Thursday, August 14, 2008

MEMBINA KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri kerap kali memisahkan antara kejayaan dan kegagalan dalam kehidupan. Orang yang berkeyakinan diri adalah lebih berjaya dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka berbanding dengan mereka yang kurang yakin terhadap diri sendiri.

Malangnya, ramai orang kurang yakin pada diri sendiri dan ini menghalang mereka daripada mencapai prestasi unggul di tempat kerja serta dalam lapangan hidup mereka yang lain. Mereka telah menjadi musuh ketat diri sendiri dengan mengamalkan sistem kepercayaan yang negatif dan tingkah laku sabotaj diri.

15 PETUA MEMBINA KEYAKINAN DIRI

1. Kenali diri anda yang sebenar

Kenal pasti dan eksploit kekuatan atau bakat anda.
Jangan dihantui oleh kelemahan atau kekurangan anda.

2. Amalkan bual-diri yang positif.

Dari semasa kesemasa, ulang pengesahan “ Saya boleh lakukannya. ” Gantikan
fikiran negatif dengan fikiran positif. Elakkan kritikan diri sendiri.

3. Berdampinglah dengan kawan-kawan yang berfikiran positif.
Jauhi orang yang “toksik” atau kaki caci.

4. Akui dan raikan kejayaan atau pencapaian anda.
Berikan pujian kepada diri sendiri dan jangan atributkan pencapaian anda
pada nasib yang baik.

5. Tetapkan matlamat-matlamat peribadi matlamat kerjaya. Matlamat-
matlamat mestilah realistik, spesifik, dapat ditentusahkan dan
berbatas waktu.

6. Elakkan diri daripada mementingkan kesempurnaan. Jangan harap-
kan kesempurnaan dalam tiap-tiap aspek kehidupan anda.

7. Belajarlah untuk menjadi seorang yang asertif. Beranikan diri untuk
mengemukakan pendapat anda atau mempertahankan hak-hak asasi
anda tanpa menjejaskan hak-hak orang lain. Katakan “Tidak” kepada
permintaan yang tidak munasabah.

8. Perbaiki kemahiran komunikasi anda. Berlatihlah bercakap dalam
mesyuarat. Berucap di depan khalayak ramai ialah satu cara yang
terbaik untuk mempertingkatkan keyakinan anda.

9. Kekalkan ketabahan. Jangan cepat mengalah. Berusahalah sehingga
anda berjaya.

10. Jangan sekali-kali mengecil-ngecilkan diri sendiri atau pencapaian
anda
.Terimalah pujian dengan ucapan “terima kasih” serta senyuman.

11. Anggaplah kegagalan sebagai suatu pengalaman pembelajaran.
Menurut Anthony Robbins, “Kegagalan tidak wujud. Yang wujud hanya
hasil.”

12. Jangan sekali-kali memandang rendah kebolehan anda. Anda tidak
tahu apa yang anda boleh buat hingga anda mencubanya.

13. Tambahkan pengetahuan anda dan kemahiran yang berkaitan dengan
kerja.
Jadilah pakar dalam bidang yang anda ceburi.

14. Bayangkan kejayaan. Bina imej mental yang terperinci tentang
tindakan anda yang berjaya.

15. Bertindaklah dengan penuh keyakinan diri. Senyum dan tentang mata
orang yang berkomunikasi dengan an

Bengkel Pembantu Tadbir Cemerlang

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua para peserta BENGKEL PEMBANTU TADBIR CEMERLANG yang baru berlangsung pada 12 - 13hb Ogos 2008 bertempat di Bangunan Kompleks MAWAR Johor Bahru.Semua para peserta telah menunjukkan minat yang tinggi semasa bengkel berjalan.Saya berharap segala apa yang dipelajari dapat diamalkan agar prestasi kerja semua para peserta dapat ditingkatkan.

Saya terharu kerana kesanggupan peserta datang dari jauh.Ada peserta dari Sabah, Pulau Pinang,Bintulu,Kuala Lumpur,Melaka dan Johor.Kepada semua peserta selamat Maju Jaya!

Tuesday, July 29, 2008

RENUNGAN UNTUK SEMUA

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG1979

20 Critical Managerial Competencies

1. Listen Actively
2. Give Clear, Effective Instructions
3. Accept Your Share of Responsibility for Problems
4. Identify Real Problems
5. Manage Time, Set Priorities
6. Give Recognition for Excellent Performance
7. Communicate Decisions to Employees
8. Communicate Effectively (orally)
9. Shift Priorities, if Necessary
10. Explain Work
11. Obtain and Provide Feedback in Two-way communication Sessions
12. Write Effectively
13. Prepare Action Plan
14. Define Job Qualifications
15. Effectively Implement Organizational Change
16. Explain and Use Cost Reduction Methods
17. Prepare and Use Cost Reduction Methods
18. Develop Written Goals
19. Justify New Personnel and Capital Equipment
20. Participate in Seminars and keep on Learning

PETUA MENGEKALKAN KETABAHAN

Dalam keadaan suasana ekonomi yang tidak menentu ini, ramai orang sentiasa mengeluh memikirkan nasib masing-masing.Kita mesti ingat! kehidupan kita mesti diteruskan.Dalam suasana sekarang kita perlu sentiasa tabah.

Di bawah disenaraikan beberapa panduan yang boleh dijadikan panduan untuk mengekalkan ketabahan:

1.Yakin betul-betul akan diri anda dan sentiasa minta pertolongan Allah.Buat kerja sebaik mungkin dan selainnya berserahlah kepada Allah.

2.Ingatkan diri anda tiap-tiap hari tentang matlamat-matlamat yang hendak dicapai.

3.Laksanakan Pelan Tindakan anda setiap hari.Lakukan kerja mengikut keutamaan.

4.Amalkan bicara kendiri yang positif.Dari masa ke semasa, ulang pengesahan diri "saya boleh lakukannya".

5.Bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif; jauhi orang yang "toksik".

6.Jangan cepat mengalah.Teruskan usaha hingga berjaya.

7.Bersedialah untuk menghadapi sesuatu yang tidak diduga.

8.Jangan lupa untuk berdoa.

Saturday, June 14, 2008

Bijak-bijak lah berbelanja

Salam para pembaca semua.

Selamat berjumpa lagi, semoga semuanya sehat sejahtera.Hari ini dah masuk hari ke sepuluh harga minyak telah dinaikkan.Ada yang terasa kesannya dan ada lagi yang belum terasa.Harga barang pun dan mula bertambah mahal dan ini sedikit sebanyak menjejaskan perbelanjaan harian kita.Bagi mereka yang berpendapatan kecil pastinya lebih terasa.

Mahu tidak mahu, kita perlu lakukan sesuatu.Maknanya kita perlu lakukan sedikit perubahan dalam hidup kita.Kita boleh mengubah sedikit gaya hidup kita atau pun kita boleh mencari jalan untuk menambah pendapatan kita.Kalau kita banyak merungut atau menyalahkan keadaan pun kita tidak akan kemana-mana.

Berfikirlah secara positif.Mungkin ada hikmat disebalik kejadian ini.Hingga jumpa lagi.Wassalam.