JADILAH PEKERJA KREATIF
Jangan khuatir pasal soal kreativiti kerana Tuhan telah menganugerahkan setiap individu segudang potensi dan kemampuan. Cuma yang tinggal adalah cara untuk mengasah dan membentuknya.
Sesungguhnya alam persekitaran telah mengajarkan anda untuk menjadi kreatif. Jadi kalau sehingga ini anda masih merasakan kreativiti itu belum lagi menyerlah, mungkin langkah-langkah berikut dapat membantu anda.
1. Percayalah Setiap Orang Boleh Menjadi Kreatif
Anda tidak perlu menjadi orang yang sangat unik, apatah lagi untuk menjadi kreatif. Ini adalah kerana kreativiti itu sendiri boleh diekspresikan dalam pelbagai pekerjaan dan aspek kehidupan. Maksudnya, anda boleh mencipta perkara baru atau alternative baru untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja.
2. Gunakan Imaginasi Anda Sebebas-bebasnya
Sesungguhnya imaginasi seseorang tidak dapat dibatasi oleh apa pun. Imaginasi dapat membantu anda mengeksplorasi minda anda.
3. Cubalah Untuk Menjadi Kanak-Kanak Semula
Ertinya, biarkan intuisi membimbing anda menuju ke pendekatan kanak-kanak. Jangan lupa juga untuk membuka minda. Cara ini pasti dapat membantu anda membuka minda. Cara ini pasti dapat membantu anda berfikir secara bebas kerana kerap kali fikiran kedewasaanlah yang menghalang anda menjadi kreatif dengan adanya faktor ketidakmungkinan.
4. Biarlah Diri Melakukan Kesalahan
Menerusi kesalahan, anda dapat belajar merancang langkah atau tindakan selanjutnya dengan lebih baik. Contohnya, seorang penulis dikatakan mampu menghasilkan karya yang berkualiti hanya selepas melalui banyak kesalahan.
5. Isi Otak Anda Dengan Pelbagai Informasi
Biarkan otak anda ‘menjauhkan diri’ sejenak dari kerja yang sedang dilakukan dengan menonton filem, mengunjungi kedai buku, muzium atau kompleks beli belah (jika itu memang apa yang anda sukai). Otak manusia mampu menyerap pelbagai informasi dan perkara-perkara yang menyenangkan itu mungkin boleh dijadikan sebagai sumber ilham anda.
6. Segera Catat Idea Anda
Kadangkala, idea bernas akan datang secara tiba-tiba. Untuk mengelakkan idea tersebut berlalu begitu sahaja, segeralah catatkan idea itu dalam sebuah buku nota khas atau diari anda. Menurut sebuah kajian yang pernah dijalan di Britain, aktiviti berkarya mampu merangsangkan idea.
7. Jangan Malu Bertanya
Bertanyalah tentang apa sahaja. Ini adalah kerana selalu bertanya dapat membantu anda berkembang. Selain itu, ia juga dapat membantu anda memahami banyak perkara yang ada kaitannya dengan pekerjaan ataupun kehidupan.
8. Jika perlu, ‘Keluarkan’ Diri Daripada Kebiasaan
Jika anda tidak memperolehi apa yang anda inginkan, baik dari segi perhubungan, pekerjaan mahupun perniagaan, cubalah untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Untuk menjadi kreatif, kadangkala anda perlu melanggar peraturan atau pola-pola lama yang sedia ada dan mengembangkan cara baru ketika melakukan sesuatu perkara.
Friday, July 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment