Thursday, June 18, 2009

10 LANGKAH CEGAH H1N1



KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan 10 langkah lebih ketat bagi menangani penularan Influenza A (H1N1), termasuk mewajibkan semua pelancong dan warga Malaysia yang kembali dari luar negara, mengisi borang pengisytiharan status kesihatan.

Sesiapa yang gagal mengisi borang itu selepas peraturan berkenaan diwartakan minggu depan, boleh dipenjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Parlimen semalam.

"Sekarang ini pengisian borang itu tidak dibuat secara mandatori, ia dibuat secara sukarela sejak beberapa bulan lalu. Hari ini kita bersetuju supaya borang ini diwartakan minggu depan.

"Borang ini akan dicetak dalam pelbagai bahasa bagi kemudahan pelancong dan disediakan di semua pintu masuk negara ini.," kata Muhyiddin pada sidang media selepas mesyuarat dua jam itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu berada di tahap 6 atau pandemik. Kelmarin, Malaysia turut mencatat kes penularan tempatan pertama H1N1 membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun.

Muhyiddin berkata, jawatankuasa itu juga memberi mandat kepada Majlis Keselamatan Negara yang turut dipengerusikannya, untuk mengambil tindakan wajar jika berlaku jangkitan wabak itu di sesuatu tempat bagi menyekat penularannya.

Majlis itu boleh mengambil tindakan 'penjarakkan sosial' seperti menutup sekolah, institusi pengajian dan membatalkan majlis perjumpaan awam atau perhimpunan.

"Pihak lain tidak diberi mandat untuk berbuat demikian kecuali Majlis Keselamatan Negara," katanya.

Langkah lain yang diambil ialah melakukan pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat dari negara berisiko penularan H1N1, iaitu Amerika Syarikat, Melbourne di Australia dan Manila, Filipina serta meneruskan saringan kesihatan di semua pintu masuk negara.

Topeng muka akan diberi kepada sesiapa yang dijangkiti wabak itu ketika dalam perjalanan ke negara ini, manakala pelalian influenza bermusim dibekalkan untuk golongan berisiko bagi mengurangkan bahaya dijangkiti H1N1.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga diminta membantu menguatkuasa undang-undang dengan lebih ketat terutama berhubung kebersihan tandas awam serta memperluaskan kempen menjaga kebersihan diri.

"Kempen media oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu diteruskan dan digiatkan untuk meningkatkan kesedaran awam," katanya.

Beliau berkata, pengurusan agensi atau kementerian yang menyediakan perkhidmatan utama pula perlu memastikan anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan jangkitan Influenza.

Hospital kerajaan atau swasta juga perlu mengehadkan pelawat seperti dua pesakit bagi setiap pesakit dan kanak-kanak umur 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit.

Muhyiddin berkata, kerajaan akan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan wabak itu tidak terus menular di negara ini.

"Dari segi pelancongan, maklumat akan disampaikan kepada semua kedutaan kita supaya semua pelawat yang datang ke negara ini mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut peraturan yang kita gariskan," katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementerian menyediakan pengangkutan bagi mengambil pesakit yang disyaki dijangkiti wabak itu dari klinik ke hospital berdekatan.

Bagaimanapun, beliau meminta semua pihak tidak panik dengan penularan wabak itu kerana ia masih terkawal.

Monday, May 25, 2009

Bengkel Pembantu Tadbir Cemerlang

Pada 20 dan 21 Mei lalu, Bengkel Pembantu Tadbir Cemerlang telah diadakan di Bayu Beach Resort Port Dickson di mana saya telah bertindak sebagai fasilitatornya.Seramai 16 orang peserta wanita dan 2 orang peserta lelaki dari pelbagai Jabatan Awam Dan Swasta telah menghadirinya.Kesemua peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi dalam program tersebut.Diharapkan semua peserta akan dapat banyak faedah hasil dari bengkel tersebut.
Syabas kepada semua para peserta.

Saturday, May 2, 2009

Program Bersama Biro Wanita di Kucing Sarawak

Pada 29 dan 30 April lepas saya telah berkesempatan mengendalikan Bengkel Pengurusan dan Kepimpinan Dinamik bertempat di Bangunan Biro Wanita , Kementerian Sosial dan Urbanisasi di Kuching Sarawak .Seramai 27 orang peserta wanita dari pelbagai Jabatan di Bandar Kuching telah menghadiri Bengkel tersebut.Para peserta telah berjaya memberi kerjasama yang baik dan telah melibatkan diri sepenuhnya dalam semua aktiviti yang telah dijalankan.Semoga para peserta mendapat manfaat dari bengkel tersebut.Terima kasih kepada penganjur dan para peserta.

Sunday, March 8, 2009

Laksana pesanan Rasulullah



UMAT Islam perlu bermuhasabah diri dan kembali kepada sunah Rasullulah SAW dalam usaha mengelakkan perpecahan sesama saudara seagama.

Firman Allah dalam surah At Taubah ayat 128 bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang yang mukmin.

Ayat ini menunjukkan bagaimana Allah SWT memuji peribadi Nabi Muhammad SAW yang begitu prihatin membimbing dan menyelamatkan umat manusia daripada pelbagai kesulitan di dunia serta keselamatan mereka di akhirat.

Dan hari ini kita mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tetapi persoalannya apakah kita hanya sekadar menyambutnya begitu sahaja tanpa mahu mengkaji dan mengamalkan segala sunah, perintah dan wasiatnya?

Dalam sebuah hadis, Rasullullah SAW bersabda: Saya memberikan wasiat kepada kamu semua supaya bertakwa kepada Allah dan mendengar serta mentaati penguasa, sekalipun yang memerintah kamu semua itu adalah hamba sahaya. Sebenarnya sesiapa yang hidup sepeninggalanku akan melihat dan menemui pelbagai macam perselisihan. Oleh itu, tetaplah kamu semua memegang sunahku dan sunah para khalifah yang memperoleh petunjuk yang baik-baik sesudah aku nanti. Gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi taringmu sesudah aku nanti (yakni berpeganglah sekuat-kuatnya). Jauhilah olehmu semua perkara yang baru dibuat-buat (yang disebut bidaah), sebab sesungguhnya bidaah adalah sesat.

Demikianlah pesan Rasullullah SAW. Namun cubalah kita merenung keadaan umat Islam sekarang, apakah segala yang dipesan atau diwasiatkan oleh Baginda dilaksanakan?

Hakikatnya, dari semasa ke semasa kita menyaksikan umat Islam terutamanya mereka yang terlibat di dalam politik semakin jauh menyimpang daripada sunah Baginda. Satu demi satu perlanggaran dilakukan hanya semata-mata untuk kepentingan diri atau kelompok masing-masing.

Rasullullah SAW meninggalkan segala-galanya untuk pedoman hidup umat Islam bagi membolehkan kita mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Malangnya kita semakin melalaikan apa yang ditinggalkan oleh Baginda.

Kita terlalu asyik mengejar segala yang terbentang di dunia fana ini biarpun Baginda sudah berpesan bahawa dunia ini hanyalah satu persinggahan. Kesudahannya umat Islam berhadapan dengan seribu satu masalah.

Umat Islam berpecah sesama sendiri hanya kerana kuasa dan kedudukan, umat Islam menjadi mundur kerana tidak menguasai ekonomi manakala semakin banyak rumah tangga umat Islam menjadi kucar-kacir.

Ini belum lagi termasuk soal masalah sosial yang terus membelenggu generasi muda terutamanya pemuda pemudi Islam. Segala keburukan yang melanda umat Islam sekarang adalah disebabkan kegagalan kita mencontohi Rasullullah SAW sama ada dalam soal politik, sosial mahupun ekonomi.

Kita sebaliknya lebih selesa bertelagah sesama sendiri semata-mata kerana kuasa malah lebih malang lagi ada kelompok Islam yang bersekongkol dengan bukan Islam untuk menjatuhkan pemimpin Islam.

Walaupun Rasulullah SAW sudah berpesan bahawa umat Islam itu bersaudara seperti mana sabda Baginda yang bermaksud: Janganlah kamu semua saling memutuskan hubungan, jangan saling membenci, jangan saling mendengki dan jangan saling bermusuhan. Jadilah kamu semua itu hamba-hamba Allah sebagai saudara. Tidak halal bagi seorang Muslim jikalau sampai meninggalkan yakni menyeterui saudaranya lebih daripada tiga hari.

Tetapi malangnya ada antara kita sengaja melupakan ingatan ini. Kesudahannya berlaku permusuhan sesama Islam yang akhirnya hanya melemahkan umat Islam itu sendiri.

Keadaan itu memberikan kesempatan kepada puak-puak tertentu untuk terus melagakan umat Islam akibat perbezaan politik dan ia menjadi bertambah buruk apabila ada pemimpin yang mengaku dirinya Islam terus mengatur strategi bagi melemahkan kuasa politik yang diterajui oleh pemimpin Islam yang lain.

Akibatnya, umat Islam tidak mampu menumpukan perhatian bagaimana hendak menjana kekuatan bagi memperkuatkan ukhuwah sesama mereka dan seterusnya muncul sebagai umat yang dihormati.

Walaupun ada kelompok ulama yang seharusnya bertindak menyatukan ummah tetapi antara mereka sendiri kadang-kala berbalah dalam isu-isu tertentu sehingga menimbulkan kekeliruan dan pertelingkahan di kalangan umat Islam sendiri.

Oleh itu sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini, marilah kita bersama-sama bermuhasabah dan mengkaji secara mendalam segala wasiat-wasiat yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Hentikanlah pertelingkahan sesama kita dan bersatulah dalam silaturrahim Islam. Ini bersesuaian dengan sabda Baginda yang bermaksud:

Muslim yakni orang Islam itu adalah saudara Muslim, tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh membiarkannya (jikalau dianiaya orang lain). Barang siapa yang suka menolong hajat saudaranya, maka Allah akan menolong hajatnya. Barang siapa yang melapangkan kepada sesama Muslim sesuatu kesusahan daripada sekian banyak kesusahan di dunia, maka Allah akan memberikan kelapangan kepadanya suatu kesusahan dari sekian banyak kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.

Umat Islam tidak akan mendapat apa-apa jika mereka terus mengabaikan segala pesanan Rasulullah SAW. Baginda sudah meninggalkan panduan yang terbaik untuk kita bagi menjalani kehidupan di alam fana ini.

Kepada pemimpin-pemimpin Islam dan para ulama, hentikanlah perbalahan sesama sendiri. Bimbinglah para pengikut masing-masing ke arah kesejahteraan dan bukannya permusuhan.

Janganlah menjadi penghasut sehingga umat Islam membenci antara satu sama lain. Umat Islam akan terselamat jika kita mengikut sunah Rasulullah SAW dalam semua aspek kehidupan.

Ketika ini ramai di antara kita hanya bijak melafazkan perkataan "contohi, teladani dan ikutilah sunah Rasulullah" tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan apa yang dikatakan itu.

Oleh itu sudah sampai masanya dalam keadaan umat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran ini, kita kembali mengingati pesanan-pesanan Rasullullah SAW.

Umat Islam akan menjadi umat terbaik kerana Islam itu agama yang paling lengkap dan mulia. Inilah yang sudah dinyatakan di dalam al-Quran dan hadis tetapi malangnya kita sengaja tidak menyedarinya.

Bagaimanapun dalam menyatukan antara umat Islam, jangan pula kita bermusuh dengan pihak bukan Islam.

Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah Al Mumtahanah ayat 8 bermaksud: Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini tidak dibiarkan berlalu dengan sia-sia. Selain kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW, marilah kita merenung dan mengamalkan semua suruhan Baginda.

Sumber: Utusan Malaysia
Rasulullah contoh ikutan ummah


KELAHIRAN Rasulullah SAW adalah umpama cahaya yang menyinari kegelapan malam. Kebangkitan Rasulullah sebagai utusan Allah berjaya memimpin dan membimbing umat manusia ke jalan yang lurus iaitu Islam.

Rasulullah bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam semata-mata bahkan baginda sendiri menunjukkan contoh seperti dikehendaki Islam.

Segala tingkah laku, percakapan dan sikap baginda mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki Allah untuk dicontohi oleh umat manusia.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah.”

Firman Allah ini dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik untuk kita bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Dengan kata lain, Rasulullah adalah role model bagi kita umat Islam. Pada diri Rasulullah itu terletak contoh remaja yang baik, pemimpin, bapa, suami, jiran, peniaga dan sahabat yang baik serta banyak lagi. Pendek kata, kita selaku umat Islam tidak perlu mencari-cari peribadi atau tokoh lain untuk dicontohi dan diikuti selain daripada Rasulullah.

Umat Islam dibekalkan dengan contoh keperibadian yang terbaik yang merangkumi segenap aspek iaitu Nabi Muhammad.

Sikap sesetengah umat Islam yang mengambil individu tertentu sebagai model ikutan adalah sesuatu yang mendukacitakan. Mereka mengambil pemimpin yang zalim dan penyanyi Barat sebagai contoh ikutan.



Model

Apa yang lebih memilukan ada yang menjadikan golongan yang memuja maksiat dan bergelumang dengan najis dadah dan jenayah sebagai contoh ikutan mereka. Sedangkan semua itu bukan mengajak mereka kepada kebaikan tetapi mendorong mereka kepada kebinasaan dan kelalaian semata-mata.

Walau sehebat mana sekalipun manusia itu, mereka tetap tidak dapat menandingi Rasulullah yang sentiasa mendapat jagaan dan peliharaan Allah. Sahabat pernah bertanyakan kepada Saidatina Aisyah mengenai akhlak Rasulullah. Dia menjawab: “Akhlak Rasulullah adalah al-Quran.”

Jawapan itu dengan jelas menerangkan betapa Rasulullah SAW menjadikan al-Quran itu sebagai sesuatu yang hidup yang dapat dilihat dan diikuti bukan saja oleh umat Islam bahkan oleh sekalian umat manusia. Oleh demikian, segala ajaran dan perintah Allah yang terdapat di dalam al-Quran dapat kita lihat secara praktikalnya sama ada menerusi hadis yang diriwayatkan oleh periwayat hadis yang muktabar ataupun melalui sirah Nabi Muhammad.

Oleh itu, segala contoh ikutan yang ingin diambil oleh umat Islam sama ada sebagai pemimpin, ketua keluarga, majikan, pendidik, pelajar, tokoh korporat dan sebagainya semuanya ada di dalam diri Rasulullah.

Dengan itu, memperbetulkan kembali model ikutan kita dengan menjadikan Rasulullah sebagai role model adalah satu kewajipan dan tuntutan agama yang perlu dilakukan oleh kita umat Islam.

Rasulullah SAW dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda SAW adalah rahmat daripada Allah yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini.

Sebagai seorang Rasul yang diutuskan, darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin yang lain. Baginda bersifat maksum iaitu terpelihara daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.

Maka kerana itu arah dan tujuan yang dibawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT iaitu agama Islam.

Kini Baginda SAW sudah tidak ada lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.

Rasulullah adalah contoh dan model unggul umat Islam. Kredibiliti dan ketrampilan baginda terserlah sebagai seorang bapa mulia, suami mithali, dan pemimpin adil .

Oleh yang demikian, bacalah dua contoh di bawah sebagai pengajaran. Contoh teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah berkenaan kehidupannya untuk kita jadikan panduan serta ikutan dalam mengisi dan mempertingkatkan keimanan kita bagi memperoleh darjat taqwa yang diharap-harapkan.

Maka untuk itu, dibentangkan sebahagian dari bimbingan dan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW khasnya berkenaan perkara-perkara berikut:



Model Rasulullah

ketika remaja

Rasulullah SAW sejak remaja lagi dikenali kerana mempunyai akhlak yang sangat mulia, berbanding dengan remaja lain yang hidup sama pada zamannya sehingga beliau diberi gelaran ‘al-amin’.

Zaman remaja Rasulullah walaupun kehilangan ayah dan bonda ketika masih kecil tidak mencacatkan akhlak baginda kerana baginda telah dipelihara Allah SWT .

Zaman remaja Baginda penuh dengan dugaan dan latihan sebagai persediaan bagi memimpin umat manusia. Contohnya Baginda dibawa berniaga oleh bapa saudaranya Abu Talib. Di sini diperlihatkan bagaimana kejujuran Rasulullah ketika berniaga sehingga mendapat keuntungan yang berlipat ganda.

Baginda juga pernah menjadi pengurus perniagaan Siti Khadijah yang mencatatkan keuntungan yang banyak dengan cara berniaga penuh bijaksana.



Rasulullah dalam kehidupan berumah tangga

Rasulullah SAW memperlihatkan suatu teladan yang baik untuk diikuti oleh seseorang suami dalam mengurus rumah tangga. Sebagai seorang suami Rasulullah SAW amat bertimbang rasa dan bersedia membantu keluarganya.

Banyak kerja yang dilakukan dengan tangannya sendiri, seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila mahu makan Baginda makan apa-apa makanan yang sedia ada saja. Rasulullah SAW sangat marah kepada suami yang memukul isterinya seperti memukul hamba abdi, sabdanya yang bermaksud:

'Tidakkah seseorang dari kamu rasa malu untuk memukul isterinya seperti dia memukul hambanya? Pada waktu pagi memukul isterinya kemudian waktu malam menidurinya pula'.

Di samping itu Rasulullah SAW menunjukkan panduan dan contoh hidup tolong menolong serta perasaan kasih sayang kepada isteri, Rasulullah SAW juga menunjukkan suatu teladan yang baik khususnya kepada mereka yang mempunyai isteri yang lebih dari seorang.

Seperti diketahui umum bahawa Rasulullah SAW mempunyai beberapa orang isteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Ada yang masih muda dan cantik, dan ada yang sudah berumur. Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW tidak sekali-kali bersikap pilih kasih dalam layanan kasih sayang antara mereka.

Masa dan giliran mereka dibahagikan dengan adil serta cukup rapi sekalipun dalam masa Baginda sakit. Apabila Rasulullah SAW. hendak musafir, Baginda menjalankan undi antara isteri-isterinya itu dan hanya yang terkena undi saja yang berhak bersamanya.



Akhlak Rasulullah dengan jiran

Islam sangat memandang berat mengenai masalah berjiran di kalangan masyarakat umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya.

Islam memberikan perhatian yang sungguh berat ke arah menjalin hubungan yang baik dan harmoni di kalangan masyarakat sesuatu tempat.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW memberi panduan dan ajaran kepada umat Islam supaya mengelakkan diri dari segala sesuatu yang boleh mencetuskan rasa kurang baik sesama jiran. Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW menerangkan:

Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasai selamat dari kejahatannya.”

Kesimpulannya, Rasulullah SAW adalah manusia paling sempurna untuk dijadikan teladan umat manusia bagi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.

Sumber:Berita Harian
Amalkan budaya nasihat

Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.



DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

Sumber: Kosmo

Saturday, March 7, 2009

PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI
Oleh : Prof Mohd Yusof Haji Othman
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pendahuluan

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam di persekitarannya. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii di sekitarnya. Manusia adalah khalifah Allah S.W.T. yang diturunkan ke dunia ini sebagai pentadbir dan pengurus yang bertanggungjawab ke atas pembangunan di dunia ini. Sebagai khalifah, manusia diberikan Allah S.W.T. kemampuan untuk memahami ciri-ciri tabii alam secara terbatas. Tujuannya tidak lain semata-mata untuk memudahkan urusannya dalam mentadbir alam ini.
Secara tabiinya alam ini berada dalam keadaan seimbang dan koheren antara satu dengan yang lain. Setiap satu memerlukan antara satu dengan yang lain; saling menyokong dan saling membantu. Sayangnya, alam usaha untuk membangun alam ini, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengeksploitasi alam tabii ini secara berlebih-lebihan dengan menggunakan pemahaman sains dan teknologi mereka. Akibat daripada kerakusan. mengeksploitasi alam ini secara berlebiban. (untuk mendapat keuntungan yang lebih), keseimbangan alam tabii mula terganggu dan tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, gelombang besar tsunami, hujan asid, gempa bumi, pemanasan global, pencemaran alam sekitar, perubahan cuaca dan sebagainya, semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan. oleh tangan-tangan manusia. Memang alam ini perlu terus dibangunkan, keselesaan hidup perlu ditingkatkan, teknologi perlu dibangunkan selaras dengan keperluan manusia, namun apabila keseimbangan alam tidak dikekalkan, kita mengundang mala petaka hasil perbuatan tangan kita sendiri.
Menyedari kepincangan dalam proses pembangunan ini, beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telahpun dilakukan dan diusabakan oleh UNDP (United Nation Development Programme) untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Rio dejenerio (1993) danProtokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam.
Untuk mengatasi semua ini, alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya masyarakat. perlulah diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang clijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Untuk membangunkan masyarakat Hadhari yang berteraskan kepada ajaran Islam, usaha perlulah dilakukan untuk membangunkan alam ini secara harmoni antara pembangunan manusia dan pembangunan alam sekitar, di samping berusaha terus untuk mencapai kemajuan.

SAINS DAN TEKNOLOGI DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM
Sains dan teknologi adalah ilmu yang berkembang seiring dengan pembangunan manusia. Ia bermula sejak daripada kehadiran manusia di bumi Allah S.W.T. ini. Sains ialah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia memahami tabii alam, manakala teknologi ialah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia menggunakan ilmu sains tersebut untuk membantu manusia membangunkan alam ini. Dengan demikian, Ilmu dan teknologi tidak dapat dipisahkan sebagaimana kita ticlak dapat memisahkan antara ilmu dengan amal. Ilmu agama pula adalah ilmu yang menerangkan kepada kita apakah tujuan dan matlamat sebenar kehidupan di dunia yang sementara ini. Kedua-dua ilmu ini saling diperlukan dalam kehidupan manusia sehingga pujangga pernah menyebut, 'Sains tanpa agama, buta. Agama tanpa sains, tempang'
Keseimbangan alam tabii akan terjejas sekiranya manusia hanya menguasai ilmu sains dan teknologi tetapi mengabaikan ilmu agama. Untuk memahami bagaimana sains dan teknologi yang dibangunkan tanpa ilmu agama yang kukuh boleh mendatangkan kemudharatan kepada alam sekitar, marilah kita lihat pengertian sains dan teknologi sebagaimana yang ditanggapi hari ini.
Asal usul kejadian dan tabii alam merupakan suatu perbincangan yang berterusan sepanjang zaman sama ada daripada kalangan ahli sains dan juga agama dalam pelbagai disiplin ilmu. Perbincangan ini pernah menjadi konflik dan pertentangan antara golongan agama dengan golongan sains tabii terutamanya dalam konflik antara ahli sains Barat Moden dengan golongan gereja (Sayid Mujtaba dan Musawi Lari 1979). Pertentangan antara golongan gereja dan ahli sains Barat Moden ini akhirnya mengakibatkan Galileo dipenjara, walaupun sebelumnya beliau pernah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah, termasuk menjadi tetamu kepada Pope sendiri (Bueche 1986 dan Garg 1990). Namun konflik seumpama ini ticlak pernah berlaku di kalangan umat Islam secara serius. Namun demikian, wujud beberapa kekeliruan tentang tanggapan dan keutamaan ilmu sains dan teknologi di kalangan umat Islam. Terdapat juga di kalangan mereka yang cuba melihat al-Qur'an semata-mata daripada perspektif sains, manakala sebahagian lagi menolak ilmu sains kerana dianggap bersifat duniawi. Kita merasakan kekeliruan ini terjadi kerana wujudnya salah faham tentang falsafah dan konsep sains itu sendiri. Apatah lagi apabila sains dijadikan sebagai salah satu falsafah hidup yang juga dikenali sebagai saintisme (Sulaiman Nordin 1992). Kekeliruan ini dapat dikurangkan sekiranya kita dapat 'mendamaikan' dan mensepadukan antara kedua-dua disiplin ilmu tersebut. Sudah tentu dalam kehidupan seharian, kedua-dua disiplin ilmu ini amat penting untuk difahami dan diamalkan.
Sehingga kini jawapan tepat tentang kejadian alam mengikut perspektif sains belum lagi ditemui, malah sains terus berkembang sewaktu ia cuba menjawab fenomena kejadian alam ini. Namun demikian, ini tidak bererti yang sains tidak menyumbang apa-apa dalam menerangkan segala fenomena di alam ini. Polemik yang berterusan dalam menerangkan kejadian alam ini terus berlaku di kalangan ahli-ahli sains hingga kini. Nama-nama ahli sains Barat seperti Darwin, Galileo, Newton, Faraday, Einstein dan terakhir ini Hawking sering disebut apabila membicarakan tentang kejadian alam. Hawking misaInya cuba melihat hubungan antara masa, ruang dan jirim dalam usaha menerangkan asal-usul alam ini (Hawking 1988). Malah secara amnya hampir semua ahli sains asas tabii yang berorientasikan fizik, kimia dan biologi mengasaskan kajian mereka berdasarkan kepada usaha untuk menerangkan asalusul kejadian alam; sama ada menerangkan tentang teori alam semesta, teori keatoman, teori gerakan jasad, termodinamik, teori genetik atau sebagainya.
Dalam Islam, perspektif alam adalah lebih luas. la bukan sekadar menerangkan tentang alam fizikal (kejasmanian) sahaja, malah menerangkan tentang alam lain yang ticlak dapat dicerap olch pancaindera atau alat penderiaan yang lain. Kewujudan alam lain ini (termasuk alam ghaib, alarn kubur clan alam akhirat) adalah di luar kemampuan manusia untuk memahami dan mengetahuinya, apatah lagi untuk menerangkan asal usul kejadiannya. Perspektif alam yang lebih luas ini akhirnya menuntut manusia menyembah Allah S.W.T. dengan sebenar-benarnya (takwa).
Lebih daripada itu, al-Qur'an mengajak manusia supaya dapat berfungsi sewajarnya di dunia ini denga menerangkan tujuan dan matlamat hidup seseorang. Dengan demikian, al-Qur'an bukan sahaja mengajak manusia untuk memerhatikan segala fenomena yang membentuk alam semesta ini semuanya, malah mengajak kita berinteraksi sewajarnya dengan alam ini. Dengan demikian, persoalan adab, akhlak, tanggungjawab clan hal-hal yang berhubung dengan keimanan merupakan teras utama ajaran al-Qur'an, di samping ilmu sains dan teknologi itu sendiri.
Walaupun ilmuan Islam ticlak menolak sains dan teknologi sebagai salah satu disiplin ilmu, namun isu yang dibangkitkan oleh golongan agamawan ke atas ilmu sains clan juga tanggapan ahli-ahli sains terhadap agama boleh menimbulkan konflik yang boleh memundurkan umat Islam itu sendiri, dan juga kesan negatif kepada pembangunan negara.

PENGERTIAN SAINS

Sains tulen dikenali juga sebagai sains tabii, sains yang membicarakan tentang alam tabii, sifat tabii alam, sama ada sifat objek itu sendiri atau sifat objek itu sewaktu berinteraksi dengan persekitarannya. Ilmu sains tulen ini ticlak melibatkan hal-hal yang berhubung dengan persoalan nilai keinsanan manusia.
Menurut Peter Medawar (1984), sains ialah ilmu yang teratur yang diambil daripada perkataan,


Isienz, ciens, cience, siens, syence, syense, scyence, scyense, scyens, scienc, sciens, scians'

dengan kata clasarnya diambil daripada perkataan Iscientia' yang bermaksud 'knowledge' (ilmu). Tetapi tidak semua ilmu boleh dianggap ilmu sains. Yang dimaksudkan dengan ilmu sains adalah;
'ilmu yang maklumatnya (hasil daripada pengamatan fenomena alam tabii) dijana dan dikembangkan secara bersistem dengan kaedah-kaedah tertentu berdasarkan premis tertentu oleh pencerapnya sehingga menumpukkan pengetahuan yang boleh dipercayai, sama ada melalui eksperimen atau hujah mantik secara teori'
Kebenaran yang ingin dicari dalam sains tulen bukanlah kebenaran untuk memenuhi kepuasaan beragarna atau kepuasan rohani, sebaliknya kebenaran yang dapat dicapai dalam sains tulen adalah kebenaran mantik pernikiran akal yang berdasarkan kepada kebenaran pentakulan. Kepada Medawar, kebenaran sains merupakan kebenaran yang bersandarkan kepada gawang (gol) yang ingin dicapai oleh kerja yang dilakukan oleh ahli sains melalui apa yang disebut sebagai 'asimptot', yakni suatu kebenaran yang tidak konklusif, yang masih boleh dipertikai dan dikritik, tetapi diandaikan demikian. Sains hanya memberikan suatu arah ke mana kajian sains boleh dilakukan, tetapi tidak mempunyai matlamat akhir yang ingin dituju. Dengan demikian, penerokaan dan matlamat sains akan berubah, tidak mutlak. Hujah Medawar ini disokong pula oleh Fritjof Capra (1992) sewaktu berhujah dengan David SteidalRast dan Thomas Matus, yang menyebut bahawa teori sains yang dikemukakan oleh ahli sains juga tidak mutlak dan kekal, tetapi turut berubah apabila sesuatu penemuan baru ditemui kemucliannya. Contoh yang jelas diberikan oleh Capra adalah tentang teori yang berhubung dengan 'ether", yang satu ketika dianggap ada, tetapi kemudiannya terbatal apabila teori kenisbian dan kedualan atom ditemui. Malah sekarang ini pun, teori yang berhubung dengan angkutan elektron secara klasik tidak dapat digunakan untuk menerangkan proses angkutan elektron dalam sesuatu pepejal, apatah lagi bahan baru seperti superkoncluktor. Dengan kata lain, teori sains ticlak mutlak, tetapi berubah apabila masa beredar dan apabila penernuan-penemuan baru ditemui.
Bagi Shaharir Mohamad Zain seperti yang dinyatakan dalam bukunya Pengenalan Falsafah Sains (1987), takrif sains yang biasa didokongi oleh kebanyakan sarjana dapat dinyatakan sebagai;
'Sains berupa analisis fenomenon secara sistematik, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai'.
Takrifan ini memang mempunyai banyak kelemahannya, malah tidak lagi dianggap tepat. Kritikan kepada takrifan ini dibicarakan dengan panjang lebarnya dalam buku tersebut clan pengemaskiniannya dalam suntingan terbarunya (Shaharir, 1998).
Secara amnya, dapat kita katakan bahawa sains tulen ialah ilmu sains yang berpaksikan kepada bagaimana manusia mampu untuk mencerap clan memerhati alam tabii yang berkelakuan mengikut fitrahnya. Hasil pencerapan secara sistematik ini kemudiannya dihujah dan dianalisis secara mantik clan objektif, dilakukan eksperimen dan perbandingan dengan andaian teorinya. Pengetahuan ini terus dipupuk dan dikembangkan kemudiannya untuk menambah khazanah keilmuan sains itu sendiri.

PREMIS SAINS TAB11

Premis ilmu sains tabii, claripada segi matannya, telah dibicarakan oleh Shaharir (1998) yang menunjukkan kekurangannya mengikut perspektif Islam, dan ini tidak diulangi perbincangannya di sini.
Menurut Toby E. Huff (1995), falsafah sains tulen menghendaki tiga andaian asas:
Pertama, ahli sains perlu yakin dan percaya bahawa alam tabii adalah dalam susunan yang rasional dan teratur. Ini bererti bahawa alam tabii adalah saling berhubung antara satu dengan lain (koherens), teratur.
Kedua, hujah sains mengandaikan manusia mampu untuk memberi alasan dan sebab musabab, dan mempunyai kemampuan akal untuk memahami tabii alam. Namun demikian, ahli sains juga memahami bahawa teori tertentu tentang sesuatu fenomena sains tabii mungkin salah pada sesuatu ketika, dan dalam masa yang sama kita mungkin tidak dapat mengetahui segalagalanya tentang tabii sesuatu fenomen.a. Tetapi ahli sains yakin bahawa akhirnya nanti manusia mampu juga memberikan alasannya menerusi penyiasatan mantik.
Ketiga, falsafah sains tabii mengandaikan yang semua orang, lelaki clan wanita, dibenarkan menggunakan kuasa sebab musabab - menyoal segala-galanya tentang kebenaran sains yang didakwanya, termasuklah hal-hal yang berhubung dengan agama, politik dan etika. Akhirnya, dengan alasan clan rasional yang diberikan, sernua orang akan memberikan kesimpulan yang sama tentang apa yang dicerap atau diamatinya.
Ketiga-tiga premis sains ini akan membenarkan semua orang bertanya dan mencabar tentang amalan tradisi yang didasarkan kepada penemuan sains, termasuklah mencabar tentang kesahihan hujah yang dikemukakan dalam kitab-kitab agama yang berwibawa termasuk Kitab Injil, Zabur dan al-Quran sendiri. Hujah-hujah beginilah yang menyebabkan segolongan ahli sains terkemuka dipenjara dan dihukum oleh golongan gereja pada awal kebangkitan sains Barat. Dengan premis sains ini, ahli-ahli sains (yang menclokong pemikiran sains Barat ini) memutlakkan akal pemikiran dan menolak segala-galanya yang tidak dapat dirasionalkan oleh akal dan pemikiran manusia.
Premis sains ini mungkin berbeza dengan premis ilmu yang lain seperti ilmu yang membicarakan tentang persoalan adab clan akhlak, sahsiah dan jati diri insan, clan ilmu yang berhubung dengan keinsanan insan yang lainnya. Malangnya, sekiranya ilmu sains kernanusiaan juga dirujuk kepada hal-hal yang saintifik sahaja, maka persoalan keinsanan itu sendiri disempitkan dan dibataskan kepada yang boleh ' dimantikkan' semata-mata, sedangkan aspek pembangunan manusia merupakan aspek pembangunan keseluruhan potensi insan yang juga melibatkan hal-hal yang berhubung dengan pembangunan rohani, saksiah, adab, akhlak dan perilaku diri insan yang tidak boleh dimantikkan.

PENDEKATAN AL-QURAN TENTANG SAINS

AI-Quran tidak menggunakan pendekatan yang digunakan oleh sains Barat, malah al-Quran tidak memerlukan kepada kaedah sains Barat untuk menerangkan sesuatu. Dengan kata lain, pendekatan al-Quran jauh melebihi pendekatan yang berdasarkan kepada mantik dan objektif. Namun demikian, kerana Allah S.W.T. menjadikan manusia sebagai khalifah yang tugas utamanya adalah untuk mengurus, mentadbir dan memakmurkan alam ini, maka Allah S.W.T. membekalkan manusia dengan kemampuan untuk memahami tanda-tanda-Nya; mengetahui tabii, perlakuan dan fenomena alam, sebagaimana FirmanNya;
'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda -tanda bagi orang yang berakal '.
(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata). " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka" '.
(Surah Ali 'lmran: 190-191)
Walaupun pada sekali imbas ayat ini membicarakan tentang fenomena alam, sama seperti pendekatan sains tabii’ tentang kejadian langit dan bumi dan kejadian silih bergantinya malam dan siang, namun daripada perspektif Islam menurut Hamka (1984) dan Abdullah Yusof Ali (1978) ayat ini lebih menekankan kepada tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. clan konsep keimanan manusia kepada Tuhannya dan juga konsep tauhid. Dengan erti kata lain, apabila orang yang beriman meneroka al-Quran, dan dalam penerokaannya itu menggunakan kaedah pencerapan terhadap fenomena kejadian alam, di samping memperoleh maklumat tentang sifat tabii alam dan segala apa yang ada padanya (ilmu sains), manusia tersebut akan menambahkan keimanannya terhadap Allah S.W.T..
Firman Allah S.W.T. dalam surah Faathir, yang bermaksud;
'Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.
Dan demikian (pula) antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama'. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun'
(Surah Faathir : 27&28)
Dalam ayat ini, Allah S.W.T. menerangkan bahawa golongan yang digelar ulama' adalah golongan yang dapat memahami tabii alam dengan melihat dan mencerap bagaimana kejadian fenomena hujan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai spesis. Perbezaan antara tumbuhan yang terdapat di bahagian gunung yang tinggi dengan tumbuhan yang berada di kawasan tanah rendah di bahagian bawah gunung. Begitu juga dengan melihat kejadian gunung-ganang yang berbeza yang memberikan hasil yang berbeza pula kepada manusia. Ahli sains memahami bahawa gunung mempunyai pelbagai jenis; ada gunung batu kapur, ada gunung daripada batu granit yang setiap satunya berguna untuk manusia.
Begitu juga dengan kejadian kehiclupan binatang buas clan binatang ternakan yang boleh diambil manfaat daripaclanya; kedua-duanya mempunyai ciri yang berbeza-beza. Begitu pula dengan kejadian manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang mempunyai pelbagai adat resam dan budaya. Semuanya ini menunjukkan tentang simbiosis clan tentang perbezaaan kejadian makhluk Allah S.W.T. tetapi saling memerlukan antara satu dengan yang lain, yang menjadikan kehidupan alam ini keseluruhannya berada dalam harmoni clan dalam tabii tertentu. Pastinya seorang ulama' bukan seorang pemerhati alam tabii dan alam manusia secara bebas dan membuta tuli, tetapi mereka adalah yang mempunyai ikatan rohani yang tinggi dengan Tuhannya. Atas segala penciptaan yang dilihat dan cerapinya, ia mempunyai pertautan hati dan nurani yang finggi dengan Tuhannya sehingga menimbulkan ketinggian iman dan rasa tanggungjawab terhadap makhluk dan Tuhannya.
Allah S.W.T. menyatakan demikian ini di dalam ayat yang dihuraikan di atas untuk menunjukkan bahawa manusia sebagai makhluk yang diangkat martabatnya sebagai khalifah, diberikan kemampuan untuk melihat fenomena alam dan berusaha pula untuk mengambil manfaat daripada kejadiannya, dan dalam masa yang sama mampu meletakkan dirinya sebagai seorang hamba yang takut kepada Allah S.W.T. seutuhnya.
Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1987),
'Mengikut Pandangan Islam, alam ini benda Yang baru, daripada tiada kepada ada. Masa wujud apabila alam ada. Mengikut pandangan aliran al-Asy'ari dan aliran tasawivuf, kejadian alam dan segala fenomenanya amatlah berbeza daripada pandangan Barat. Tasuwwuf di sini mestilah difahami mengikut istilah Islam yang asal, bukan 'tasawwuf' pada zaman kini yang berselindung di sebalik nama yang bermacam-macam jenis 'tareqat' yang menyeleweng itu, dan ini menjadi contoh betapa istilah Islam telah ternoda. Mengikut aliran ini, kejadian alam ini terus menerus berlaku lalu digelarnya alam ini sebagai alam fana. Ini menunjukkan Tuhan dalam Islam sentiasa bertanggungJawab kepada semua kejadian dahulu, sekarang dan akan datang. Tuhan tidak berada di luar alam sebagai pemerhati, tidak juga Tuhan yang kini berehat seperti yang digambarkan di dalam falsafah Yunani dan Kristian itu serta yang mendominasi pemikiran ahli-ahli sains Barat kini. Lagi pun alam dalam Islam bukan alam kejasmanian sahaia, malah ada lagi alam-alam lain, umpamanya alam arwah, alam musyahadah dan alam rohani. Keadaan inilah yang memberikan landasan perbezaan besar antara falsafah sains Barat dengan falsafah sains Islam.
Mengikut pandangan Islam juga, atom itu bukan benda yang difahami oleh ahli falsafah Yunani dan diwarisi oleh ahli sains Barat itu. Atom hanya berupa pen- cirian pergerakan yang ada hubungannya dengan kekuasaan Tuhan. Ini memberi implikasi yang besar kepada prinsip kebersebaban dalam Islam. Dalam Islam, seseorang dianggap kafir jika ia beriktiqad prinsip kebersebaban itu WAJIB berlaku, umpamanya dengan beriktiqad 'api wajib membakar' kerana dalam hal api itu, misaInya, mengikut surah al-Baqarah, Nabi Ibrahim a.s. tidak terbakar langsung apabila baginda dicampakkan ke dalam unggun api yang bergejolak. Prinsip kebersebaban Barat itu malah tercabar apabila seseorang mempertimbangkan keadaan penganut-penganut Hindu yang berjalan di atas api yang membara. Pendeknya, prinsip ini berlaku mengikut sunnah Allah S.WT sahaja. Allah S.WT sengaja menjadikan kebiasaan berlaku sebab-musabab kerana jika Allah S.WT tidak berbuat demikian, nescaya manusia menjadi kacau-bilau, manusia tidak mungkin mendapat sedikit pun daripada ilmu-Nya kerana segala yang dicerapi oleh manusia asyik bertakar sahaja!. Walau bagaimanapun Allah S.WT seringkali menunjukkan kekuasaan-Nya yang luar biasa dengan menjadikan benda-benda yang tidak dapat difahami oleh manusia menerusi sebarang mekanisme sains, yang mereputasikan prinsip kebersebaban. Umpamanya mukjizat yang berlaku kepada nabi-nabi yang wajib dipercayai, dan kisah-kisah aneh yang berlaku kepada wali- wali Allah SWT dan kepada mereka yang menerima hidayuh dan hikmah daripada Allah SWT'
Ternyata wujud perbezaan yang amat besar tentang kaedah, prinsip dan falsafah dalam menerangkan fenomena alam antara sarjana sains Barat dengan Islam.

ASAS PEMBANGUNAN ILMU SAINS
Apabila kita membicarakan tentang konsep alam menurut perspektif sains, maka kita tidak boleh lari daripada memperkatakan tentang bagaimana ahli sains mencerap fenomena alam dan mendapat maklumat dan makna daripada pemerhatiannya. Ini berbeza dengan perspektif dan pendekatan Islam. Secara ringkasnya, ilmu sains dibina berdasarkan kepada dua kaedah utama yang disebut sebagai;
i - Kaedah Induksi
Kaedah Induksi ialah kaedah untuk mencapai sesuatu pengertian umum tentang sesuatu fenomena alam yang dicerap. Induksi dibina berclasarkan kepada pengalaman clan anclaian khusus. Secara ringkas, proses induksi terdiri daripacla tiga peringkat berikut:
• menganggap semua fenomena ada hubungkait antara satu dengan yang lain.
• melakukan pencerapan, percubaan dan analisis sehingga dapat menghasilkan kesimpulan yang sama dan umum.
• dapat dibuktikan kesahihan kesimpulan yang dicapai.
Masalahnya, kaedah induksi mengandaikan pengguna kaedah ini tahu segala fakta yang berkaitan dengan fenomena tersebut dan hubungan fenomena ini dengan parameter luaran yang lain. Dengan demikian, ahli sains yang melakukan analisis menggunakan kaedah ini berkecenderungan untuk mempermudahkan hubungan sesuatu parameter dengan parameter yang lainnya. Pada hakikat sebenarnya, andaian muclah begini fidak terjadi. Ini pernah dijelaskan oleh Fritjof Capra melalui dialognya dengan Thomas Matus clan David Steidl-Rust (1992) seperti yang dinyatakan sebelum ini.
ii Kaedah Deduksi
Kaedah Deduksi ialah suatu kaedah sains untuk menyimpulkan fenomena alam yang diambil daripacla kesimpulan yang umum. Daripada kesimpulan yang umum ini dijangkakan sesuatu fenomena yang lain. la menggunakan pendekatan yang selalu juga disebut sebagai (logical-positivisin); pemikiran yang logik dan positif.
Terdapat tiga konsep asas yang menjadi landasan kepada kaedah deduksi ini:
* pengkelasan; yakni mengkelaskan sesuatu objek dalam set tertentu.
* perbandingan; Cuba menghubungkan antara set kelas dan membandingkannya antara satu dengan lain kelas, dan
* pengkuantitian; mengkuantitatifkan segala fenomena yang dicerap. Fenomena alam ini Cuba dikuantitatifkan melalui suatu rumusan matematik dan dinyatakan secara hukum tertentu. Hubungan antara parameter dan fenomena yang dicerap, yang dinyatakan secara hubungan kuantitatif ini, kemudiannya dijangkakan untuk meramal fenomena yang lainnya.
Kelemahan kaedah deduktif ini adalah ticlak sernua jangkaan itu mempunyai kekuatan dan boleh digunakan dalam semua fenomena. Misalnya fenomena gerakan galaksi dan cakrawala (relativiti) ticlak boleh digunakan dalam fenomena gerakan di alam biasa (klasik) dan di alam zarah (kuantum).
Umumnya dapat kita katakan bahawa pembangunan ilmu sains bergantung kepada bagaimana perolehan ilmu diperoleh melalui kajian sains yang dijalankan. Ini berbeza dengan kaedah perolehan ilmu dalam Islam. Menurut Syed Muhammad Naquib (1987) perolehan ilmu dalarn Islam berclasarkan kepada tiga sumber berikut:
* c Ainul yaqin - (panca indera yang waras) atau dikenali juga sebagai swapersepsi (selfperception - tanggapan diri), yakni bagaimana manusia membuat tanggapan diri berdasarkan kepada kebolehannya untuk mencerap fenomena di alam ini.
* Khabar turun-temurun yang benar daripada orang-orang yang berwibawa. Ini terbahagi kepada dua iaitu nabi-nabi (al-ulum naqliyah) yang wajib dipercayai dan daripada orang yang berilmu yang tidak boleh disangsikan. Maknanya, Ilmu diterima daripada sumber yang boleh dipercayai dan diyakini kebenarannya yang disampaikan daripada sesuatu sumber.
Nalaran atau takulan, iaitu berlandaskan kepada akal yang rasional, menerusi kaedah-kaedah sains yang diperakui pada sesuatu masa. Kaedah sains ini dibuat sedemikian rupa sehingga asas-asas takulan itu boleh diterima untuk mengesahkan kebenaran sesuatu fenomena yang dicerapi.
Sumber ilmu sains Barat yang berdasarkan kepada sama ada kaedah induksi atau deduksi, adalah berdasarkan kepada proses pencerapan, menganalisis melalui proses takulan tertentu dan kemudiannya cuba dilakukan kesimpulan terhadap pemerhatian tadi. Kesimpulan ini perlu seumum mungkin agar dapat diterima oleh semua orang di sebarang tempat. Sains Barat tidak memperakui sumber intuisi atau ilham atau yang seumpama dengannya, kerana mereka faham intuisi itu datang dengan tiba-tiba dan dengan sekonyong-konyong, tidak semena-mena, tidak tahu bagaimana datangnya dan intuisi ini tidak pula memerlukan kepada pentahkikan awam, sedangkan bagi sains Barat pentahkikan awam inilah merupakan ciri sains yang terpenting.
Seterusnya, Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1987) menambah,
'Sains Barat memperakui satu komponen akal sahaja yang bertanggungjawab kepada penalaran atau taakulan, sedangkan sains Islam membahagikan akal kepada dua, aqal juz'iyy (yang diterima um um) dan aqal kulliyy (yang mencirikan kalbu dan bertanggungiawab menerima hikmah dan intuisi Islam itu). jelaslah betapa besarnya beza sumber-sumber ilmu sains secara Islam dengan sumber-sumber ilmu sains Barat. Inilah juga hal-hal yang merupakan Iandasan yang membezakan falsafah sains Islam dengan sains Barat. Tidak syak lagi, penghayatan sains Islam melahirkan sains yang amat berbeza dengan sains yang ada sekarang (sains Barat) bukan sahaja daripada segi falsafah, bahkan juga daripada segi arah perkembangannya untuk kesejahteraan umat manusia sejagat'
Dengan perbezaan asas ilmu ini, penjelasan tentang fenomena alam dan kejadian alam itu sendiri adalah berbeza antara perspektif Islam dan sains Barat kini. Sarjana Islam tidak menolak kepentingan memahami tabii alam, kerana memang manusia dijaclikan Allah S.W.T. untuk mentadbir dan mengurus alam ini. Untuk mentadbir clan mengurus alam, manusia clibekalkan oleh Allah S.W.T. kernampuan memahami tabii alam, tetapi dengan penuh tanggungjawab kepada Allah S.W.T.. Dalam perspektif sarjana Barat, Tuhan tidak ada dalam perhitungan manusia untuk memahami alam. Dengan demikian, usaha manusia memahami alam adalah semata-mata untuk mengambil manfaat daripadanya. Ahli-ahli ekonomi dan perniagaan, dan orang yang mempunyai kepentingan tertentu pula menggunakan kepakaran ahli sains untak menjana lebih banyak kekayaan. Akibatnya alam ini terus diterokai tanpa mempunyai perhitungan dan tanggungjawab dengan Tuhan, yang seterusnya memusnahkan keseimbangan alam.
PENCEMARAN ALAM TABII
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, ternyata terdapat dua pandangan terhadap alam; alam semula jadi dan alam tabii. Alam semulajadi adalah didasarkan kepada kepercayaan bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya, yang mempunyai peraturan tertentu dan mengikut hukum-hukum tertentu yang dimilikinya. Misalnya secara semulajadi api membakar, pisau yang tajam memotong, air dicincang tidak akan putus, objek yang dilepaskan di udara akan jatuh ke bumi clan sebagainya. Dengan kata lain, mereka mengatakan alam semulajadi berkecenderungan mempunyai tabii tertentu secara semulajadi.
Satu lagi pendekatan adalah alam ini mempunyai tabii tertentu yang boleh dijangkakan. Tetapi sifat tabii alam ini tidaklah berlaku secara bersendirian kerana sifat semulajadinya. Tabii alam itu hanya berlaku sekiranya diizinkan Allah S.W.T. untuk berlaku demikian. Seperti contoh yang diberikan oleh Naquib di atas, tabii api adalah membakar. Tetapi kebolehan api untuk terbakar adalah terbatas dan tidak bergantung kepada tabiinya, tetapi sebaliknya bergantung kepada keizinan Allah S.W.T. untuk membakar.
Kedua-dua pendapat ini nampaknya seiring, tetapi sebenarnya mempunyai perbezaan yang cukup besar. Satu menolak kuasa Tuhan, dan yang satu lagi Tuhan yang menentukan segala-galanya; satu melakukan aktiviti pembangunan alam berdasarkan kehendak diri yang terlepas daripada peraturan Tuhan, dan yang satu lagi melakukan aktiviti pembangunan berdasarkan keredhaan Allah S.W.T.. Satu adalah 'Ulul Al-Bab', yakni mereka yang menggunakan akal fikiran yang dikurnia Allah S.W.T. kepada mereka untuk merasai kebesaran Allah S.W.T. dan menjadikan mereka terus menjadi insan yang bertanggungjawab kepada-Nya. Manakala yang satu lagi menggunakan akal fikiran untuk memahami tabii alam tetapi untuk mengeksploitasinya semahunya untuk kepentingan diri dan masyarakat mereka.
Alam tabii pada asasnya bersifat tabii. Dengan kata lain, alam ini pada dasarnya adalah mengikut fitrah clan peraturan tertentu yang ditentukan oleh Ilahi. Setiap satu memerlukan antara satu dengan yang lain seperti yang digambarkan dalam pendidikan sains peringkat asas di mana kehidupan alam ini memenuhi satu kitaran alam. Tumbuh-tumbuhan misalnya, memerlukan karbon dioksida untuk hidup, clan dalam masa yang sama melepaskan oksigen ke udara. Manusia dan haiwan yang lain memerlukan oksigen untuk hidup, dan dalam masa yang sama melepaskan karbon dioksida ke udara. Dengan demikian, kandungan oksigen clan karbon dioksida akan sentiasa seimbang di udara.
Begitu juga cahaya matahari menyinarkan sinarannya ke bumi. Apabila sinaran matahari menimpa permukaan air, berlakukan proses pemeruwapan air ke udara. Wap air yang berada di udara bersifat ringan, pada masa yang lama akan terkumpul di udara dan dibawa oleh udara ke kawasan yang lebih panas. Apabila udara yang mengandungi wap air bertemu dengan objek yang lebih panas di daratan, ia akan tersejat (terkondensasi). Akibatnya air hujan akan turun menimpa bumi. Bumi yang kering akan menjadi basah, dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai jenis. Sebilangan air hujan ini akan terkumpul dan bergerak ke kawasan yang lebih rendah melalui parit dan sungai, manakala yang sebahagian lagi akan menyerap ke dalam bumi menjadi air bawah tanah atau mata air dan digunakan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan berkembang biak dengan subur. Sungai pula menjadi tempat yang baik untuk hidupan air seperti ikan, udang, siput, rumput rampai dan sebagainya. Sungai juga merupakan medium terpenting dalam sistem pengangkutan di air. Akhirnya sungai mengalir ke laut. Proses penyejatan air terus berlaku, proses aliran air juga terus berlaku secara harmoni. Semuanya melalui suatu proses alam tabii yang amat harmoni, yang kadang-kadang disebut juga sebagai kitaran alam. Setiap satunya saling bergantung antara satu dengan yang lain dan berada dalam keadaan yang amat harmoni. Itulah indahnya kejadian alam ciptaan Tuhan, yang dapat dimanfaat oleh sernua manusia dan hidupan yang lain dalam kehidupan seharian mereka.
Bayangkan apabila kitaran atau keharmonian tabii alam ini terganggu. Misalnya sungai telah dicemari dengan pelbagai sampah sarap yang dibuang ke dalarnnya tanpa sebarang tanggungjawab. Natijahnya air yang melaluinya akan tercernar dengan pelbagai bahan yang dibuang ke dalarnnya; laluan air sungai juga akan terganggu oleh sampah sarap dan bahan buangan yang lain. Akibatnya, apabila hujan turun dengan lebat, sungai tidak lagi mampu untuk menampung air yang banyak. Maka berlakulah banjir yang kadang-kadang disebut banjir kilat kerana fenomena banjir yang berlaku secara tiba-tiba kerana aliran air sungai yang tersekat yang tidak dapat menampung air hujan yang memasukinya. Sampah sarap yang terampai akan menjadi busuk (akibat proses pengoksidaan) dan meracun hidupan di dalamnya. Kalau adapun hidupan di dalamnya, semuanya suclah tercemar dengan racun (dengan bahan toksid) dan ticlak lagi boleh dimakan oleh manusia atau hiclupan yang lain. Akibatnya sungai yang menjadi sumber makanan manusia seperti ikan, udang, siput, rumpai air clan sebagainya mati atau tercemar. Sungai juga tidak boleh menjadi tempat laluan pengangkutan akibat sampah sarap yang banyak. Dengan kata lain keharmonian sungai terganggu dengan pencemaran air. Sungai yang menjadi sumber terpenting kehiclupan manusia bertukar menjadi tempat yang menyiksa manusia dan alam. Kalau dulu masyarakat merasa bahagia untuk hidup dan mendirikan rumah di tepi sungai yang hampir dengan segala kemuclahan dan bekalan rezeki daripada Allah S.W.T., kini manusia merasa terancam untuk mendirikan rumah di tepi sungai.
Begitu juga dengan kejadian gunung-ganang. Gunung-ganang bersifat harmonis dengan alam flora dan fiona di persekitarannya. Sayangnya atas nama pembangunan, gunung-ganang diterokai clan dicabuli, lerengnya dipotong untuk pembangunan, sama ada untuk pertanian, projek perumahan dan juga pembinaan jalan raya, yang dilakukan secara ticlak terancang dengan baik yang mengambil kira sifat tabii alam. Natijahnya air hujan yang turun tidak lagi disekat atau digunakan oleh tumbuh-tumbuhan, ia akan melembutkan tanah-tanih di lereng yang dipotong. Laluan airnya menjadi laju yang dapat menghakis apa sahaja yang menghalangnya. Akibatnya berlakulah tanah runtuh yang boleh merosakkan alam ini keseluruhannya. Air sungai pula membawa segala keladak dan tanah-tanih yang dibawa ke dalam sungai dan akhirnya ke muara sungai. Dasar sungai menjadi cetek, muara sungai juga akan terhalang dengan benteng pasir dan tanah yang dibawa oleh sungai. Ini akan menyukarkan mereka yang menggunakan sungai sebagai sistem pengangkutan, terutamanya para nelayan.
Di sebahagian tempat di bawah permukaan bumi terclapat bekalan petroleum yang banyak. Pada asalnya petroleum merupakan sejenis batuan yang terdapat di bawah muka bumi. Petroleum terjadi akibat daripada bahan hidrokarbon (seperti tumbuhan dan binatang yang mati) yang tertekan dengan tekanan yang tinggi dan tanpa oksigen untuk jangka masa yang cukup lama (lebih claripada jutaan tahun). Apabila petroleum ini diseclut keluar ke permukaan bumi untuk dimanfaat oleh manusia untuk menjana pelbagai kenderaan, menjana elektrik dan juga pelbagai penggunaan di industri yang terdapat di atas muka bumi, tempat petroleum tadi cligantikan dengan air atau air laut. Air tidak sama dengan petroleum. Amaun minyak yang clikeluarkan daripada perut bumi amat banyak. 1 tong minyak adalah bersamaan dengan 5.78 juta BTU (British Thermal Unit). Dengan kata lain, dalam tahun 1990 dan 2001 dunia telah mengeluarkan 60.3 juta tong dan 70.0 juta tong minyak, dan dalam tahun 2010 dan 2025 dunia dijangka mengeluarkan 81.5 juta tong dan 107.8 juta tong minyak. Akibat pengeluaran minyak yang terlalu banyak dan ticlak boleh diganti, permukaan bumi tidak lagi menjadi stabil, dan dalam masa yang lama gempa bumi mungkin terjadi akibat ketidakstabilan struktur permukaan bumi.
Petroleum juga adalah bahan hidrokarbon yang mengandungi unsur-unsur sulfur, karbon dan juga nitrat. Apabila petroleum dibakar di dalam enjin kenderaan dan kilang, gas-gas nitrat, sulfik dan juga karbonik akan dihasilkan. Gas-gas ini dilepaskan ke udara. Dalam keadaan kuantiti gas ini yang sedikit, ia tidak membimbangkan. Tetapi apabila bilangan kenderaan dan penggunaan minyak sudah menjadi cukup banyak, dan masyarakat perlu menggunakan sumber tenaga ini dalam aktiviti kehidupan seharian mereka, kuantiti gas beracun yang terhasil akan menjadi cukup banyak. Hasil kajian di United Kingdom mendapati, sebuah kereta salon sederhana yang bergerak sekitar 20 km sehari dengan purata perjalanannya 240 hari setahun, menghasilkan 6336 kg gas karbon dioksida setahun! bagaimana dunia dicemari dengan gas beracun hasil daripada pembakaran minyak petroleum.
Di udara, gas-gas ini akan bertemu dengan air hujan dan menjadi asid. Hujan yang turun akibat pencemaran udara menjadi hujan asid. Hujan asid boleh memudaratkan dan merencat proses f6tosintesis pada tumbuh-tumbuhan. Akibatnya pertumbuhan pokok akan terencat. Hujan asid juga akan menyebabkan berlakunya proses hakisan pada bangunan dan melunturkan cat yang dicat di bangunan-bangunan. Semua fenomena yang berlaku ini akan menyebabkan alam sekitar tidak menjadi tempat yang selamat untuk didiami. Ini baru fenomena akibat pembakaran petroleum. Data dan perangkaan ini akan menjadi lebih dahsyat lagi apabila kita melihat ujian bom nuklear yang dilakukan oleh negara maju dan begitu juga dengan pencemaran dan kemusnahan yang disebabkan oleh pengeboman dan pembunuhan di negara-negara yang terlibat dengan kancah peperangan. Gas yang dihasilkan oleh pembakaran petroleum juga merupakan gas rumah hijau. Gas rumah hijau adalah gas yang boleh memerangkap sinaran matahari dalam julat panjang gelombang yang panjang yang berada di permukaan bumi. Gas ini bertindak seperti bumbung kaca rumah hijau yang digunakan untuk menanam tanam-tanaman pada musim sejuk. Akibat fenomena ini (terperangkapnya sinaran matahari yang mempunyai panjang gelombang yang panjang), suhu di permukaan bumi di bawah lapisan atmosfera akan menjadi panas. Ada dua kesan negatif peningkatan suhu udara di permukaan bumi. Pertama, salji yang berada di Kutub Utara dan Selatan akan cair. Para saintis menganggarkan peningkatan suhu udara sebanyak 10C akan mengakibat paras air laut akan meningkat sehingga 30 cm (sekitar 1 kaki) akibat daripada salji yang cair. Sebahagian kawasan yang padat dengan penduduk adalah di sekitar pantai. Akibatnya sebahagian daripada kawasan berhampiran pantai akan berubah muka buminya. Begitu juga dengan glasier atau sungai salji akan cair akibat pemanasan global ini. Akibatnya air sungai akan melimpah dan boleh menyebabkan banjir di kawasan sekitar muara sungai.
Kesan kedua adalah peningkatan suhu global yang akan menyebabkan lebih banyak air tersejat daripada permukaan bumi di sesuatu kawasan. Fenomena ini akan menyebabkan keseimbangan suhu udara di permukaan bumi akan terjejas. Akibatnya akan berlaku musim kemarau yang berpanjangan di sesuatu kawasan, manakala kawasan yang lain pula akan berlaku hujan turut dengan lebat yang boleh menyebabkan banjir clan tanah runtuh. Kesan ini telah dan seclang dirasai oleh penduduk dunia hari ini seperti kesan El Nino dan La Nina seperti yang diperkatakan ramai, yang sebelum ini tidak pernah terjadi dengan ketara. Semua fenomena ini berlaku kerana bumi sudah ticlak berada dalam keadaaan tabii dan seimbang. Dengan kata lain, sifat tabii alam terganggu akibat daripada perbuatan tangan-tangan manusia sendiri.
Kita boleh menyebut pelbagai lagi contoh bagaimana alam tabii boleh tercemar akibat daripada perbuatan tangan-tangan manusia yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam sains dan teknologi, tetapi dangkal ilmunya mengenai ketuhanan yang menyebabkan mereka tidak lagi bertanggungjawab kepada Allah S.W.T., apatah lagi kepada sesama. manusia. Kita fidak menolak pembangunan, kerana pembangunan akan menjadikan kehidupan kita lebih berkualiti dan selesa. Tetapi pembangunan yang fidak dirancang, yang fidak mengambil kira ketertiban dan keharmonian alam tabii, akan mendatangkan banyak kerosakan daripada kebaikan.
Secara umumnya dapat kita katakan bahawa alam tabii bersifat harmoni, stabil dan mendamaikan. Pencemaran berlaku akibat claripada keharmonian alam tabii diganggu. Fenomena-fenomena besar seperti gelombang besar tsunami, banjir kilat, tanah runtuh, perubahan cuaca dan pemanasan. global, kemarau panjang, runtuhan salji dan sebagainya adalah akibat daripada keharmonian. alam ini terganggu. Gangguan kepada alam tabii ini adalah hasil buatan tangan-tangan manusia seperti firman Allah S.W.T. dalam surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud,
"Telah timbulpelbagaikerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbuInya yang demikian) kerana Alloh hendak merasokon mereka sebahagian daripada balasan perbuatanperbuotan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) "
(Surah al-Rum: 41)
Perbuatan. buruk di sini disamakan dengan. perbuatan maksiat (JAKIM, 1980). Dengan kata lain, semua perbuatan yang tidak mengikut peraturan tertentu yang bersifat tabii yang mengikut fitrah manusia dan alam adalah dianggap maksiat. Dengan demikian, perbuatan mencemarkan alam, sama ada daratan, udara atau air (sungai dan laut) adalah dianggap perbuatan maksiat. Sekiranya maksiat yang bersifat peribadi merupakan perbuatan. Manusia bersifat di luar tabii yang dilakukan secara individu (seperti minum arak, berzina, mengumpat, tidak amanah clan sebagainya), maka maksiat kerana mencemarkan alam memberi kesan juga kepada orang dan makhluk yang lain dan perbuatan ini boleh merosakkan alam keseluruhannya serta memberikan lebih banyak musibah clan bencana alam kepada seluruh alam.
PEMULIHARAAN ALAM TABII
Telah dibincangkan di atas bagaimana alam tabii berada dalam fitrahnya dengan mengikut peraturan dan norma-norma tertentu yang dapat diramalkan sifatnya. Sifat tabii alam ini dapat difahami dengan jelas melalui ilmu sains tabii, manakala teknologi adalah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia dapat menggunakan ilmu sains untuk kepentingan manusia. Pencemaran alam pula berlaku kerana manusia, setelah memahami tabii alam ini, merosakkan tabii alam dengan aktiviti pembangunan yang ticlak dirancang. Dengan kata lain, alam ini diterokai sambil mengabaikan keteraturan dan fitrah alam.
Proses pemuliharaan alam tabii adalah proses memulih dan memelihara alam ini agar tidak rosak dan mencemarkan. Biasanya alam yang telah rosak akibat daripada kerosakan tabiinya agak sukar untuk dibaik pulih. Untuk membaik pulih, ia memerlukan proses yang terlalu lama kerana proses pengekalan sifat tabiinya sudah terjejas.
Di peringkat antarabangsa, usaha yang terbaik untuk memastikan alam tidak tercemar dan rosak, dilakukan dengan mengadakan persepakatan bersama. Membangun bersama-sama, dan berusaha dengan sungguh-sungguh agar peperangan dapat dielakkan. Deklarasi yang dilakukan oleh UNDP (United Nation Development Programme) di Rio de Jenerio (1992) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan usaha yang cukup baik. Namun persoalannya sejauhmana negara-negara di dunia, terutamanya negara maju beriltizam untuk me-laksanakan perjanjian dan deklarasi ini.
Di peringkat negara dan individu, usaha terbaik untuk mengekalkan alam tabii ini adalah melalui pendidikan clan berusaha pula untuk menyepadukan ilmu yang membolehkan manusia memahami alam tabii (yakni ilmu sains) dengan ilmu yang membolehkan manusia mengenal Tuhannya (yakni ilmu agama). Tetapi ini adalah suatu usaha yang sukar sekiranya manusia menerima bahawa i1mu agama adalah i1mu milik peribadi sebagaimana yang Barat, fidak sebagai i1mu yang membentuk tata cara hidup seseorang. Selagi manusia fidak ditanam dengan fahaman bahawa alam ini perlu dibangunkan dan tanggungjawab dengan Tuhannya fidak boleh diabaikan, selagi itulah isu mengenai pemuliharaan alam tabii fidak akan selesai.
Dalam hal ini, dialog peradaban sebagai usaha untuk saling memahami antara satu dengan lain amatlah penting. Dialog peradaban pula tidaklah boleh ditujukan kepada perbincangan antara agama dan budaya semata-mata. Lebih daripada itu, dialog peradaban perlu dilihat daripada aspek Peradaban Tamadun Barat kini dengan peradaban yang berasaskan agama.

Untuk mensepadukan antara sains yang membolehkan manusia memahami tabii alam, dengan ilmu agama yang membolehkan manusia mengenal Tuhannya, supaya aktiviti manusia untuk meneroka khazanah yang terkandung di dalam alam ciptaan Allah S.W.T. ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya, dan dalam masa yang sama nilai-nilai agama itu dapat dihayati sepenuhnya untuk menjadikan. manusia itu sebagai khalifah Allah S.W.T., maka beberapa konsep asas perlu difahami. Konsep tersebut termasuklah;
Konsep agama sebagai ad-din, yakni konsep agama sebagai sistem hidup manusia. Agama yang menentukan arah dan matlamat hidup ~s~eorang. Agama yang menggariskan erti k-ehidupan dan juga erti kebahagiaan kepada diri seseorang. Agama yang mempunyai nilai falsafah dan membina konsep dan prinsip hidup seseorang. Agama tidak bolch hanya dilihat dari segi aspek 'ritual' atau bagaimana seseorang itu berkomunikasi dengan Tuhannya, tetapi agama juga perlu dilihat dari aspek bagaimana manusia berinteraksi sesama mereka dan dengan alam di persekitarannya. Dengan demikian kehidupan seseorang insan akan dinaungi oleh falsafah hidup ini dan peraturan alam kehiclupan seseorang akan terbatas kepada suruhan clan larangan yang terclapat dalam agama tersebut.
Konsep alam tabii, Konsep bahawa alam ini mempunyai peraturan dan norma-norma tertentu yang mesti dipatuhi. Alam ini mempunyai fitrah yang perlu diikuti. Apabila keteraturan alam tabii dilanggar atau tidak dipatuhi akibat aktiviti manusia, maka alam akan musnah dan hancur akibat daripada keticlakaturan alam. Semua orang perlu bertanggungjawab untuk menjaga dan memastikan bahawa alam ini tidak terkeluar daripada norma-norma tabiinya supaya alam ticlak tercemar. Bermula dengan ticlak membuang sampah di merata-rata tempat secara individu, sehinggalah kepada aktiviti menebang pokok dan meruntuh bukit secara ticlak dirancang dan menyalahi peraturan alam, walaupun atas nama pembangunan. Apa ertinya pembangunan sekiranya kos yang diperlukan untuk memulih alam menjadi terlalu tinggi dengan memakan masa yang terlalu lama untuk dipulihkan.
Konsep manusia sebagai insan, Manusia ticlak boleh disamakan dengan binatang. Manusia mempunyai sifat keinsanan yang terpuji, manakala binatang tidak mempunyai sifat ini. Lebih tinggi dan terpuji sifat keinsanannya, lebih tinggilah tanggungjawabnya terhadap alam sekitarnya, dan lebih kuranglah musibah yang dilakukan terhadap alam di sekitarnya. Sifat keinsanan ini terjelma dalam sahsiah, budi pekerti dan tingkah laku seseorang sewaktu ia berinteraksi dengan alam. Makhluk yang bernama insan ini bukan sahaja dapat mengenali alam dan mengambil manfaat daripadanya, malah ia dapat mengenali Tuhan yang menciptakan alam ini, dan yang mencipta alam ini dengan memiliki fitrah yang terpuji.
Konsep ilmu (‘ilm) yang termasuk di dalamnya konsep ma'rifah. Konsep ilmu dan matrifah amat luas. Namun konsep ilmu dan ma'rifah dalam pemuliharaan alam tabii bermaksud kemampuan seseorang mendatangkan maklumat yang benar (berdasarkan kepada pemerhatiannya kepada alam tabii) yang membolehkan dirinya sedar diri tentang Tuhannya, dan bertanggungjawab dalam usahanya untuk membangunkan alam ini. Konsep ilmu tidak boleh hanya dibataskan kepada ilmu sains sahaja sebab ilmu sains hanya mementing dan memutlakkan akal sahaja, dan menolak segala yang tidak dapat dimantikkan secara sistematik. Sedangkan ilmu yang berhubung dengan konsep Tuhan tidak mungkin diperoleh hanya semata-mata dengan ilmu sains dan teknologi. Pemuliharaan alam sekitar atau alam tabii memerlukan kepada mereka yang sedar diri dan bertangggungjawab kepada Tuhannya dan juga kepada alam di persekitarannya.
Konsep kebijaksanaan atau hikmah dalam proses amal. Dalam usaha membangun tamadun manusia, manusia perlu melakukan pelbagai aktiviti dan kreativiti termasuk aktiviti penerokaan alam. Alam perlu diteroka dengan penuh hikmah dan bijaksana agar tidak terjejas kestabilan tabiinya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia soluruhnya. Kebijaksanaan dalam membangunkan alam memerlukan kepada yang bukan sahaja arif tentang sains dan teknologi, tetapi juga memahami konsep kebahagiaan dan juga hubungan yang baik sesama manusia dan alam sekitar, menghormati agama, budaya, adat dan kelaziman sesuatu kaum atau bangsa. Dengan demikian pembangunan, yang mencakupi pembangunan insan dan alam perlu dilaksanakan dengan penuh hikmah.
Konsep keadilan ('adl) yang bukan sahaja terbatas kepada keadilan sesama manusia, tetapi juga keadilan kepada alam sekitar. Untuk berlaku adil seseorang itu perlulah sedar diri terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan yang berhubung dengan alam persekitarannya. Misalnya perbuatan. membuang sampah di merata-rata tempat adalah perbuatan. yang tidak adil. Kerana tidak adil, perbuatan begini disebut sebagai zalim. Begitu juga dengan perbuatan menebang pokok sesuka hati, meruntuh bukit sewenang-wenangnya, mengubah aliran sungai, mengambil pasir sungai tanpa perancangan yang rapi, dan pelbagai perbuatan yang boleh merosakkan alam persekitaran dan tabii merupakan suatu tindakan zalim yang perlu dibenteras dengan sungguh-sungguh. Sebab natijahnya, bumi ini akan rosak, dan kos yang diperlukan untuk membaik pulih adalah terlalu besar, di samping mengambil masa yang terlalu lama untuk memulihnya.
Konsep amal dalam usaha untuk menabur bakti dan menjalankan fungsinya sebagai khalifah. Amal perlu dilihat dalam aspek memakmurkan alam ini, dan dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan. Amal juga perlu dilakukan kerana rasa tanggungjawab kita dengan Tuhan, sesame manusia dan dengan alam persekitaran. Dengan demikian terdapat batas-batas tertentu di mana amal tersebut dilaksana. Amalan yang dilakukan perlulah menepati ciri-ciri ibadah yang di dalamnya termasuk menghayati objektif tentang amal yang akan dilakukan, iaitu dengan mernatuhi peraturan dan kaedah tertentu dan dilaksanakan dengan penuh adab dan akhlak terpuji.
Konsep adab dan akhlak. Adab tidak boleh dibataskan fahamannya kepada perlakuan yang betul, yang dilakukan pada masa dan suasana tertentu sahaja. Lebih dari itu adab perlu difahami dengan konsep yang lebih luas mencakupi fahaman diri tentang perkara yang dilakukan, dan bagaimana diri tersebut bertindak dengan apa yang berlaku di persekitarannya. Manakala akhlak adalah segala sifat terpuji yang dimiliki oleh makhluk yang bernama insan. Termasuk dalam konsep akhlak adalah sifat terpuji diri termasuk amanah, jujur, ikhlas, sabar, berlapang dada, tunai janji, tepati waktu, tidak memakan perkara yang haram yang boleh merosakkan diri, tidak mengambil hak orang lain, menunai hak sesama manusia dan menunai hak Tuhannya dengan penuh sedar dan rasa rendah diri.
Konsep di atas tidak dapat dibincangkan secara terperinci dalam rencana yang terbatas ini. Pastinya dalam Islam konsep di atas adalah berbeza-beza dengan konsep yang difahami dalam pemikiran dan tamadun Barat. Dengan pemahaman tentang konsep ini, adalah cliharapkan agar pengetahuan sains clan teknologi clapat clibangunkan sebagai fungsinya yang sebenar untuk memahami tabii alam clan mengambil manfaat daripadanya, bukan sebagai satu-satunya ilmu yang mendominasai dan mewarnai disiplin ilmu lain, apatah lagi menjaclikannya sebagai saintisme (fahaman hidup yang segala-galanya perlu dilihat dari kaca mata sains). Dalam masa yang sama tanggungjawab sebagai insan clapat dilaksanakan agar kesejahteraan menyeluruh dapat dinikmati oleh semua makhluk di alam ini.


KESIMPULAN
Pembangunan sesebuah tamadun dan peradaban manusia ticlak akan terbina tanpa usaha memakmur dan membangunkan alam ini secara seimbang clan sepadu. Pembangunan yang hanya mementingkan alam clan mengabaikan aspek keinsanan manusia akan lebih banyak mengunclang bencana keburukan daripada kebaikan.
Aktiviti sains clan teknologi yang bebas daripada ajaran agama akan banyak mengunclang musibah daripada kebaikan, sebab sains tidak memberikan suatu arah ke mana seharusnya aktiviti sains itu harus ditujukan. Natijahnya mantisia akan meletakkan hawa nafsunya untuk meneroka alam ini semahu-mahunya tanpa clibimbing sebarang ajaran Ilahi. Akhirnya keseimbangan alam tabii akan terjejas, yang kemudiannya menjejaskan alam sekitar.
Walaupun terclapat perbezaan yang nyata tentang pendekatan yang digunakan dalam menjelaskan fenomena alam menurut perspektif Islam dan Barat, namun kita tidak dapat menafikan tentang kepentingan ilmu sains dan teknologi ini. Ilmu sains mesti dikuasai dengan baik dan usaha pembangunannya mesti diteruskan demi pembangunan diri, keluarga, masyarakat clan negara. Malah, sejarah telah menunjukkan yang sesuatu tamadun itu ticlak mungkin dibangunkan tanpa pencapaian ilmu sains dan teknologi yang setanding dengan zamannya. Pembinaan Piramid dan Tembok Besar Negera China telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam tamadun mereka berasaskan sains dan teknologi mereka pada masa itu. Begitu juga dengan sains perubatan, senibina clan sebagainya.


Namun kita tidak dapat nafikan bahawa tamadun tamadun besar terdahulu hancur dan musnah akibat ticlak adanya penghayatan yang utuh tentang nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang dijelmakan melalui penghayatan nilai murni dan kerohanian yang tinggi. Pembangunan sains clan teknologi dalam acuan Barat hanya memutlakkan akal dan menolak agama. Negara akan hancur sekiranya kita mempunyai orang yang berliterasi tetapi fidak terdidik (literate but educated), yang mempunyai keahlian dan kemahiran yang tinggi dalam ilmu sains Barat tetapi fidak mempunyai nilai adab, akhlak dan efika yang murni. Kita memerlukan manusia yang mempunyai gabungan dan kesepaduan antara dua akal seperti yang diajukan oleh Islam untuk membangunkan diri, masyarakat, negara dan dunia ini keseluruhannya. Namun demikian ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan. Sebagai penutup, marilah sama-sama kita renungi kata-kata Einstein dalam melihat pembangunan alam berdasarkan sains dan teknologi.
The world is a dangerous place, not because of those who do evil, but because of those who look on and do nothing (Dunia ini adalah tempat yang paling bahaya, bukan kerana terdapat orang jahat, tetapi kerana terdapat orang-orang yang hanya memerhati dan tidak membuat apa-apa)
Technological change is like an axe in the hands of a pathological criminal. (Perubahan teknologi-adalah seperti kapak di tangan penjenayah yang sakit)
The man who regards his own life and that of his fellow creatures as meaningless is not merely unfortunate but almost disqualifed for life. (Manusia yang menganggap dirinya dan makhluk yang serupanya tidak bermakna, bukan hanya tidak bernasib baik, malah tidak layak untuk hidup)
Sains tanpa agama ... buta sains, agama tanpa sains………………. tempang

Sumber:Jakim