Friday, July 3, 2009

Berfikir Proaktif
Oleh DR. SIDEK BABA

BERFIKIR proaktif ialah suatu kemahiran berfikir secara positif yang melibatkan perancangan teliti dan rapi supaya hasilnya menjadi. Berfikir proaktif tidak saja memberi respons kepada sesuatu masalah yang dihadapi tetapi difikirkan bagaimana sesuatu masalah itu dapat dileraikan dan jalan keluarnya dicari. Sesuatu masalah tidak hanya dilihat sebagai masalah, ia dikaji dan diteliti sebab-musababnya, di cari jalan keluarnya dan diberi alternatifnya.

Seorang remaja umpamanya, mengalami masalah kenakalan, merosakkan harta awam adalah remaja yang bermasalah. Berfikir proaktif membawa seseorang mendekati remaja itu, melakukan komunikasi dan nasihat, mendengar masalah dan rintihannya, menawarkan jalan keluar, berkawan dengannya dan akhirnya remaja itu mungkin kembali semula ke jalan yang baik.

Seorang pelajar yang bosan untuk belajar kerana perpecahan dalam keluarga didekati oleh rakan yang prihatin, memberikannya galakan dan nasihat, membantunya dalam kerja-kerja sekolah, berkawan dengannya dan akhirnya pelajar itu yakin semula tentang pentingnya ilmu dan pendidikan.

Seorang remaja lain yang baru belajar menghisap rokok, didampingi oleh sahabat baiknya dengan nasihat yang berterusan supaya menghentikan rokok dengan menyatakan akibat buruk merokok secara perlahan-lahan dapat diselamatkan akibat terpengaruh dengan rakan yang lain.
Semua perbuatan baik yang dinyatakan di atas adalah langkah proaktif yang dilakukan supaya suatu keadaan yang mulanya tidak baik bertukar menjadi baik semula. Berfikir ke arah sesuatu yang positif, pembaikan dan penyelesaian dikatakan sebagai berfikir proaktif.

Dalam tradisi Islam, berfikir proaktif adalah sesuatu yang amat digalakkan. Rasulullah s.a.w. dalam usaha dakwah awalnya di Mekah, mendekati bapa saudaranya Abu Talib untuk menyatakan kebenaran terhadap Islam sebagai agama tauhid.

Rasulullah tidak saja melihat bapa saudaranya sebagai seseorang yang mempunyai hubungan darah tetapi yang lebih utama bagaimana bapa saudaranya boleh kembali menganut ajaran yang benar dan diredai Allah.

Tugasnya sebagai daie atau pendakwah adalah tanggungjawab yang utama, Pemberi hidayah adalah kerja yang Maha Berkuasa. Ikhtiar adalah usaha manusia, membukakan hatinya untuk menerima Islam adalah kerja Allah s.w.t.

Muaz bin Jabal apabila ingin dihantar oleh Rasulullah sebagai Gabenor ke Yaman ditanya oleh baginda tentang bagaimana urusan kenegaraan dapat dilakukan dengan baik.

Muaz bin Jabal mengatakan bahawa akan menggunakan al-Quran sebagai sumber utama. Kalau tidak ada di dalam al-Quran, ia akan menggunakan sunah Rasulullah s.a.w. dan kalau tidak ada sunah Rasulullah, ia akan mengggunakan ijtihad. Rasulullah amat berpuas hati dengan kenyataan Muaz itu. Itulah pemikiran proaktif yang dimiliki oleh seorang Gabenor dalam mengurus negara Yaman.

Remaja Islam harus memiliki upaya berfikir secara proaktif yang tinggi. Para remaja hari ini sering berdepan dengan berbagai cabaran sama ada yang berkaitan dengan cita-cita, perasaan, tekanan hidup, keremajaan, pergaulan apalagi percintaan. Berfikir proaktif boleh membimbing remaja supaya tidak hilang pedoman apabila berdepan dengan cabaran dan masalah, bersikap positif terhadap sesuatu perkara yang berlaku walaupun ia pedih dan pahit dan sentiasa memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah.

Berfikir

Tanpa memiliki upaya berfikir yang proaktif, para remaja boleh buntu dalam berdepan dengan sesuatu masalah, hilang pedoman bila menghadapi kebuntuan atau melakukan sesuatu tanpa banyak pertimbangan hingga menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Jalan keluar kepada sesuatu masalah tidak ada dan akhirnya kebinasaan yang ditempa.

Sebelum melakukan sesuatu remaja harus terlebih dahulu memikirkan buruk baiknya sesuatu. Ada ketikanya akibat dorongan naluri dan nafsu remaja melakukan sesuatu kerana ingin mencuba, hasrat yang meluap-luap, terpengaruh dengan rakan sebaya atau ingin melepaskan rasa kekecewaan dan kehampaan terhadap sesuatu.

Akhirnya para remaja terjebak dengan amalan salah guna dadah atau pergaulan yang lepas bebas. Akibatnya para remaja hilang arah dan buntu mencari jalan kembali. Bila ini berlaku remaja merasa lazat dan seronok yang sementara dan akhirnya timbul ketagihan yang berkekalan dan akan membawa akibat buruk terhadap diri remaja.

Sebelum mengambil dadah atau terjebak dalam pergaulan yang lepas bebas, remaja harus berfikir dulu tentang baik-buruknya perbuatan tersebut.

Banyak bukti dan banyak musibah yang boleh disaksikan tentang betapa bahayanya dadah dan pergaulan yang lepas bebas. Sebab itulah para remaja Islam perlukan asas agama dan akhlak supaya mereka memiliki benteng dan sempadan memilih yang buruk atau pun yang baik. Tanpa asas agama dan pertimbangan akhlak para remaja mudah terjebak dengan amalan salah laku.
Berfikir proaktif harus dikaitkan dengan nilai syarak. Maksud kepada peraturan syarak ialah untuk menjaga agama, maruah, akal fikiran, harta dan juga keturunan.

Sekiranya remaja kita berfikir secara syarie iaitu mematuhi hukum-hakam Allah, ia berkait rapat dengan maslahah atau kepentingan remaja sendiri. Islam tidak menyekat para remaja untuk bergaul.

Berfikir secara syarie dan proaktif membawa remaja berfikir bahawa ditahap remaja yang nafsunya meluap-luap, tanpa batasan pergaulan boleh mendorong perkara-perkara yang tidak baik.

Islam mengambil pendekatan pencegahan lebih baik dari mengubati. Sekiranya sesuatu telah terjadi, selalunya payah untuk dihentikan atau diubati. Nafsu-nafsi sudah menguasai diri dan pertimbangan akal tidak memberi makna apa-apa. Yang dipentingkan ialah kesedapan dan kelazatan yang sementara.

Berfikir proaktif secara syarak boleh membawa remaja berfikir di sebalik batasan hukum dan halangan syarak ada hikmah besar iaitu bagi menjaga maslahah remaja supaya tidak terjebak dengan perangkap nafsu nafsi yang kadang-kadang tidak mengenal batasan akibat.

Remaja Islam yang berfikir proaktif sentiasa mengatur jalan hidupnya secara terancang. Apabila bercita-cita tinggi ia membangunkan cita-citanya dengan usaha dan kesungguhan, dengan perancangan dan persiapan dan akhirnya cita-cita itu dapat dipenuhi.

Cabaran
Apabila berdepan dengan cabaran, ia tidak mudah putus asas. Dicarinya jalan bagaimana cabaran dapat diatasi dan jalan cita-cita tetap dilalui. Apabila bertemu kegagalan, ia tidak putus harap sebaliknya terus berusaha memperbaiki keadaan, membina strategi bijaksana supaya cita-cita tetap dipenuhi.

Remaja yang berfikir proaktif akan sentiasa mempunyai jalan keluar dalam hidup. Ia tidak mudah buntu dalam menghadapi kerenah hidup. Ia tidak mudah putus asa apabila menghadapi kegagalan.

Kerenah hidup baginya adalah pengalaman yang berguna dan kegagalan adalah ujian yang perlu dilalui. Sikap proaktif menjadikan remaja tetap yakin bahawa dihujung terowong akan ada cahaya yang menanti.

Dihujung setiap usaha akan ada hasilnya. Dan dihujung cita-cita akan ada kejayaannya. Tanpa berfikir proaktif remaja akan tewas sebelum perjalanan sampai dan remaja akan terjebak dalam belitan hidup sehingga tidak mampu melepaskan diri lagi. Berfikir proaktiflah yang boleh membantu remaja memilih jalan yang baik atau sebaliknya.
- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

HEBATKAH ANDA????

Apa itu HEBAT??

H – Hasrat atau keinginan yang tinggi untuk berjaya. Akan terus berusaha walau apa cara sekalipun.

E – Emosi yang terkawal, walau pun tertekan, putus asa, dan sebagainya masih dapat mengawal emosinya. kritikan yang di terima bukan menjatuhkannya malah menaikkannya lebih tinggi. walaupun kritikan yang diterima itu pada hakikatnya ingin menjahanamkannya..

B – Berani mengeluarkan idea dan berani merialisasikan idea tersebut.

A – Atitude atau sikap yang ditunjukkan atau di ambiL untuk berjaya.

T – Tindakan, Dan perlu ditegaskan semua ini tidak akan terlaksana tanpa tindakan.

Memang sukar untuk menjadi insan HEBAT tetapi ianya bukan satu perkara yang MUSTAHIL .

10 penyebab yang menciptakan kegagalan



1 Kurang jelas tujuan hidup.

2. Kurangnya keyakinan untuk mencapai hasil yang lebih.

3. Kurang disiplin.


4. Terlalu berhati‑hati.


5. Kurang Teguh.


6. Kepribadian yang buruk.


7. Menginginkan sesuatu hal yang tidak berguna.

8. Kurang konsentrasi dalam berusaha.


9. Tidak bersemangat

10. Ego

Monday, June 29, 2009

30 SIKAP PEKERJA CEMERLANG

 Dari kajian yang dijalankan diseluruh dunia, 2,000 CEO telah ditanya tentang sifat yang harus ada pada setiap pekerja.
 Keputusannya adalah seperti berikut.
 Namun, adakah ini merupakan kemahiran sifat atau sifat ini ada pada anda?


 Honesty (Amanah)
 Competitive (kompetitif)
 Positive attitude (sikap positif)
 Persistence
 Patience (sabar)
 Hardworking (kuat bekerja)
 Integrity
 Humility
 Sense of Humor
 Drive (dorongan)
 Determination
 Confidence (keyakinan)
 Responsible ( bertanggung jawab)
 Motivated (bermotivasi)
 Communicator (berkomunikasi)
 Organised (terurus)
 Listener (pendengar yang baik)
 Pride
 Empathy
 Singe-minded
 Decisive (boleh buat keputusan)
 Belief (kepercayaan)
 Goal oriented (berasaskan matlamat)
 Learner
 Enthusiasm (bersemangat)
 Common sense
 Detail master (terperinci)
 Dependable
 Dedicated (berdedikasi)
 Loyalty (setia/patuh)


Jawapannya yang tertera adalah 30 tetapi
 25 merupakan sifat
 4 lagi adalah kemahiran yang berkait dengan sifat
 1 lagi adalah kemahiran yang diperlukan.
Hakikatnya, itu semua adalah SIFAT ANDA!
MENGAPA MATLAMAT GAGAL?


Tidak ditulis secara hitam putih

• Mengikut prinsip perancangan matlamat, setiap matlamat hendakalah ditulis
secara hitam putih.

• Tersimpan dalam pemikiran akan hilang atau lenyap begitu sahaja.


Tidak tahu kepentingan dan bagaimana hendak merancangnya

• Perancangan terlu lama.

• Menghalang kita daripada melihat kesan segera.

• Akan hilang kepercayaan atau patah semangat.

• Perlu beri penekanan kepada prinsip jangka pendek, sederhana dan panjang.


Tidak yakin kebolehan diri sendiri

• Tanpa keyakinan diri adalah mustahil bagi kita untuk mendapat apa yang
kita cita-citakan.

• tanpa keyakinan kita tak dapat mengenal pasti dan menggunakan segala bakat
dan potensi yang ada dalam diri.

• Perlu yakin, kita boleh laksanakan.


Berfikiran negatif

• Seseorang yang berfikiran negatif sentiasa menganggap matlamat yang telah
ditetapkan sukar dicapai.

• enggan membuat imiginasi dan bersikap positif.

• lebih menilai halangan dan masalah.

Menjadi mangsa kepada perasaan takut


• Perasaan takut dan bimbang menyebabkan peluang terbentang luas dipersia-
siakan.

• Kemampuan bakat dan potensi akan terkubur jika takut mencuba.

• Semangat yang lumpuh di tengah jalan

• Tidak memiliki semangat yang kuat dalam menempuh dugaan.

• Sememangnya untuk berjaya terdapat berbagai-bagai halangan.

• perlu ada keazaman, ketekunan, ketabahan dan semangat yang kental.

• “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.”

• Sememangnya untuk berjaya terdapat berbagai-bagai halangan.

• perlu ada keazaman, ketekunan, ketabahan dan semangat yang kental.



Bersikap pesimis

• Sikap pesimis adalah batu penghalang dalam mencapai matlamat.

• Sikap pesimis sentiasa berfikir tentang perkara buruk dan menganggap
matlamat yang telah ditetapkan akan gagal.

• Perasaannya selalu gundah, gelisah dan tidak tenteram.

CIRI-CIRI PEKERJA YANG MENJADI REBUTAN MAJIKAN



1. PEKERJA YANG BENAR-BENAR FAHAM DAN MAHIR DALAM KERJAYANYA.
• Sentiasa bangga dengan tugasan yang diberikan.
• Bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya.
• Mudah dikenal pasti oleh mereka yang berurusan dengannya.
• Bila bersara awal, berpeluang menjalankan bisnes sendiri.


2. SENTIASA SEIRING DENGAN MATLAMAT JABATANNYA.

• Sentiasa bersama dengan bosnya untuk mencapai matlamat Jabatan.
• Sanggup menghadapi cabaran dan halangan demi kejayaan Jabatannya.


3.SAYANG KEPADA ORGANISASINYA.

• Sentiasa berminat segala masalah yang dihadapi oleh Syarikat
• atau Jabatannya .
• Mengambil inisiatif merancang kaedah penyelesaian dan
• Mengemukakan kepada ketuanya untuk perbincangan lanjut.
• Sanggup melaksanakan pelan tindakan tersebut
• berdasarkan pengalaman dan kemahirannya.


4.SANGGUP BEKERJA LEBIH

• Bekerja lebih masa; memanjangkan waktu kerjanya.
• Melipatgandakan usahanya lebih daripada rakan-rakan
• tanpa mengharapkan ganjaran lebih.


5.MEMPUNYAI SIKAP YANG TERPUJI

• Bersifat jujur
• Amanah
• Bersikap terbuka
• Bijak berkomunikasi
• Personaliti yang menarik
• Bermotivasi tinggi
• Berakhlak mulia

LUANGKAN MASA

Luangkan masa untuk berfikir
Ia merupakan sumber kekuatan

Luangkan masa untuk bermain
Ia merupakan rahsia keremajaan yang abadi

Luangkan masa untuk membaca
Ia adalah sumber kebijaksanaan

Luangkan masa untuk sembahyang dan berdoa
Ia adalah ketenangan yang paling besar di bumi

Luangkan masa untuk bercinta dan dicintai
Ia adalah perasaan anugerah Tuhan

Luangkan masa untuk beramah-mesra
Ia adalah jalan menuju kegembiraan

Luangkan masa untuk ketawa
Ia adalah irama untuk jiwa

Luangkan masa untuk memberi
Ia mengurangkan sikap mementingkan diri

Luangkan masa untuk bekerja
Ia adalah harga kepada sebuah kejayaan

Luangkan masa untuk beramal jariah
Ia adalah kunci jalan ke syurga