Sunday, June 21, 2009

Rahsia mata wanita


Mata mampu mengungkap pelbagai makna yang tersirat. Cinta juga bermula dari mata dan turun ke hati. Di bawah adalah tafsiran sikap wanita berdasarkan bentuk mata mereka.

Saiz mata kecil

* Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
* Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya.
* Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya.
* Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas.
* Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang

* Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan.
* Bertanggungjawab
* Perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar

* Cukup kuat berahsia.
* Otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.
* Seorang yang setia.
* Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip

* Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
* Wanita yang baik.

Mata jarang berkedip

* Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia.
* Adil, bertanggungjawab, tidak cerewet.
* Membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung

* Kurang memuaskan dan materialistik.
* Hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang,
mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.



Mata redup

* Wanita ini mudah dipermainkan.
* Tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat,
mengumpat, iri hati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar

* Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata.
* Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak.
* Marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

RAHSIA TARIKH LAHIR



Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh 1 :
————–

12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1


(Jadi nombor lahirnya ialah 1 – Ketulenan)

Contoh 2:

30 Okt 1964

30 + 10 + 1964 = 2004

2 + 0 + 0 + 4 = 6

Jadi nombor lahir anda ialah 6 (Romantik)

Maksud nombor lahir adalah seperti berikut:

1-KETULENAN

Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. – Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. – Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka
.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach




2-PENDAMAI

Dilahirkan sebagai diplomat. – Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. – Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. – Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3-CERIA

Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. – Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. – Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3
: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4-KONSERVATIF

Golongan ini sangat peka dan tradisional. – Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. – Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. – Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. – Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. – Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5-PERINTIS

Mereka adalah perintis. – Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). – Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. – Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. – Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6-ROMANTIK

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. – Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. – Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. – Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. – Mereka suka seni musik. – Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7-INTELEKTUAL

Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. – Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. – Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. – Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. – Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8-PENYELESAIAN

Golongan ini adalah penyelesaian masalah. – Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. – Mereka selalu mempunyaiperancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. – Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. – Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.





9-PELAKON

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. – Mereka sangat penyayang dan pemurah. – Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. – Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. – Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. – Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem

Rahsia tarikh lahir mengikut haribulan



1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.


4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.


5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.


6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.


8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.


11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Maklumat yang diberikan hanyalah sebagai panduan sahaja yang berdasarkan kajian.Terpulanglah kepada anda untuk bersetuju atau tidak.

Rahsia Wanita

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin

Rahsia ini dibuat berdasarkan beberapa kajian.
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.


Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.


Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
* Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.


Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
* Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
* Bijak mewujudkan suasana selesa.
* Hati yang cepat berubah ubah.

RAHSIA JENIS DARAH

Apakah jenis darah anda? A? B? AB? O?

Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.


* JENIS DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulaN. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

* JENIS DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.



* JENIS DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

* JENIS DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.

Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

PETUA MURAH REZEKI


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengankeluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1.Banyakkan beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dariAbu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.Sabda Nabi s.a.w.:“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbasr.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabis.a.w.:“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingatkan Allah akan membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Baginda s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakimdan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalambentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki olehAllah . Baginda s.a.w. bersabda:“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allahakan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim danThabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akanmemberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan danmurahkan rezeki.Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringidoa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalamal-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu AbiSyaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda:“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, iapagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Perkaya bahan Bahasa Inggeris tempatan

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

BAHASA Inggeris atau Bahasa Malaysia. Adakah itu persoalan atau pilihan dan terbaru dicadangkan menjadi satu kewajipan untuk lulus dalam peperiksaan utama.

Soal mewajibkan sesuatu subjek pilihan bukan perkara yang perlu diperdebatkan tetapi bagaimana kita menyediakan input-input untuk menjadikan subjek yang wajib lulus ini sebagai suatu yang mampu diikuti oleh pelajar-pelajar yang lemah.

Pelajar, tidak kira luar bandar atau di bandar sebenarnya tidak perlu 'dikastakan.' Jika input-input pengajaran bahasa Inggeris diperkasakan semua pelajar mampu lulus.

Yang penting ialah keazaman dan teknik pengajaran yang mampu menarik minat semua pelajar. Maka bahan-bahan bacaan bahasa Inggeris perlu disesuaikan dan diadaptasi untuk menarik minat pelajar luar bandar belajar bahasa Inggeris.

Bagi berlaku adil dengan pelajar luar bandar adalah disarankan bahan pengajaran diterjemahkan daripada karya sastera tempatan yang terkenal seperti novel hebat bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris. Sebagai contoh novel Salina oleh A. Samad Said dan karya bermutu Sasterawan Negara yang lain seperti Datuk Usman Awang, Arenawati, Shahnon Ahmad dan lain-lain.

Dengan terjemahan sebegini, pelajar luar bandar akan terasa dekat diri mereka dengan kandungan hasil terjemahan tersebut dan akan menimbulkan minat mereka belajar bahasa Inggeris.

Suatu langkah memperkasa dan memperkaya bahan bacaan rujukan bahasa Inggeris yang mampu menarik minat pelajar luar bandar perlu dilakukan sebelum subjek Bahasa Inggeris diwajibkan dalam peperiksaan sebagaimana bahasa Malaysia.

Bukan tiada karya tempatan diterjemahkan ke bahasa Inggeris seperti karya Dr. Anwar Ridhwan, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman cuma agak 'miskin' bahan-bahan tersebut diterbitkan.

Bagi pejuang yang mendesak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, inilah yang perlu diperjuangkan agar karya bahasa Malaysia dapat diterima dunia.

Kita semua kebanyakan lahir di kampung pandai belajar semua subjek termasuk Bahasa Inggeris, bermakna pelajar-pelajar yang lain di luar bandar juga ada potensi untuk lulus dan maju.

Justeru, sebelum subjek Bahasa Inggeris diwajibkan lulus maka perlu bagi pihak Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan input-input dengan pengajaran bahasa Inggeris berlatar belakang tempatan.

Tiada salah buku Sejarah Melayu menjadi Malay History, Hujan Pagi menjadi Morning Breeze atau Wira Bukit menjadi Hill Warrior, tepuk dada tanya selera kerana perlu kita menyediakan hidangan yang menyelerakan dan menarik minat sebelum menyuruh orang menikmatinya.

Sumber: Utusan Malaysia
Laksanakan keadilan sosial

Oleh ABDULLAH MD. ZIN

Konsep Satu Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan semangat baru kepada banyak pihak di Malaysia terutama mereka yang berada dalam arus perdana. Bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan, ada suara keraguan dan kebimbangan sesetengah pihak kerana mereka khuatir hak mereka akan terjejas atau diabaikan.

Begitu juga pihak parti pembangkang telah memberikan reaksi negatif dengan tafsiran yang keterlaluan dan gambaran yang bukan-bukan terhadap gagasan baru ini.

Pada hari pertama Sidang Parlimen pada 15 Jun lalu, Najib menegaskan dengan cukup jelas bahawa gagasan Satu Malaysia amat berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional baru.

Begitu juga gagasan ini berbeza daripada konsep Malaysian Malaysia yang diamalkan oleh parti pembangkang kerana konsep berkenaan tidak bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, menurut beliau, Satu Malaysia secara tersurat dan tersirat kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, 4, 152, 153 dan Bahagian 2 serta 3 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya Najib memberitahu formula Satu Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.

Antara teras-teras perpaduan ialah penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia. Kedua, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan ketiga, keadilan sosial.

Dari perspektif undang-undang, telah wujud peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain.

Peruntukan ini amat jelas sekali memberi kekuatan kepada agama Islam yang tidak boleh dicabar kedudukannya dan dalam masa yang sama memberi perlindungan kepada agama-agama lain, ia boleh diamalkan dalam keadaan aman dan damai.

Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan itu amat tepat dengan sejarah pembangunan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah SAW di Madinah dan Khulafa' al-Rashidin sehingga ke zaman kegemilangan Islam di Eropah yang telah membuktikan pembangunan akidah dan syariah yang kuat bagi umat Islam di samping menghormati penganut-penganut agama lain dan amalan mereka seperti Yahudi, Kristian dan lain-lain.

Sejarah membuktikan bahawa pada zaman pemerintahan Islam di Madinah serta di zaman para sahabat, keadilan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.

Dalam al-Quran, banyak ayat yang menyuruh umat Islam supaya berlaku adil dan melarang kezaliman. Perkataan adil disebut dalam al-Quran sebanyak lebih 20 kali, di antaranya Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. (Surah al-Maidah, ayat 8).

Ayat tersebut mewajibkan umat Islam supaya berlaku adil dalam semua urusan mereka, sehinggakan kepada musuh pun digesa supaya berlaku adil.

Selain keadilan dalam bidang kehakiman, keadilan sosial juga dituntut ke atas umat Islam supaya melakukannya kepada semua individu dalam masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Setiap anggota masyarakat hendaklah mendapat keperluan asas mereka seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, peluang mendapat pelajaran dan pekerjaan.

Keadilan sosial bukanlah bererti membasmi kemiskinan sehingga ke akar umbinya supaya tidak wujud lagi dalam masyarakat. Perkara ini bercanggah dengan sunnah alam kerana kemiskinan dan kekayaan adalah dua hakikat yang wujud di dunia ini. Yang kaya dan yang miskin ada tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Yang kaya membantu yang miskin manakala yang miskin pula berterima kasih kepada yang kaya dan tidak melakukan huru-hara dalam masyarakat. Dengan itu, suasana harmoni dan perhubungan yang baik dapat diwujudkan dalam masyarakat.

Antara faktor penting yang telah dianjurkan oleh Islam bagi mewujudkan keadilan sosial dalam masyarakat ialah saling bekerjasama (ta'awun) antara anggota masyarakat. Masyarakat Islam perlu didirikan di atas dasar tersebut sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan. (Surah al-Maidah, ayat 2).

Begitu juga antara faktor penting bagi mewujudkan keadilan sosial ialah perhubungan yang baik antara sesama anggota masyarakat sebagaimana sabda Rasullah SAW yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang, bantu membantu dan silaturrahim seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh tubuh akan ikut berjaga malam dan demam.

Kasih sayang, bantu membantu dan silaturrahim adalah asas penting dalam keadilan sosial.

Perhubungan yang baik antara individu dalam masyarakat yang terdiri daripada orang kaya, orang miskin, orang tua, orang muda, pemerintah dan rakyat adalah amat penting dalam mewujudkan keharmonian dan kerukunan.

Begitu juga Islam menekankan kemesraan dan berbaik sangka serta sifat sedia membantu di kalangan anggota masyarakat sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia suka kepada saudaranya seperti yang ia suka bagi dirinya, dan sabdanya lagi yang bermaksud:

Allah menolong seseorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya.

Dari huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa keadilan sosial bukanlah satu slogan kosong yang mengajak supaya menyamakan semua anggota masyarakat, tetapi apa yang dimaksudkan dengannya ialah menyamakan mereka dalam kesempatan dan peluang untuk mengembangkan prestasi dan potensi.

Oleh itu, keadilan sosial dapatlah ditakrifkan sebagai "kerjasama untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, setiap anggota masyarakat mempunyai kesempatan dan peluang yang sama untuk berkembang sesuai dengan kemampuan masing-masing."

Islam sentiasa menganjurkan supaya berlumba-lumba berbuat kebajikan dalam masyarakat sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak menyumbang kepada sesama manusia.

Oleh itu, aktiviti sosial adalah aspek yang penting dalam hidup berjemaah dan semangat kerjasama merupakan amalan yang perlu dipupuk supaya ia berkembang dalam masyarakat.

Dalam masyarakat Malaysia sekarang, kita dapati kerja-kerja amal kurang diberi tumpuan oleh masyarakat sama ada di peringkat individu atau organisasi. Kalau kita bandingkan dengan aktiviti keagamaan yang bercorak ibadat khusus, kita dapati ramai yang berminat.

Dalam al-Quran dan al-Sunnah banyak ayat dan hadis yang memberi galakan supaya kita membuat kebajikan dalam masyarakat. Malah ia merupakan suatu tanggungjawab sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhan kamu, dan buatlah kebajikan supaya kamu dapat kemenangan." (Surah al-Hajj, ayat 77).

Begitu juga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kamu kiranya aku memberitahu kamu tentang amalan yang lebih utama dari puasa, solat dan sadaqah?" (yakni sunat). Sahabat menjawab "Kami mahu wahai Rasulullah," lalu Baginda bersabda: "Iaitu amalan atau usaha membaiki hubungan yang terputus antara dua pihak yang bertentangan (berkonfrantasi), kerana keburukan perpecahan itu adalah pencukur."

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda: "Aku tidak berkata ia pencukur rambut, tetapi ia pencukur agama" (menghapuskan roh persaudaraan Islam).

Sebenarnya, kerja-kerja sosial boleh digunakan sebagai media dakwah, ia suatu cara berkesan untuk memenangi hati masyarakat.

Kalau kita menyingkap sejarah hidup Rasulullah SAW dan para sahabat, mereka dikenali sebagai para dermawan dan baik hati. Mereka melibatkan diri dengan membuat kebajikan dan memberi pertolongan kepada orang ramai. Oleh itu 'kebajikan' dan 'khidmat' amat penting dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Kita hendaklah mendekati dan memberi pertolongan kepada orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan, anak-anak yatim dan remaja yang terlibat dengan berbagai-bagai gejala sosial.

Kita janganlah terlalu terpesona dengan theoretical dialogue tentang keadilan sosial yang serba ideal, tetapi kita seharusnya menterjemahkan ideal-ideal Islam dalam masyarakat melalui kerja-kerja kemasyarakatan di tengah-tengah lapangan.

DATUK DR. ABDULLAH MD. ZIN ialah Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri.

Sumber: Utusan malaysia
KPT kenal pasti IPTA cemerlang

JOHOR BAHRU 21 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengenal pasti beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini untuk dijadikan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin berkata, langkah tersebut sejajar dengan usaha mengangkat pusat tersebut ke peringkat antarabangsa sekali gus melonjakkan nama IPTA berkenaan.

''Sehingga kini, terdapat 200 pusat kecemerlangan di seluruh IPTA di negara ini.

''Apabila dijadikan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan, ia akan menghimpun semua cendekiawan sesebuah universiti itu bagi tujuan menjalankan penyelidikan dan penyebaran ilmu terbaru,'' katanya.

sumber:Utusan malaysia

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Pendidikan Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2009 di sini hari ini.

Seminar dwi tahunan itu disertai oleh 270 peserta yang terdiri daripada pensyarah, ahli akademik dan staf UiTM seluruh negara.

Turut hadir Naib Canselor UiTM, Profesor Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah dan Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Prof. Madya Dr. Muhamad Rahimi Osman.

Mohamed Khaled berkata, penganjuran seminar tersebut amat bertepatan dengan perkembangan semasa negara dan saranan Perdana Menteri untuk memperluaskan Pendidikan Islam.

Tambahnya, Pendidikan Islam seharusnya mampu melahirkan para pemikir Islam yang hebat dan membangunkan modal insan yang berguna kepada negara.

Pendidikan Islam itu sendiri, menurut Khaled, sewajarnya memainkan peranan sebagai instrumen terpenting dalam kebangkitan generasi baru yang berhemah, bersahsiah tinggi dan mempunyai kekuatan ilmu dalam menjamin kesejahteraan negara.

''Pendidikan Islam bukan hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam kita merangka kurikulum pendidikan di IPTA, ia harus diangkat sejajar dengan ilmu pendidikan lain,'' katanya.
Mengemaskini resume dan persediaan temuduga

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
Resume merupakan dokumen penting yang 'mempromosikan' pengalaman, pendidikan, kemahiran dan kejayaan anda kepada calon majikan.

Malah, resume yang dikarang dengan baik dan lengkap mampu mencerahkan peluang anda untuk maju selangkah lagi dalam usaha pencarian kerja impian.

Elemen asas yang perlu disertakan dalam resume adalah;

1.Kepala (heading) - Nama, alamat penuh (terkini), nombor telefon dan emel.

2.Objektif - Objektif memberi tumpuan kepada resume anda dengan meletakkan jawatan yang anda inginkan, sama ada kategori pelatih, sementara atau sepenuh masa. Ia juga menunjukkan kecenderungan dan sasaran kerjaya peribadi anda.

3.Pendidikan - Mulakan dengan kelayakan akademik terkini termasuk nama kolej atau universiti, ijazah, bidang pengkhususan, tarikh tamat pengajian dan CGPA.

4.Kerja kursus berkaitan - Kursus pra atau pasca ijazah, kertas kajian, seminar dan projek berkaitan jenis kerjaya yang dicari.

5.Pengalaman - Gunakan frasa pendek (bukan ayat) untuk menekankan pengalaman bekerja dan kemahiran digunakan secara dinamik. Sertakan pengalaman termasuk sebagai pelatih, guru sementara, kerja klinikal, sukarelawan dan projek kajian.

6.Lain-lain kategori - Sijil, anugerah, penghargaan, kemahiran berbahasa, tahap literasi komputer, aktiviti luar, kekuatan peribadi, kemahiran teknikal, keahlian profesional, penerbitan.

7.Rujukan - Jangan senaraikan nama rujukan secara individu pada resume anda. Buat senarai rujukan di muka surat baru, sebelum itu dapatkan kebenaran daripada individu terbabit untuk menggunakan mereka sebagai rujukan anda.

Panduan menghadapi temuduga

Setelah puas mencari kerja yang sesuai dan menunggu selama berbulan-bulan, akhirnya anda dipanggil menghadiri temuduga. Inilah masanya anda berdepan dengan bakal majikan dan 'menjual' segala pengalaman, kemahiran, semangat dan kesungguhan yang ada pada diri anda.

Masalahnya, anda hanya mempunyai 15 atau 20 minit untuk meyakinkan majikan tanpa mengetahui apa sebenarnya yang mereka mahukan daripada anda.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat untuk membantu anda mengharungi temuduga dengan yakin. Semoga berjaya!

1.Kajian - Lakukan sedikit kajian latar belakang syarikat (lokasi, laman web, jenis industri, perkhidmatan ditawarkan) waktu bekerja, bidang tugas.

2.Berlatih - Dapat bantuan untuk berlatih di rumah dengan kuat untuk meningkatkan keyakinan diri, perbaiki percakapan supaya lebih jelas, tepat dan tidak gementar semasa temuduga sebenar.

3.Berpakaian kemas - Tanggapan pertama majikan terhadap anda adalah sangat penting. Jika temuduga anda untuk kerja pejabat, pilihan terbaik adalah memakai sut konservatif berwarna gelap (lelaki dan wanita). Jika kod pakaiannya lebih kasual (kilang atau tapak pembinaan) pakai sepasang seluar 'slek' dan kemeja berkolar dan tali leher. Sementara wanita, gaun, blaus, seluar atau skirt yang sopan. Tetapi, elak barang kemas terlalu sarat, minyak wangi kuat atau pakaian ranggi.

4.Etiket temuduga - Beberapa aspek penting yang perlu diingati adalah ketepatan waktu, gerak geri (jangan terlalu keras atau gementar), jangan duduk membongkok (memberi gambaran anda seorang pemalas atau tidak berminat dengan jawatan ditawarkan). Kekalkan interaksi mata dengan penemuduga, bercakap dengan sopan, elak slanga atau kata-kata kasar.

5.Bertanya soalan - Jangan cuba mengambil alih tugas sebagai penemuduga, sebaliknya gunakan kajian anda tadi untuk bertanya beberapa soalan tambahan mengenai perniagaan, jawatan, ciri kelayakan dan apa diharapkan daripada calon yang mengisi posisi itu kelak.

6.Nota Terima Kasih - Pastikan anda meluahkan penghargaan kepada pihak majikan kerana memberi anda peluang ditemuduga. Sejurus selepas temuduga, hantarkan nota (kad/surat) mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa menemui anda.

Kesimpulannya, anda perlu ingat tiga perkara penting sebelum menghadiri temuduga yang bakal mencorakkan kerjaya masa depan anda iaitu; bersedia, profesional dan bersopan untuk memberi tanggapan yang tepat mengenai potensi diri anda.

Sumber:Utusan malaysia
Punca keruntuhan akhlak

Oleh Dr.Amran Kasimin

SOALAN:
Apakah pandangan ustaz tentang masalah sosial yang berlaku sekarang ini?
*HASAN, Seri Kembangan, Selangor.

Jawapan:

Secara sedar ataupun tidak sedar, usaha-usaha kerajaan untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat adalah berjaya dan begitu mengkagumkan. Walaupun demikian, saya berpendapat bahawa pencapaian untuk menghasilkan kemantapan pembinaan kerohanian jauh terbelakang berbanding dengan pencapaian ekonomi.

Dalam keadaan seperti sekarang ini, saya tidak beranggapan bahawa menuding menuduh orang lain bersalah, menyebabkan masalah keruntuhan akhlak itu berlaku sesuatu yang baik. Tidak guna bertengkar, menyalahkan orang lain cuai memandu, makan jalan atau tidak memberi isyarat ketika hendak membelok apabila berlaku perlanggaran. Apa yang perlu dilakukan ialah berfikir dan berusaha bagaimana hendak mengalihkan kenderaan yang terlibat agar ia tidak menghalang laluan, kemudian baru berbincang sama ada hendak membuat laporan di balai atau diselesaikan dengan persetujuan.

Punca keruntuhan akhlak adalah saling kait, yang tidak mudah dirujuk kepada satu punca secara khusus. Tidak benar bahawa ibu dan bapa itu sebagai punca utama berlakunya demikian, kerana umumnya tidak ada ibu ataupun bapa yang tidak menyayangi anaknya. Walaupun demikian, tidak dinafikan adanya bapa yang berkelakuan tidak ubah seperti bapak haruan, begitu juga dengan ibu yang tidak boleh dijadikan contoh baik oleh anak-anak, guru-guru, tidak kira sekolah rendah ataupun menengah berusaha untuk mendidik pelajar, tetapi pencapaian akademik tidak semestinya memperlihatkan seorang pelajar itu berakhlak mulia kerana sesetengah orang beranggapan kejayaan dalam bidang akademik adalah segala-galanya.

Selain daripada itu pengaruh luaran kelihatan lebih banyak mempengaruhi anak-anak berbanding dengan usaha ibu dan bapa juga para guru. Bagi anak-anak kecil yang sebelum sekolah, ibu bapa merupakan tempat mereka bersandar, mengadu manja dan begitu patuh. Apabila mereka mula belajar, mula kenal guru dan mempunyai teman yang banyak, mereka sudah ula mengalihkan tempat sandaran kepada guru, dan teman-teman, bergantung kepada keadaan. Semakin dewasa seseorang itu, maka ia semakin terdedah kepada environment luaran dan sekitarnya.

Ketika ini pengaruh-pengaruh luaran itu seolah-olah berlumba-lumba untuk memenangi anak-anak yang sedang membesar tadi. Mana yang kuat ia akan menang. Bagi ibu dan bapa dan keluarga yang prihatin dengan anak-anak, berkemungkinan besar anak-anak itu akan terbentuk dalam keadaan sempurna. Sebaliknya, ibu bapa yang mengabaikan anak-anak, membiarkan mereka berkawan dengan sesiapa yang disukai, berkemungkinan besar anak-anak tadi akan bermasalah apabila dewasa kelak.

Pengaruh luaran ini terus menerus berlumba-lumba mencipta kerektor anak-anak setiap masa. Di rumah, ibu dan bapa menyuruh anak-anak mengaji, sembahyang, membaca buku tetapi di luar rumah, kawan-kawan menunggu mengajak main bola, main basikal tanpa mengira waktu zuhur ataupun maghrib. Mereka akan balik rumah apabila lapar atau malam telah berlabuh. Di televisyen, syarahan-syarahan agama cuba diselit-selitkan pada waktu petang, iaitu ketika anak-anak ini sedang sibuk mandi, tetapi pada waktu malamnya mereka dihidangkan dengan babak orang bercumbu-cumbuan, berpakaian tiga suku telanjang atau gambar orang berpakaian membuka ketiak. Tidak ada statistik untuk memastikan berapa orang yang suka melihat ustaz-ustaz bersyarah agama berbanding dengan mereka yang suka melihat gambar orang bercumbu-cumbuan ataupun perempuan yang memperlihatkan separuh daripada buah dadanya,

renungan

Begitu juga halnya dengan sesetengah surat-surat khabar, yang ada kalanya lebih berkecenderungan memperlihatkan watak-watak, ataupun latar belakang artis ataupun penyanyi sehingga empat lima muka surat termasuk hal-hal peribadi yang tidak boleh dijadikan contoh yang baik atas alasan yang tidak jelas. Semuanya ini perlu difikir dengan serius, jangan terlalu memikiri berapa ribu naskhah majalah laku untuk mengaut untung semata-mata kerana bahan-bahan cetak ini menjadi renungan dan model kepada pembaca, terutamanya anak-anak yang sedang meningkat dewasa.

Ada juga orang yang berpendapat bahawa setiap orang boleh memilih apa yang patut dan baik untuk dilakukan. Untuk menonton filem yang mempamerkan manusia separuh telanjang ataupun menonton forum-forum yang memberi manfaat ataupun syarahan agama. Begitu juga dengan surat khabar, sama ada hendak membaca berita-berita ilmiah ataupun cerita gosip artis kena tangkap basah, artis dituduh merogol, atau yang kena saman kerana memandu tidak mempunyai lesen.

Dalam amalan harian kita akan mempelajari, secara langsung ataupun tidak langsung bahawa manusia itu lebih berusaha mengejar sesuatu yang bersifat fizikal, yang kelihatan dapat dibuktikan, dirasa dan dipertontonkan. Manusia kurang berupaya untuk menimbang tentang sebab musabab dan natijah cetusan daripada perbuatan yang dilakukan, yang menjadi sebahagian daripada budaya hidup mereka.

Hal-hal seumpamalah melahirkan manusia yang lidahnya mengaku keesaan Allah, dan pesuruhnya Muhammad, percayakan pada balasan baik dan buruk di akhirat, tetapi dalam amalannya mereka seumpama tidak mempercayai tentang adanya balasan di akhirat, iaitu balasan nereka bagi mereka yang melakukan kejahatan. Pegangan seumpama inilah yang melahirkan manusia yang lari ataupun melarang orang lain daripada memperkatakan tentang akhirat dan mati, kerana ia hanya akan melahirkan manusia munyuk, mundur dan tidak berupaya memahami kepesatan teknologi moden yang sedang melanda.

Memperkatakan tentang keruntuhan akhlak, kita sebenarnya sering lupakan hakikat diri manusia. Untuk menghapuskan pelacuran misalnya, kita sering menangkap, mendenda dan menghalau keluar kalau mereka orang luar. Penghisap dadah ditangkap dan dipulihkan. Tindakan ini memang yang baik yang memang sepatutnya dilakukan untuk menangani masalah terkini. Cara mengelakkan serangan nyamuk ialah dengan membunuhnya, tidur menggunakan ubat nyamuk, sama ada dengan ubat nyamuk yang menggunakan elektrik ataupun lingkaran tradisional. Mereka yang bersifat tradisional akan pakai kelambu atau pakai ubat nyamuk lengkar. Walaupun demikian, kita seolah-olah lupa, bahawa cara berkesan mengatasi masalah nyamuk ialah dengan membasmi tempat nyamuk itu membiak, di mana persekitaran yang bersih itu amat diperlukan. Bukan dengan cara memukulnya dengan tangan. Begitu halnya dengan usaha-usaha untuk membasmi keruntuhan akhlak, di mana kesedaran beragama, ataupun iman itu perlu dalam usaha yang berkesan untuk membasmi pelbagai gejala keruntuhan akhlak.

Nafsu manusia itu berkecenderungan untuk melakukan sesuatu yang bersifat buruk berbanding dengan kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang bersifat baik. Kerana itu kita jangan terlalu berfikir kenapa anak-anak lebih gemar membaca majalah-majalah yang tidak memberi faedah daripada buku pelajaran dan buku-buku bernilai akademik yang membina pertumbuhan akal minda. Atas kecenderungan seumpama ini juga kenapa lebih ramai orang yang lebih suka menonton filem ganas, seks, daripada menonton filem-filem tayangan yang lebih memberi manfaat. Hal demikian sama dengan kecenderungan manusia yang lebih suka berebut-rebut menyerbu konsert-konsert rock, pusat-pusat karaoke, kelab-kelab malam dengan bayaran tinggi daripada menghadiri kelas-kelas agama, majlis ilmu, majlis maulud atau Isra’ Miraj biarpun di majlis tersebut disediakan dua ekor lembu yang dimasak rendang sejak pagi.

resah gelisah

Allah swt menjadikan manusia itu dalam keadaan sentiasa resah gelisah, biar dalam keadaan apa sekalipun, kecuali mereka yang berupaya melakukan sembahyang dengan khusyuk dan diterima di Allah swt sembahyangnya, ketika dirundung malang, mereka mengeluh dan menjadi tamak, kedekut ketika memperoleh kesenangan, kecuali mereka yang sembahyang dan diterima sembahyangnya.

Sembahyang di sini dilambangkan sebagai punca utama segala kebaikan, kerana sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Bererti bahawa orang yang tidak bersembahyang tidak berupaya mencegah dirinya daripada melakukan kejahatan.

Berhubung dengan keruntuhan akhlak, mungkin tidak perlu membuat statistik berapa ramai di kalangan mereka yang merogol anak sendiri, “mendera kanak-kanak”, mereka yang melakukan liwat, minum arak, orang yang suka melakukan zina, ataupun menjadi pelacur melakukan sembahyang. Tidak ada orang yang melacur melanggani dua orang lelaki di malam hari, dan sembahyang subuh dengan khusyuk di pagi hari. Tidak ada orang yang sembahyang zuhur di tengah terik matahari kemudian lepak menusukkan jarum dadah dalam urat lengannya. Andainya ada orang yang melakukan sembahyang asar di petang hari sebelum matahari terbenam, dan menerima rasuah di malam hari, ini bererti, tentunya ada yang tidak kena dengan sembahyang yang dilakukannya.

Sumber: Utusan malaysia
Mempersiap rakyat harungi cabaran 1Malaysia
Oleh Dr Chandra Muzafar

Konsep ilham PM pastikan prinsip Perlembagaan, matlamat Rukun Negara ke arah perpaduan terlaksana

SELAIN kerajaan, semua strata masyarakat Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam merealisasikan transformasi 1Malaysia, dengan merapatkan jurang sedia ada.

Dalam titah Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Baginda pada 6 Jun lalu, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru semua rakyat Malaysia menghayati konsep 1Malaysia dan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan mereka.

Pada istiadat sama, dalam ucapan tahniah bagi pihak kerajaan, penjawat awam dan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendukung konsep itu menegaskan dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan negara, konsep 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan, sama ada secara tersurat atau tersirat.

Dalam 1Malaysia sememangnya ada beberapa idea sosiopolitik dalam Perlembagaan yang akan mencorak perjalanan ke arah perpaduan negara yang mempunyai kepelbagaian masyarakat.

Satu daripadanya ialah idea kepelbagaian etnik di Malaysia hari ini berasaskan kepada prinsip kerakyatan yang sama sudah berkembang daripada Kesultanan Melayu dan entiti penduduk Bumiputera lain, menunjukkan bahawa Perlembagaan mengintegrasikan keadaan yang lalu dengan sekarang. Justeru, ada usaha untuk menyeimbangkan hak dan kepentingan bagi pelbagai komuniti.

Oleh itu, ketika Bahasa Melayu menjadi bahasa tunggal kebangsaan, penggunaan dan kajian dalam bahasa lain masih terus dilindungi dalam Perlembagaan walaupun Islam menjadi agama Persekutuan, kebebasan untuk mengamalkan agama lain terus dipertahankan.

Ketika hak istimewa orang Melayu dan penduduk Bumiputera lain disemadikan dalam Perlembagaan, masih ada jaminan kepentingan hak kaum lain. Keseimbangan ini adalah dimensi penting dalam falsafah dan pendekatan kepada perpaduan kebangsaan.

Ia juga diperkuatkan dengan idea ketiga. Perlembagaan mengiktiraf kepentingan prinsip, proses dan institusi yang menjangkaui kepentingan etnik dalam menyatukan negara.

Kesinambungan 1Malaysia tidak terbatas kepada Perlembagaan Malaysia. Rukun Negara dengan komitmen kepada perpaduan kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum selain menstruktur semula masyarakat.

Begitu juga Wawasan 2020 yang mengungkap 'Negara Malaysia yang bersatu dengan hala tuju yang sama' sebagai cabaran strategik utama daripada sembilan cabaran yang dikemukakan.

1Malaysia adalah siri idea dan visi terkini yang mempromosi perpaduan di kalangan masyarakat yang pelbagai.

Ia penting kerana konsep ini pernah muncul beberapa kali dalam sejarah Malaysia � Rukun Negara dan DEB, 13 tahun selepas Perlembagaan 1957; Wawasan 2020, 21 tahun selepas Rukun Negara serta DEB dan sekarang 1Malaysia, 18 tahun selepas Wawasan 2020.

Satu daripada sebab mengapa kita masih tidak menghampiri objektif dalam membina sebuah bangsa bersatu adalah kerana masih tiada percubaan di kalangan kita untuk mendalami pemahaman serta penghargaan Perlembagaan atau Rukun Negara atau Wawasan 2020.

Oleh sebab itu, hampir 51 tahun negara mencapai kemerdekaan, kelompok besar bukan Melayu menolak untuk mengakui rumpun Melayu sebagai akar kepada identiti negara, walaupun ia menjadi sebahagian daripada landskap politik dan budaya kita.

Memang tidak dinafikan, perlu ada usaha berterusan untuk menghubungkan prinsip Perlembagaan dan matlamat Rukun Negara, ke arah mencapai perpaduan negara di samping kerajaan dan pelbagai pihak juga harus menekankan perkara ini supaya matlamat nasional dapat dicapai.

Rakyat Malaysia sentiasa berharap konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri itu menjurus ke arah membina serta menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini ke tahap lebih konkrit serta dapat memperbaiki segala kekurangan yang timbul ke arah mencapai perpaduan.

Pertama, ada jurang besar yang memisahkan komuniti serta budaya Sabah dan Sarawak dan penduduk dari Semenanjung. Menyatupadukan budaya mereka kepada aliran utama adalah sesuatu yang perlu tetapi bukan menjadi satu syarat yang mencukupi untuk perpaduan negara. Masyarakat di Sabah dan Sarawak perlu juga ditempatkan dalam aliran utama politik serta pentadbiran dengan cepat.

Kedua, wujud juga jurang perbezaan etnik membabitkan segmen penting di antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu di mana kita dapat melihat, menjelaskan sendiri identiti bangsa serta hak sesuatu kaum. Satu pendekatan yang kukuh diperlukan bagi merapatkan lagi jurang yang timbul membabitkan pelbagai etnik.

Ketiga, wujudnya juga peningkatan jurang sosial antara masyarakat Muslim dan bukan Muslim terutama di Semenanjung. Isu yang menyebabkan perkara ini perlu ditangani secara efektif dan berkesan ke arah memahami agama dalam dunia kontemporari.

Keempat, ada satu jurang memuncak dalam masyarakat kita membabitkan pendapatan dan kekayaan di antara mereka yang 'mempunyai banyak' dan mereka yang 'mempunyai sedikit'.

Kelima, ada satu jurang generasi yang muncul bagi membezakan mereka berumur di antara lingkungan 50-an daripada mereka dalam usia 20-an atau 30-an apabila wujud keperluan untuk berkompromi membabitkan pelbagai komuniti dan kepentingan kestabilan dan perubahan dalam politik Malaysia. Perbezaan sikap ini akan menghakis ke arah usaha untuk memupuk perpaduan negara.

Kerajaan Pusat perlu memainkan peranan utama untuk mengurangkan perbezaan itu. Semua sektor dan strata masyarakat Malaysia juga perlu bersedia dengan sepenuh hati untuk menempuhi cabaran bagi merealisasikan konsep 1Malaysia menjadi realiti. Adakah kita semua sudah bersedia untuk cabaran ini?

# Penulis ialah Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just)

Sumber: Berita Harian
Kekayaan tak bawa bersama kebahagiaan
Oleh Nawawi Subandi


APABILA berkata mengenai bahagia, sudah pasti semua mengimpikannya. Kebahagiaan adalah perasaan yang sangat sukar diungkapkan dan bersifat subjektif. Bahagia selalunya dicapai apabila seseorang itu merasa kepuasan, gembira, kecukupan serta penuh kesyukuran dan keredaan.

Kebahagiaan adalah milik semua. Bahagia tidak hanya dimiliki mereka yang kaya raya dan berharta kerana boleh saja mereka yang kaya raya berasa tidak bahagia serta runsing memikirkan keselamatan hartanya yang bertimbun.

Tidak kurang juga dengan keadaan manusia yang hari-harinya penuh dengan keletihan disebabkan sibuk mengejar harta dan kerjaya. Tiada lagi masa untuk duduk bersama keluarga, isteri mahupun suami. Sehinggakan hubungan cinta menjadi hambar.

Bahagia juga belum tentu dapat dicapai dengan memiliki sebuah kediaman mewah dan indah. Rumah besar itu boleh menjadi penjara baginya yang penuh dengan kesunyian tanpa hiburan. Ibarat seekor burung terkurung dalam sangkar emas.

Bahagia juga belum tentu dimiliki dengan memiliki pasangan suami atau isteri yang tampan dan cantik rupawan kerana ketampanan serta kecantikan itu akan menghilang ditelan waktu.

Antara faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kenikmatan hidup, sekali gus berasa bahagia adalah faktor kesihatan, kecukupan makanan, kasih sayang serta suasana persekitaran. Namun, cukupkah dengan itu saja?

Kebahagiaan belum tentu dapat dicapai hanya dengan berbekalkan harta melimpah ruah, kerja yang lumayan hasilnya, kediaman mewah, serta rupa fizikal yang menawan semata-mata. Bagaimanakah hakikat bahagia yang menjadi idaman manusia?

Jika kembali kepada agama, kebahagiaan itu dapat diraih dan dinikmati oleh mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip agama bagi setiap urusan dilakukan dalam kehidupan mereka. Apabila meletakkan prinsip agama sebagai keutamaan, di sini mereka mengutamakan Allah.

Mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan dengannya mereka bersikap qana'ah atau sentiasa berasa cukup serta berpuas hati.

Allah berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa di antara kamu yang berasa aman dirinya, sihat tubuhnya dan cukup persediaan makanan rutinnya pada hari itu, seakan-akan dia sudah diberi semua kenikmatan dunia." (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW juga turut menjelaskan bahawa kekayaan itu bukanlah dicapai dengan banyaknya harta menimbun, tetapi ia dicapai dengan kayanya hati. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Kaya itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya hati." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Orang yang kaya hatinya, dia sentiasa memiliki sifat qana'ah dengan menerima apa yang Allah berikan. Dia sentiasa reda dan berasa puas di atas usahanya. Tidak memiliki rasa tamak untuk mengejar sesuatu dengan berlebih-lebihan tanpa keperluan, tidak rakus mengejar dunia serta tidak pula meminta-minta.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Benar-benar beruntung orang yang memeluk Islam, mereka diberi kecukupan rezeki dan qana'ah di dalam menerima apa juga pemberian Allah terhadapnya." (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW berpesan supaya sentiasa melihat siapa yang berada di bawah kita dan mereka yang kurang bernasib baik berbanding apa kita miliki, bukannya dengan melihat kekayaan dimiliki orang yang mewah berbanding diri kita.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat kekayaan orang yang di atasmu, perkara itu lebih baik sehingga engkau tidak meremehkan nikmat Allah." (Hadis riwayat Muslim)

Pesanan Rasulullah SAW itu bertujuan mengajak kita sentiasa bersyukur dengan segala kemampuan dan hasil yang diusahakan serta diperoleh, sekali gus menjauhkan diri daripada berasa kurang bernasib baik dan bersikap tamak.

Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang baik merujuk kepada kehidupan berkeluarga, iaitu dengan memiliki isteri yang baik, anak dan keperluan berkaitan dengannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita (isteri), anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." (Surah Ali-Imran, ayat 14)

Dengan itu, bagi sesebuah keluarga, suami dan isteri hendaklah sentiasa berkasih sayang, tolong-menolong dan saling memahami dalam setiap hal ehwal urusan kehidupan. Mereka saling mengerti tugas dan hak masing-masing berdasarkan apa yang digariskan agama.

Setiap pihak sentiasa berusaha memberikan kebahagiaan, keceriaan, ketenteraman, dan kehangatan cinta sesama mereka. Rumah tangga bahagia dibina atas landasan agama, akan membawa pasangan suami isteri berkekalan hingga ke syurga yang penuh kenikmatan.

Ia dapat diraih apabila mereka menjadikan rumah tangga sebagai medan meraih keredaan dan mengejar cinta Allah. Dalam persoalan ini, suami selaku ketua keluarga bertanggungjawab mengemudi keluarga dibinanya menuju kebahagiaan.

Ia dapat dicapai apabila suami sentiasa bergaul, tahu mengambil hati, melahirkan rasa kemesraan, memupuk rasa mencintai dan memenuhi keperluan mereka dengan baik dan sentiasa berusaha membimbing ahlinya kepada perkara dicintai Allah.

Kefahaman agama yang teguh membolehkan keluarga mencapai kebahagiaan kerana berkongsi fokus yang sama, iaitu mencari keredaan Allah. Ia menjauhkan mereka daripada perkara negatif apabila hidup dipenuhi tauhid, kasih sayang, saling mencintai, kesyukuran serta kemesraan.

Antara faktor lain yang mendorong kebahagiaan bagi sesebuah kehidupan adalah seperti digambarkan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: "Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan adalah, isteri salihah, rumah yang luas, jiran tetangga yang baik dan kenderaan selesa. Dan empat perkara yang mendatangkan kesengsaraan adalah isteri buruk akhlaknya, jiran tetangga jahat, kenderaan buruk serta rumah yang sempit." (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Dimaksudkan dengan isteri yang salihah, sudah tentu isteri yang memahami persoalan agama dengan baik, mengamalkan ilmunya (taat) dan sangat komited dengan kedudukannya sebagai seorang isteri.

Rumah yang luas adalah rumah sentiasa terisi dengan sifat qana'ah, aktiviti dicintai Allah, suasana yang tenteram dan ceria serta kemudahan yang baik. Kenderaan yang selesa penting bagi tujuan kelancaran pengangkutan dan hal ehwal urusan serta tugas seharian.

Jiran tetangga yang baik merujuk kepada soal pergaulan dan kehidupan bermasyarakat di atas etika syariat yang betul. Dengan itu, apa yang sebaliknya adalah merujuk kepada unsur yang mampu mendatangkan keburukan, sekali gus jauh daripada nilai sebuah kebahagiaan.

Sebenar-benar kebahagiaan itu adalah kebahagiaan yang dibina di atas keredaan Allah, sekali gus menjamin kehidupan bahagia yang berkekalan sehingga ke akhirat. Firman Allah yang bermaksud: "Orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik." (Surah ar-Ra'd, ayat 29)

Sumber: Berita Harian
Melepak, buang masa dibolehkan untuk 5 perkara
Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

GEJALA lepak di kalangan remaja dan warga tua adalah fenomena biasa dalam masyarakat hari ini. Jika remaja semakin ramai mengerumuni kawasan kompleks beli-belah, golongan dewasa pula melepak di kedai kopi atau kedai makan.

Keadaan itu secara tidak langsung menunjukkan kecacatan berlaku dalam masyarakat sekarang kerana remaja sepatutnya sedang sibuk menuntut ilmu, manakala golongan dewasa memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga.

Rasulullah SAW pernah pada satu hari melewati jalan, akhirnya Baginda SAW terserempak dengan sahabat sedang asyik duduk berborak dan melepak di tepi jalan. Melihat kelakuan mereka itu, lalu Rasulullah berkata: “Jangan kamu sekalian berborak dan melepak di tepi jalan.

Tetapi sahabat menjawab: “Wahai Rasulullah! Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan amalan ini kerana hanya di situlah saja kami dapat bercakap-cakap dan berborak sesama sendiri. Kemudian, Baginda SAW memberi pilihan atau jalan keluar daripada amalan itu dengan berkata: “Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini.”

Mereka pun bertanya: “Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: ‘Tundukkan pandanganmu, elakkan diri daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelaslah amalan berborak dan melepak sudah menjadi satu kebiasaan di kalangan sahabat sehingga mereka mengakui sukar untuk membuang tabiat kebiasaan itu. Agenda utama perutusan Rasulullah SAW ialah untuk meluruskan akhlak yang buruk dan keji.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud: “Aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak (yang terpuji), maka sudah tentu Rasulullah SAW bertindak untuk mengubah kebiasaan negatif itu supaya ia tidak membarah dalam masyarakat Islam pada ketika itu.”

Pada masa sama, Rasulullah SAW tidak ketinggalan menawarkan beberapa langkah alternatif kepada sahabat supaya mereka dapat membebaskan diri daripada kebiasaan melepak dan berborak yang hanya membuang masa.

Perkara pertama dianjurkan Rasulullah SAW ialah menundukkan pandangan daripada perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, sekali gus mendatangkan dosa. Dengan kata lain, pandangan mata adalah dilarang sama sekali untuk melihat perkara dilarang seperti aurat atau memandang wanita ajnabi lama-lama.

Rasulullah SAW pernah memberi peringatan sesiapa yang terpandang seseorang wanita secara kebetulan pada kali pertama, maka itu adalah nikmat dari Allah. Sebaliknya, jika dia memandang buat kali kedua disertai gejolak nafsu menyeru ke arah kejahatan, maka perbuatan itu mengundang dosa dan keseksaan api neraka.

Adab pergaulan kedua yang akan menjamin keharmonian sesebuah masyarakat ialah seseorang yang berborak di tepi jalan itu tidak boleh mengganggu orang lain daripada segi perasaannya serta fizikalnya.

Rasulullah SAW pernah menegaskan antara ciri Muslim sejati dalam sabda yang bermaksud: “Seorang Muslim yang sejati ialah orang Islam di sekelilingnya yang berasa selamat daripada lidahnya dan tangannya; seorang Mukmin sejati ialah orang Mukmin di sekelilingnya berasa aman terhadap diri mereka dan harta benda mereka sendiri; dan seorang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah seorang yang meninggalkan perkara keji, lalu menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Umat Islam dilarang sama sekali daripada melepak dan berborak di tepi jalan hingga menyebabkan gangguan kepada orang lain ter-utama apabila ia menyekat laluan orang ramai atau berlaku aksi menggoda atau mengurat golo_ngan wanita melintas di kawasan itu.

Pendek kata, segala jenis gangguan sama ada secara zahir mahupun batin yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam adalah ditegah sama sekali dalam Islam.

Adab seterusnya yang diiktiraf Islam sebagai pengikat kasih sayang sesama manusia ialah menjawab salam. Menurut Islam,hukum mengucapkan salam adalah sunat, sementara menjawab salam pula hukumnya adalah wajib.

Justeru, apabila seseorang yang sedang berbicara di tepi jalan,tiba-tiba ada mendengar ucapan salam, maka wajib menjawab salam itu. Perintah ini selaras firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Nisa, ayat 86)

Islam amat menganjurkan umatnya sentiasa mengucapkan dan menjawab salam antara satu sama lain. Sebenarnya ucapan salam itu sendiri mengungkapkan makna kedamaian dan keamanan sejagat untuk umat manusia.

Dengan itu, barulah terjalin hubungan yang akrab sesama Muslim apabila saling bertanya khabar, bertukar pendapat dan berita di samping pertemuan seumpama itu menyisihkan jauh segala bentuk perbuatan membangkitkan perasaan yang boleh memecahbelahkan kesatuan ummah.

Akhirnya, adab pergaulan keempat yang menjadi tonggak utama Islam ialah menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Justeru, jika berlaku sebarang amalan negatif yang bercanggah dengan Islam dan etika masyarakat seperti amalan berjudi, menghisap dadah, minum arak dan sebagainya di tepi jalan, maka umat Islam dituntut mencegah kemungkaran itu.

Begitu juga, amalan kebaikan hendaklah disampaikan juga kepada golongan yang berborak dan melepak seperti menasihat ke arah kebaikan, bersama menunaikan solat fardu berjemaah di masjid, membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka dia sudah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan pahala sedikitpun juga. Sebaliknya, sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan, maka dia menanggung dosa seperti orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan dosanya sedikitpun.” (Hadis riwayat Muslim)

Konsep amar makruf nahi mungkar sewajarnya dihidupkan dalam penghayatan komuniti Islam kini supaya gejala sosial yang memudaratkan dihapuskan di samping masyarakat Islam dapat menikmati keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia mahupun akhirat.

Sumber: Berita Harian
Islam gariskan pelbagai panduan bantu umat capai kejayaan
Oleh Ibrahim Abdullah

BANYAK orang tidak selesa menghadapi kesulitan dan kesusahan, tetapi tidak sedikit pula yang dapat bertahan ketika menghadapi kemudahan atau kesenangan. Ada yang bersabar ketika tidak mempunyai harta, tetapi banyak yang tidak dapat mengendalikan diri apabila diberi harta melimpah.

Ternyata harta, pangkat, jawatan, kedudukan yang sering kali dijadikan pengukuran kejayaan, tetapi dalam praktiknya kerap kali menjerumuskan manusia pada jurang kesesatan.

Setiap orang memiliki pandangan berbeza mengenai kejayaan. Pada pandangan Islam, kejayaan bukan apa yang dicapai di dunia saja malah merangkumi persediaan untuk meraih kejayaan berada di hadapan Allah di akhirat nanti.

Kejayaan, sekurang-kurangnya mencakupi empat perkara. Pertama, aktiviti yang kita lakukan menjadi suatu amalan kerana apalah ertinya banyak beramal tetapi tidak mempunyai nilai. Kedua, nama menjadi baik sebaik tingkah laku.

Ketiga, terus menambah ilmu demi kepentingan diri dan disampaikan kepada orang lain kerana tiada guna ilmu jika tidak dimanfaatkan sementara keempat ialah mengeratkan silaturahim. Apabila terjalin silaturahim, semakin ramai yang akan menyukai.

Apabila orang sudah menyukai kita, maka ia akan mengerahkan ilmunya untuk menambah ilmu kita, mencurahkan wawasannya untuk mengembangkan wawasan kita serta memberi tenaga dan hartanya untuk melindungi kita.

Hakikatnya, kejayaan itu milik setiap orang tetapi yang menjadi masalah tidak semua orang tahu bagaimana cara mendapatkan kejayaan. Ada banyak cara untuk mencapai kejayaan dengan syarat kita bersedia melakukannya iaitu:

1.Beribadah dengan benar dan telus. Ibadah adalah asas daripada niat yang kita lakukan. Siapapun yang ingin membangun kejayaan, ia harus memperbaiki ibadahnya terus menerus. Allah berjanji akan menolong orang yang ibadahnya baik dan bernilai.

2.Berakhlak baik kerana akhlak yang baik adalah bukti daripada beribadah yang benar dan betul. Apapun yang kita lakukan, jika dilandaskan dengan akhlak yang buruk nescaya akan berakhir dengan kebinasaan.

3.Tidak jemu belajar memandangkan hanya ilmu pengetahuan yang boleh membawa kita kepada kejayaan. Bagaimana mungkin kita menanggapi situasi yang terus berubah dengan ilmu yang tidak bertambah.

4.Bekerja kuat dengan cerdas dan ikhlas. Curahan keringat tidak selalunya sama dengan kejayaan. Berfikir cerdas adalah sebahagian daripada kerja kuat dan gigih. Pada prinsipnya, suatu hasil akan diraih apabila kita mampu menerapkan ibadah, akhlak dan ilmu dalam pekerjaan yang berkualiti.

5.Bersahaja dalam hidup, bukan membiarkan diri menerima keadaan hingga sanggup hidup dalam kemiskinan tetapi bersahaja untuk mengendalikan diri supaya tidak diperhambakan oleh keinginan dan hawa nafsu.

6.Saling membantu dan pada masa sama membersihkan hati daripada penyakit yang boleh menjurus kepada nilai negatif. Keadaan itu akan membuatkan amalan tidak bernilai, tidak indah lagi di dunia dan tidak berkat untuk akhirat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Pada hari ketika harta dan anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat sejahtera.” Surah asy-Syu'ara (ayat 88-89).



Hidup yang tertib, disiplin teratur akan membuat kita beroleh kejayaan. Jika bersungguh-sungguh menyempurnakan ikhtiar mencapai apa dihasratkan dengan izin Allah akan menghasilkan kejayaan.

Adapun bentuk pertolongan Allah itu, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Mungkin pertolongan itu berupa kesanggupan untuk semakin mengenal kemampuan diri sendiri sebenarnya kerana kita diciptakan dengan bakat yang ada dalam diri.

sumber: Berita harian