Nabi Isa a.s tidak dengan perantaraan bapa, melainkan semata-mata dari kehendak Allah SWT. Akan diakui kebenarannya oleh Yahya.

"Ini sesuai dengan kepercayaan orang Kristian bahawa kedatangan Yahya mendahului Isa a.s ialah melapangkan jalan bagi kedatangan Isa al-Masih. Abu Ubaidah, ahli tafsir yang terkenal menafsirkan kalimah yang diakui oleh Yahya itu ialah kitab dan wahyu".

Iktibar dan fiqh ayat ke-41:

i. Al-Maraghi berkata: "Perbanyakkan mengingati Allah SWT pada hari kelapangan bagi menyatakan kesyukuran kepada-Nya dan bertasbihlah pada waktu pagi mahupun petang".

ii. Mohamad Quraish Shihab berkata: "Allah SWT berfirman yang bermaksud: Tandanya bagimu, adalah engkau tidak dapat berbicara dengan manusia dalam persoalan duniawi, atau tidak dapat berbicara sama sekali selama tiga hari kecuali berbicara dengan isyarat yakni tanpa suara dan supaya lebih jelas tanda itu. Allah SWT tidak menjadikan lidahmu bisu atau menghilangkan suaramu sama sekali.

"Engkau tetap dapat bersuara bila yang engkau ucapkan adalah pujian kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, bersyukurlah dan sebutlah nama Tuhanmu sebanyak mungkin dan bertasbihlah dengan menyucikan Tuhan-Mu dari segala kekurangan di waktu pagi dan petang".

Berdasarkan ayat-ayat di atas jelas menunjukkan betapa berkuasa Allah SWT dalam melakukan apa sahaja. Menjadi tuntutan kepada kita untuk berdoa, solat dan berzikir kepada-Nya.

Inilah sifat para Nabi seperti nabi Allah Zakaria yang berteleku di tengah malam di mihrab dan munajat, merintih berdoa serta berzikir di mana akhirnya doa yang sekian lamanya dimakbulkan Allah SWT dengan kurniaan anak yang dinamakan dengan Yahya a.s. Semoga Allah SWT menjadikan kita mengikut sifat golongan solihin. Amin.

Sumber :Utusan Malaysia
The seven habits of highly effective people®


Dr Stephen Covey's inspirational book - 7 Habits Of Highly Effective People®

Dr Stephen Covey is a hugely influential management guru, whose book The Seven Habits Of Highly Effective People, became a blueprint for personal development when it was published in 1990. The Seven Habits are said by some to be easy to understand but not as easy to apply. Don't let the challenge daunt you: The 'Seven Habits' are a remarkable set of inspirational and aspirational standards for anyone who seeks to live a full, purposeful and good life, and are applicable today more than ever, as the business world becomes more attuned to humanist concepts. Covey's values are full of integrity and humanity, and contrast strongly with the process-based ideologies that characterised management thinking in earlier times.

Stephen Covey, as well as being a renowned writer, speaker, academic and humanist, has also built a huge training and consultancy products and services business - Franklin Covey which has a global reach, and has at one time or another consulted with and provided training services to most of the world's leading corporations.




Sephen covey's seven habits of highly effective people®


Habit 1 - be proactive®

This is the ability to control one's environment, rather than have it control you, as is so often the case. Self determination, choice, and the power to decide response to stimulus, conditions and circumstances



Habit 2 - begin with the end in mind®

Covey calls this the habit of personal leadership - leading oneself that is, towards what you consider your aims. By developing the habit of concentrating on relevant activities you will build a platform to avoid distractions and become more productive and successful.

Habit 3 - put first things first®

Covey calls this the habit of personal management. This is about organising and implementing activities in line with the aims established in habit 2. Covey says that habit 2 is the first, or mental creation; habit 3 is the second, or physical creation.

Habit 4 - think win-win®

Covey calls this the habit of interpersonal leadership, necessary because achievements are largely dependent on co-operative efforts with others. He says that win-win is based on the assumption that there is plenty for everyone, and that success follows a co-operative approach more naturally than the confrontation of win-or-lose.


Habit 5 - seek first to understand and then to be understood®

One of the great maxims of the modern age. This is Covey's habit of communication, and it's extremely powerful. Covey helps to explain this in his simple analogy 'diagnose before you prescribe'. Simple and effective, and essential for developing and maintaining positive relationships in all aspects of life.



Habit 6 - synergize®

Covey says this is the habit of creative co-operation - the principle that the whole is greater than the sum of its parts, which implicitly lays down the challenge to see the good and potential in the other person's contribution.


Habit 7 - sharpen the saw®

This is the habit of self renewal, says Covey, and it necessarily surrounds all the other habits, enabling and encouraging them to happen and grow. Covey interprets the self into four parts: the spiritual, mental, physical and the social/emotional, which all need feeding and developing.



Stephen Covey's Seven Habits are a simple set of rules for life - inter-related and synergistic, and yet each one powerful and worthy of adopting and following in its own right. For many people, reading Covey's work, or listening to him speak, literally changes their lives. This is powerful stuff indeed and highly recommended.

This 7 Habits summary is just a brief overview - the full work is fascinating, comprehensive, and thoroughly uplifting. Read the book, or listen to the full tape series if you can get hold of it.

In his more recent book 'The 8th Habit', Stephen Covey introduced (logically) an the eighth habit, which deals with personal fulfilment and helping others to achieve fulfilment too. The book also focuses on leadership. Time will tell whether the The 8th Habit achieves recognition and reputation close to Covey's classic original 7 Habits work.
Peliharalah mata anda



MATA adalah salah satu organ manusia yang sangat berharga kurniaan Tuhan yang membolehkan kita melihat. Sistem penglihatan yang sempurna ini akan berkurang sedikit demi sedikit apabila meningkatnya usia.

Walaupun ini adalah perkara biasa dalam penuaan, masih terdapat antara kita yang kurang prihatin dalam penjagaan mata, terutamanya mereka yang berumur 40 tahun ke atas.

Terdapat beberapa penyakit dan gangguan mata yang dikaitkan dengan proses penuaan. Dengan adanya teknologi yang sering berkembang hari demi hari, penglihatan yang sempurna dan terang dapat dinikmati oleh semua golongan di hari tua.

Sayangnya, banyak yang berpendapat bahawa tiada bantuan dapat diberikan kepada masalah mata berkaitan dengan penuaan.

Salah satu gangguan mata yang sering berlaku ketika penuaan ialah presbiopia, yang bermula di kalangan mereka dalam lingkungan 40 ke 50 tahun.

Hasil dari penuaan, kanta mula hilang keanjalannya, menyukarkan untuk memfokus jarak dekat seperti aktiviti membaca.

Tetapi presbiopia boleh dibetulkan dengan penggunaan cermin mata untuk membaca atau cermin mata dengan bifocal, trifocal atau kanta (tanpa garis) progresif.

Penuaan mata juga menyebabkan kanta mata menjadi lebih tebal dan kuning iaitu pembentukan katarak awal.

Perubahan ini mungkin akan memberi kesan kepada persepsi warna dan ketajaman penglihatan.

Apabila mata melalui proses penuaan, anak mata menjadi semakin kecil, menyebabkan keperluan kepada lebih cahaya untuk melihat dengan jelas.

Terdapat juga beberapa situasi lain yang membolehkan kehilangan penglihatan, antaranya degenerasi makula, glaukoma, katarak dan retinopati diabetis.

Perkara yang paling penting di dalam penuaan mata adalah untuk menjalani pemeriksaan mata secara berkala oleh pakar mata untuk memastikan kesihatan mata dan pengesanan awal sebarang penyakit mata.

Berikut merupakan beberapa persoalan yang sering menjadi persoalan di kalangan pesakit:

1. Apakah faktor yang mempengaruhi kesihatan mata seseorang?

- Terdapat dua faktor utama iaitu faktor genetik dan faktor alam sekitar di samping tabiat pemakanan dan tabiat merokok seseorang.

Faktor genetik menentukan sama ada seseorang itu mengalami rabun, katarak pada umur awal, degenerasi makula dan penyakit mata lain manakala tabiat merokok pula amat mempengaruhi kesihatan mata.

2. Bagaimanakah cara terbaik untuk menjaga kesihatan mata dan mencegah kebutaan ketika umur meningkat?

- Cara terbaik adalah dengan menjaga pemakanan dengan banyak memakan ikan dan sayuran serta makanan kesihatan dan mengelakkan merokok sejak usia muda.

Seperkara lagi bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas, harus menjalani pemeriksaan mata secara berkala oleh pakar mata untuk mengesan penyakit mata berbahaya yang mungkin tidak mempunyai gejala, seperti kekaburan.

3. Apakah peringkat umur yang harus menjalani pemeriksaan secara berkala oleh pakar mata?

- Mereka yang sihat tubuh badan dan berumur kurang daripada 40 tahun harus menjalani pemeriksaan mata setiap dua tahun dan setelah berumur 40 tahun, harus menjalani pemeriksaan setiap tahun.

Jika seseorang mengidap kencing manis atau darah tinggi, harus menjalani pemeriksaan setiap tahun walaupun berumur kurang daripada 40 tahun.

4. Kenapa mereka yang berumur 40 tahun ke atas harus menjalani pemeriksaan mata setiap tahun?

- Apabila anda berumur 40 tahun, risiko untuk mendapat penyakit mata meningkat. Penyakit mata yang berbahaya mungkin menyebabkan kebutaan termasuklah glaukoma, degenerasi makula dan katarak.

Semua penyakit ini tidak mempunyai gejala pada peringkat awal dan hanya dapat dikesan oleh pakar mata.

Pemeriksaan mata juga mungkin mengesan penyakit kencing manis dan darah tinggi melalui perubahan pada salur darah mata dalam keadaan berkenaan.

5. Apakah risiko untuk seseorang berumur lebih 40 tahun mengalami masalah gangguan penglihatan?

- Statistik menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada mereka yang berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mata.

Pakar mata harus mengesan penyakit mata sebelum berlaku kebutaan yang kekal. Adalah tidak bijak untuk menunggu sehingga ada masalah sebelum menjalani pemeriksaan mata.

6. Apakah yang dilakukan ketika pemeriksaan mata oleh pakar mata?

- Pemeriksaan mata sepenuhnya mengambil masa 30 minit di mana sejarah kesihatan anda dan keluarga anda diteliti terlebih dahulu.

Pemeriksaan mata secara menyeluruh dilakukan menggunakan berbagai alat untuk menentukan struktur mata anda sihat.

Tekanan mata juga diperiksa untuk menentukan anda tidak mengidap glaukoma. Gambar retina anda akan diambil untuk dokumentasi dan sebagai rekod status saraf mata dan retina anda.

Otot mata anda juga diperiksa untuk menentukan otot bergerak dengan sempurna. Refraksi dilakukan untuk menentukan keperluan anda untuk memakai cermin mata dan adakah cermin mata yang digunakan sesuai.

Setelah pemeriksaan dilakukan, pakar mata akan menerangkan kepada anda status mata dan memberi nasihat yang perlu untuk menjaga kesihatan mata anda.

7. Apakah pengalaman doktor dengan mereka yang merokok dan kesihatan mata?

- Saya sering berjumpa pesakit, selalunya lelaki, yang berumur kurang dari 40 tahun yang merupakan perokok tegar dan mengidap katarak pada kedua belah mata.

Terdapat juga di kalangan perokok yang mengalami degenerasi makula yang menyebabkan kebutaan kedua belah mata pada peringkat umur melebihi 65 tahun.

Mereka selalunya menyesal tetapi keadaan mata telah teruk dan mereka menjadi buta untuk selamanya dan rawatan yang mahal hanya dapat memulihkan sedikit sahaja penglihatan mereka.

8. Apakah pengalaman doktor dengan mereka yang lambat berjumpa pakar mata?

- Terdapat pesakit yang datang lewat hanya setelah mereka benar-benar tidak dapat melihat lagi.

Ini sering berlaku kepada pesakit kencing manis. Mereka menjadi buta dengan cepat dan walaupun dirawat, penglihatan hanya dapat dipulihkan dengan sedikit sahaja.

Semua warga Malaysia melebihi 40 tahun harus menjalani pemeriksaan mata secara berkala oleh pakar mata untuk mengesan sebarang masalah yang wujud dari peringkat awal dan mencegah kebutaan.

Jika keluarga anda mengalami masalah mata, kencing manis, penyakit serius atau pun memakan ubat yang mungkin mempunyai kesan ke atas mata, mereka seharusnya menjalani pemeriksaan mata yang sepenuhnya.

Sumber: Utusan Malaysia
Power Steps to Your Success

The following power steps structure your thinking to make sure the
actions you take will drive you towards success.

Power Step #1: Be In Charge Of Your Life

Caring what other people think of you puts them in charge of your
life, instead of you.
Most of us are brought up (rightfully so) to consider others. But,
unless we are discerning, we soon find ourselves caught up in a job
we can't stand, or living in a relationship which makes us unhappy,
or getting caught up in the spiral of poverty.

'Other people' slavery kills your creativity, your energy and drive
towards your own goals and fulfilling your dreams. It stops you
from going to places you want to visit and enjoying the kind of
entertainment that you enjoy. So, make certain you're not always
driven to do things, merely because you're worried about what other
people think of you. Be confident in who you are!

Power Step #2: Strive to be Different

Nearly everyone you know will strive to be normal - because it's
socially acceptable. But the normal person goes nowhere special and
achieves the mundane.


Power Step #3: Look to the Future

If you dwell on your past mistakes your creativity can crash to a
grinding halt and you will be unable to move forward. Losing is
good if you interpret it correctly.

Don't regard mistakes as mistakes. It ceases to be a mistake and
loses its power to hold you back if you can learn to be glad that
you've not failed but learned valuable lessons in life. That
attitude will help you to build future successes.

Blessed is he who is not discouraged by mistakes. Blessed is he who
is glad he makes mistakes. Winning - or losing - is a state of mind.




Power Step #4: It's Never Too Late


If you have a goal and you find yourself saying 'it's too late',
the only way to conquer that fear is to ignore it and go ahead and
do the thing you fear. It's NEVER too late if you have the courage
and the passion to follow your dream.


Power Step #5: Don't Crave Security


The idea of insurance is to cushion the impact of the unexpected.
In theory it's a good idea, but it has turned our society into a
population of security seekers. It has weakened our strength as
individuals who know we can surmount any problem or situation that
life throws our way.

The stifling extent of this slavery is enormous. The more security
we have the less psychological freedom we can enjoy and the less
our chances are of success and abundance.


If you want to make sure you don't stifle your need for excitement:

1. Dare to be individual.

2. Dare to develop your own style - instead of following fashion.

3. Dare to study and work to improve yourself in your profession.

4. Dare to have a positive mental attitude and the courage to try.

In other words: Dare to take a chance.

Power Step #6: I Am Certain to Win

Our minds drive us to achieve exactly what we believe we're capable
of achieving. This is good news because once we understand this and
master the art of controlled thinking, then we can guide our
destiny towards success.

If you need to break the bonds of 'I'm certain to fail' slavery:

1. Hold positive chats with yourself.
2. Surround yourself with positive people.
3. Think, 'I'm going to succeed'.
4. Think, 'I'm a winner'.

The only person you will have to convince is yourself. Other people
are automatically convinced you're great and a success, after you
have convinced yourself.

Tuesday, February 24, 2009

CIRI-CIRI INDIVIDU BERJAYA

KEJAYAAN……
• ….ada dalam perjalanan hidup harian.
• ….adalah benda-benda kecil yang anda lakukan dan perkatakan.
• ….bukan pula bermakna menjadi kaya atau memuncak tinggi termasyhur.
• ….bukan keseorangan memenangi gol yang setiap manusia berusaha untuk mengecapinya.
• …. adalah berhati bersih dan bangga serta berfikiran terbuka.
ia jujur setia kepada teman dan juga makhluk lain; baik hati pada semua.
Ia menyayangi kanak-kanak dan orang tua dan semuanya ingin mempelajari daripada anda.
• Kejayaan bergantung pada perwatakan dan apa jua yang anda lakukan.
• Kata-kata yang dipaparkan di atas menunjukkan kejayaan cukup humane sifatnya, kerana kejayaan itu bukanlah perlumbaan bagi menundukkan orang lain, tetapi kejayaan adalah setiap orang daripada kita perlu dan boleh mengecapinya.
• Dalam melangkah untuk menuju kejayaan, kita perlu mencari formula yang sering diikuti atau telah dilakukan oleh mereka yang berjaya.
Maxwell Maltz (Psycho-Cybernetics) telah membina langkah-langkah kejayaan daripada akronim perkataan SUCCESS:

1. Kesedaran arah-tujuan
Personaliti orang yang berjaya percaya bahawa hidup ini perlukan kesedaran arah-tujuan, kerana tanpa kesedaran ini manusia hidup dalam kehampaan.

2. Kefahaman
• Kefahaman selalunya menjadi keliru apabila fakta dilawankan dengan pendapat.

• Justeru itu, personaliti orang berjaya tidak menipu orang lain, lebih-lebih lagi dirinya.

• Ini bermakna orang yang inginkan kejayaan akan bertindak jujur dengan dirinya, berlandaskan kefahaman diri dan kejujuran diri.


3.Keberanian
• Adalah nilai yang cukup berharga dalam mengejar kejayaan, kerana tanpa keberanian kita akan menjadi manusia biasa.
• Keberanian bererti kesanggupan untuk menerima cabaran dan menghadapi risiko.
• Menuntut pengorbanan “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.”

4.Kemurahan hati
• Adalah sifat yang menghargai susah senang orang lain.
• Orang yang berjaya tidak melupai orang lain, malah mereka prihatin.
• Orang akan tahu bahawa yang dikejar bukan kejayaan luaran tetapi lebih utama adalah kebahagiaan.
• Membersihkan pandangan kita terhadap orang lain, misalnya tidak suka mengutuk, merendah-rendah dan prasangka terhadap orang lain.


5.Penghargaan
• Menghargai orang lain membuatkan kita disayangi oleh orang lain sehingga timbul suasana “hargai orang lain sepertimana kita mahu orang lain menghargai diri kita.”
• Menghargai diri, menghargai orang lain dan menhargai sekitaran kita adalah satu daripada usaha yang mesti kita lakukan untuk melangkah ke arah kejayaan.
• Imej kendiri (self-image) dan gambaran mental (mental picture) kita mestilah bersiaft positif, yakin dan bangga dengan kelebihan yang ada pada kita.
• Positif maksudnya melihat sesuatu dari sudut kebaikannya.
• Yakin adalah optimis terhadap masa depan kita.
• Bangga tidak bermasud ego, besar diri dan sebagainya, tetapi adalah kesyukuran yang kita luahkan kerana kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT.
• Jangan sekali-kali kita mengutuk diri dan membina diri sebagai orang yang kalah dan tidak lagi berguna.

6. keyakinan diri
• Yakin terhadap diri sendiri merupakan ciri asas individu yang berjaya dalam hidup.

• Mereka sentiasa yakin terhadap apa yang dilakukan.
• Golongan seperti ini sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.
• Terbina daripada keberanian, ketabahan dan kebanggaan.
• Sekiranya kita dapat mengingat kejayaan yang pernah kita perolehi sepanjang hidup, kita akan bertambah yakin dan optimis terhadap usaha yang sedang kita lakukan.
• Dapat menggerakkan kita untuk menyusun langkah yang lebih baik, lebih berhati-hati dan lebih tangkas.
• Sekiranya kita bermula dengan keyakinan, kita akan rasa seronok dalam mengerjakan sesuatu.

7. Menerima hakikat diri
• Menerima hakikat diri adalah sifat yang baik, namun tidak ramai individu yang berkesanggupan untuk melakukannya.
• Individu yang gagah saja yang sanggup menerima kritikan, teguran dan mengaku kesalahannya.

8.Sentiasa mengingati Allah
• Seseorang yang berjaya sentiasa memanjat syukurnya kepada Allah.
• Bagi mereka, segala apa yang mereka perolehi itu merupakan pembelian daripada Allah.
• Orang yang sentiasa berfikir dan mengagumi kebesaran Allah juga merupakan golongan yang beruntung.
• Akan mendapat kesejahteraan yang sebenarnya.

9.Sentiasa cintakan ilmu pengetahuan
• Ilmu adalah kunci kejayaan setiap individu.
• Individu yang berjaya adalah mereka yang cintakan ilmu pengetahuan.
• Mereka sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan lagi ilmu yang ada.
• “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China”-Maksud Hadis
• “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”

10.Mempunyai personaliti yang baik
• Individu yang berjaya sentiasa menjaga tingkah laku dan mengawasi setiap tutur katanya agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

• Setiap pandangan dan pendapat orang lain akan diterimanya dengan fikiran terbuka dan berusaha mengubah sikap negatif yang ada dalam diri.
• Inilah yang dikatakan personaliti diri mereka yang berilmu.

11.Mempunyai cara hidup yang teratur

12.Mampu berkomunikasi dengan baik

13.Berpendirian tegas

14.Melaksanakan tugas berteraskan kejayaan

15.Berusaha tanpa kenal jemu

16.Bangga dengan usaha yang dilakukan

17.Mempunyai sikap ingin tahu

18.Singkirkan perasaan benci

19.Berkemahiran

20.Usaha yang berterusan

21.Bersedia menghadapi setiap cabaran

22.Cari kelemahan diri dan berusaha untuk mengatasinya

23.Belajar daripada kegagalan

24.Bijak menguruskan masa

25.Membina hubungan yang positif

26.Tingkatkan daya pemikiran dan ingatan

27.Bijak mengurus stres
• Stres adalah tekanan perasaan, sekiranya ia tidak dapat dikawal dengan baik, iadapat mendatangkan penyakit.
• Terdapat 2 jenis stres: fizikal dan mental
• Stres fizikal: selesema, sakit kepala, sakit belakang, sakit pinggang.
• Stres mental :hilang selera makan, tak boleh tidur lena, banyak menangis dan sering marah-marah.
• Perlu bijak merawat diri bertemu kaunselor, merawat kesihatan dan menerima dengan reda apa yang sudah terjadi.
• Orang yang stres pasti mudah berasa hilang daya dan kekuatan bila berhadapan dengan cabaran.
• Akan membuat kita gagal melihat kepada sumber ataupun potensi yang sebenarnya ada pada diri kita sendiri.
• Sebenarnya , tekanan yang datang seperti perceraian atupun kematian, kegagalan dalam peperiksaan, dibuang kerja, putus cinta, diejek dsbnya memerlukan ketabahan hati dan fikiran yang positif untuk menghadapinya.
• Walau apapun tekakan yang kita hadapi jangan mudah melatah, bangunkan minda kita dengan perancangan-perancangan positif demi mencipta kejayaan.
• Solat adalah kaedah terbaik mengurus stres.

28. Tahu menyelesaikan masalah

29. Berdisiplin

30. Berdoa dan bertawakal
PETUA ORANG MENYUKAI KITA


 Belajar untuk mengingati nama-nama.Ini akan menunjukkan yang kita minat terhadapnya.Nama, kedudukan, gelaran sesorang itu amat penting bagi dirinya.Hafal dan sebutlah berulang kali.

 Jadilah orang yang ‘disenangi’ supaya tidak wujud sebarang tekanan untuk bersama anda.

 Jadilah seorang pendengar yang baik.Tunjukkan minat anda yang lebih terhadap segala percakapannya dan bukan sebaliknya.Berilah pujian ikhlas dan ucapan penghargaan kepadanya.

 Jangan menjadi egoistik.Elakkan diri daripada memberi terlalu banyak pandangan seolah-olh kita saja yang tahu segala-galanya; pamerkan sifat merendah diri

 Pupukkan kualiti diri anda yang sentiasa menarik, mengembirakan dan memberangsangkan, supaya orang ingin bersama anda dan mendapatkan kerjasama dari anda!!

 Belajar untuk menghapuskan unsur yang tidak elok dan tidak sesuai yang mungkin tidak anda sedari.Hapuskan daripada personaliti anda.Serlahkan personaliti yang lebih membina.!!

 Tawarkan pertolongan atau bantuan kepada seseorang terlebih dahulu – sebelum anda meminta apa jua bentuk bantuan dan pertolongan daripadanya.Jadilah seseorang yang ‘diperlukan’, diharapkan dan amat ‘berguna.’

 Praktikkan sifat sukakan orang dan hormatkan orang sehingga ia menjadi sebagai sifat semula jadi anda dan amalan anda!!!.Dalami ilmu kemahiran kemanusian anda.

 Ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalannya.Kongsilah perasaan anda bersamanya!!

 Praktikkan daya tarikan peribadi anda yang bermagnet.Pesonakan orang lain dengan memenuhi keperluan ‘naluri’ mereka yang meronta ‘kehausan’ perhatian, penghargaan, sanjungan, kprihatinan dan kasih sayang.

Penuhi keperluan dan kehendak-kehendak ini dengan penuh keikhlasan, rasa tanggungjawab dan kerelaan.Insya Allah, anda akan menjadi orang yang paling disukai, dikehendaki dan ANDA MENGUASAI!!!!!
ABC ATTITUDES OF PEAK PERFORMERS


A - Affirm yourself with a positive self-image
Membentuk imej positif

B - Believe in yourself in everything you do
Percaya dalam setiap tindakan yang dilakukan

C - Control your emotions
Kawal emosi

D - Develop your potential
Bina potensi diri

E - Enjoy the greatness of each moment
Menikmati setiap saat yang indah

F - Focus and expand your area of influence
Fokus dan kembangkan pengaruh anda

G - Goals give you direction in life
Tetapkan matlamat dalam hidup

H - Honesty is the best policy
Kejujuran adalah polisi terbaik

I - Ignore the negative people and events around you
Abaikan individu negatif disekeliling anda

J - Just do it! Don’t wait for the perfect timing
Lakukan apa yang ingin dilakukan. Jangan tunggu

K - Knowledge in action gives power
Pengetahuan memberikan anda kuasa

L - Live with limitless possibilities
Hidup dengan kemungkinan yang tiada batasan

M - Make A Difference(M.A.D)
Lakukan perubahan!

N - Nurture your mind with positive and inspiring thoughts
Semulajadikan minda dengan perkara yang positif dan menyihatkan

O - Optimize the use of your resources.
Optimumkan sumber anda

P - Plan your work and work your plan
Rancang kerja dan buat ikut perancangan

Q - Quitters never win, and winners never quit
Orang berputus asa tidak akan menang, dan pemenang tidak akan berputus asa


R – Re-Thinks, Re-Focus, Re-Learn and Re-Energize Your Role and Performance
Fikir kembali, focus kembali, belajar kembalidan hidupkan tenaga tentang peranan dan pencapaian

S - Stop pro-crastinating. Do it now
Berhenti mengeluh. Bekerja!

T - Time is life, so maximize the use of it
Masa itu emas, maksimumkannya

U - Upgrade your value through learning
Tinggikan nilai anda melalui pembelajaran

V - Visualize what you want in life
Visualkan apa yang anda inginkan

W - Watch and observe your habits
Perhatikan tabiat anda

X - X’ccelerate your success with a 110% effort
Gandakan usaha sehingga 110%

Y - You are originally unique,don’t compare
Anda adalah unik. Jagan buat perbandingan

Z - Zoom in your goals and go for it
‘Zoom’kan matlamat anda!
CIRI-CIRI PEKERJA YANG MENJADI REBUTAN MAJIKAN

1. PEKERJA YANG BENAR-BENAR FAHAM DAN MAHIR DALAM KERJAYANYA.
• Sentiasa bangga dengan tugasan yang diberikan.
• Bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya.
• Mudah dikenal pasti oleh mereka yang berurusan dengannya.
• Bila bersara awal, berpeluang menjalankan bisnes sendiri.


2. SENTIASA SEIRING DENGAN MATLAMAT JABATANNYA.

• Sentiasa bersama dengan bosnya untuk mencapai matlamat Jabatan.
• Sanggup menghadapi cabaran dan halangan demi kejayaan Jabatannya.


3.SAYANG KEPADA ORGANISASINYA.

• Sentiasa berminat segala masalah yang dihadapi oleh Syarikat
• atau Jabatannya .
• Mengambil inisiatif merancang kaedah penyelesaian dan
• Mengemukakan kepada ketuanya untuk perbincangan lanjut.
• Sanggup melaksanakan pelan tindakan tersebut
• berdasarkan pengalaman dan kemahirannya.


4.SANGGUP BEKERJA LEBIH

• Bekerja lebih masa; memanjangkan waktu kerjanya.
• Melipatgandakan usahanya lebih daripada rakan-rakan
• tanpa mengharapakan ganjaran lebih.


5.MEMPUNYAI SIKAP YANG TERPUJI

• Bersifat jujur
• Amanah
• Bersikap terbuka
• Bijak berkomunikasi
• Personaliti yang menarik
• Bermotivasi tinggi
• Berakhlak mulia
LUANGKAN MASA

Luangkan masa untuk berfikir
Ia merupakan sumber kekuatan

Luangkan masa untuk bermain
Ia merupakan rahsia keremajaan yang abadi

Luangkan masa untuk membaca
Ia adalah sumber kebijaksanaan

Luangkan masa untuk sembahyang dan berdoa
Ia adalah ketenangan yang paling besar di bumi

Luangkan masa untuk bercinta dan dicintai
Ia adalah perasaan anugerah Tuhan

Luangkan masa untuk beramah-mesra
Ia adalah jalan menuju kegembiraan

Luangkan masa untuk ketawa
Ia adalah irama untuk jiwa

Luangkan masa untuk memberi
Ia mengurangkan sikap mementingkan diri

Luangkan masa untuk bekerja
Ia adalah harga kepada sebuah kejayaan

Luangkan masa untuk beramal jariah
Ia adalah kunci jalan ke syurga