Bengkel di atas telah berjaya diadakan pada 6-7 hb Julai 2009 bertempat di Hotel Grand Margherita Kuching Sarawak.Seramai 26 orang peserta, kesemuanya dari Semenanjung Malaysia dari pelbagai Jabatan Kerajaan, telah menghadiri bengkel tersebut.Selaku fasilitator bengkel, saya rasa bangga dan berpuas hati kerana kesemua para peserta telah menunjukkan minat dan telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan bengkel ini.
Harapan saya agar para peserta dapat mengamalkan tip-tip yang telah diberikan, dapat semua peserta akan menjadi lebih hebat lagi di tempat kerja.
Showing posts with label bengkel. Show all posts
Showing posts with label bengkel. Show all posts
Saturday, July 11, 2009
Monday, May 25, 2009
Bengkel Pembantu Tadbir Cemerlang
Pada 20 dan 21 Mei lalu, Bengkel Pembantu Tadbir Cemerlang telah diadakan di Bayu Beach Resort Port Dickson di mana saya telah bertindak sebagai fasilitatornya.Seramai 16 orang peserta wanita dan 2 orang peserta lelaki dari pelbagai Jabatan Awam Dan Swasta telah menghadirinya.Kesemua peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi dalam program tersebut.Diharapkan semua peserta akan dapat banyak faedah hasil dari bengkel tersebut.
Syabas kepada semua para peserta.
Syabas kepada semua para peserta.
Saturday, May 2, 2009
Program Bersama Biro Wanita di Kucing Sarawak
Pada 29 dan 30 April lepas saya telah berkesempatan mengendalikan Bengkel Pengurusan dan Kepimpinan Dinamik bertempat di Bangunan Biro Wanita , Kementerian Sosial dan Urbanisasi di Kuching Sarawak .Seramai 27 orang peserta wanita dari pelbagai Jabatan di Bandar Kuching telah menghadiri Bengkel tersebut.Para peserta telah berjaya memberi kerjasama yang baik dan telah melibatkan diri sepenuhnya dalam semua aktiviti yang telah dijalankan.Semoga para peserta mendapat manfaat dari bengkel tersebut.Terima kasih kepada penganjur dan para peserta.
Thursday, August 14, 2008
Bengkel Pembantu Tadbir Cemerlang
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua para peserta BENGKEL PEMBANTU TADBIR CEMERLANG yang baru berlangsung pada 12 - 13hb Ogos 2008 bertempat di Bangunan Kompleks MAWAR Johor Bahru.Semua para peserta telah menunjukkan minat yang tinggi semasa bengkel berjalan.Saya berharap segala apa yang dipelajari dapat diamalkan agar prestasi kerja semua para peserta dapat ditingkatkan.
Saya terharu kerana kesanggupan peserta datang dari jauh.Ada peserta dari Sabah, Pulau Pinang,Bintulu,Kuala Lumpur,Melaka dan Johor.Kepada semua peserta selamat Maju Jaya!
Saya terharu kerana kesanggupan peserta datang dari jauh.Ada peserta dari Sabah, Pulau Pinang,Bintulu,Kuala Lumpur,Melaka dan Johor.Kepada semua peserta selamat Maju Jaya!
Subscribe to:
Comments (Atom)

