Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, July 17, 2009

DON'T QUIT


When things go wrong as they sometimes will
When the road you're trudging seems all up hill.
When funds are low and the debts are high.
And you want to smile, but you have to sigh.
When care is pressing you down a bit.
Rest, if you must, but don't you quit.


Life is queer with its twists and turns.
As everyone of us sometimes learns.
And many a failure turns about
When he might have won had he stuck it out:
Don't give up though the pace seems slow -
You might succeed with another blow.

Often the goal is nearer than
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up
When he might have captured the victor’s cup.
And he learned too late, when the night slipped down,
How close he was to the Golden crown.

Success is failure turned inside out -

The silver tint of the clouds of doubt-
And you never can tell how close you are.
It may be near when it seems so far:
So stick to the fight when you're hardest hit -
It's when things seem worst that you must not QUIT.

Author unknown

ANDA INGIN BERJAYA ?


*MULAKAN CITA-CITA DENGAN NIAT.

*Setiap perbuatan bergantung pada niat.Oleh sebab itu, niatkanlah kebaikan dalam setiap amalan.Berikanlah manfaat kepada orang lain dan hindari daripada melakukan kejahatan.

*Mulakan kerja yang paling penting kemudian yang kurang penting.Tapi AWAS! Hindarilah daripada perkara-perkara yang mengganggu konsentrasi dan teragihnya tenaga kepada banyak pekerja kerana keadaan ini membingungkan dan melemahkan tubuh.

Friday, July 3, 2009

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN


Jika Anda dilanda masalah, berada dalam masalah dan rasa sakit hati sebab timbulnya masalah dengan tiba-tiba, jangan asyik fikir masalah tu.. sebab, jika Anda memikirkan masalah, akan banyak lagi masalah yang akan datang pada Anda.

Fikiran kita mengeluarkan gelombang. Gelombang ni pula boleh diukur dalam kiraaan Hertz (getaran sesaat) semua gelombang bergetar. Walaupun kita tak nampak gelombang minda ni cemana, tapi ia memang ada.

Sama juga dengan gelombang Astro, arus letrik, gelombang radio, telefon bimbit, Internet wireless, semua gelombang ni kita tak nampak tapi kita yakin ia ada sebab kita nampak kesannya. Begitu juga dengan gelombang minda yang terbit melalui fikiran anda.

Bila Anda sentiasa memikirkan masalah, lebih banyak masalah yang akan timbul kerana fikiran Anda fokus pada masalah dan Anda pula dibelenggu perasaan geram, marah dan tak puas hati bila memikirkannya.

Fikiran sebegini (pasal masalah) jika digabung sekali dengan perasaan (geram, marah, tak puas hati) kuasa tarikannya lebih kuat, maksudnya ia akan menarik lebih banyak masalah dengan lebih cepat kerana Anda tetap melayan rasa dilanda masalah tu tanpa melepaskannya, melupakannya atau berserah saja pada yang maha Esa.

Law Of Attraction sama dengan Law Of Graviti atau yang lebih dikenali dengan hukum graviti. Ia takkan lari atau salah sedikitpun, graviti tetap ada tidak kira di mana jua bila-bila masa. Semua yang kita humban ke atas akan jatuh ke tanah semula, tak kira berapa besar dan berapa berat benda yang kita humbang tu.

Begitu juga dengan hukum tarikan, nama faymesnya Law Of Attraction. Fikiran kita menarik fikiran yang serupa dan segala apa yang terbit dalam fikiran, sama ada sedar atau tidak,. apa saja yang kita fikirkan.

Sebab itu bijak pandai mengatakan , kita adalah apa yang kita fikirkan.

Jika kita fikirkan kita boleh, kita boleh buat apa saja. Kita kita fikir kita takde masalah, bebas dari masalah dan boleh menyelesaiakn apa jua masalah, itulah yang kita akan jadi.

Cuma kebanyakan orang tidak dapat menerima hakikat ini. Jika Anda dilanda masalah, cuba sedaya upaya berfikir nak cari penyelesaian. Jangan syik komplen dan berkata pada diri sendiri Anda seorang yang sentiasa bermasalah semata-mata mahu menarik simpati orang lain.

Apa yang Anda katakan pada diri, apa yang timbul di sanubari Anda dan apa yang Anda bualkan dalam hati, itulah yang akan terbit difikiran Anda. Bila sudah terbit difikiran, ia akan menarik situasi, orang perseorangan atau benda kepada Anda. Inilah hukum Law Of Attration.

Jadi, program semula minda Anda. Bagaimana? selalu baca bahan-bahan motivasi dan yang menaikkan semangat Anda, jangan sesekali dengar kata-kata nista, umpatan dan apa jua perkataan yang negatif. Isikan minda dengan membaca bahan-bahan bacaan yang menaikan semangat Anda, buat apa saja supaya Anda lupa masalah tu.

Fokus pada matlamat Anda. Masalah tu timbul kerana Anda sendiri yang menarikanya datang pada Anda. Walaupun ia belum terjadi, tapi ia timbul dalam kepala Anda sedikt masa lalu, mungkin di minggu lepas, bulan lepas atau 2 bukan yang lepas.

Kita sendiri yang menarik masalah ni, cuma masa ia timbuk difikiran kita, kita tak menyedarinya. Ia muncul begitu saja.

Misalnya, mungkin Anda pernah berfikir sebentar tentang bila-bil yang tertunggak kemudia rasa risau sebab takde cukup sumber kewangan untuk membayarnya. Oleh kerana Anda risau, Anda sentiasa memikirkannya setiap masa. Selain risau, And pula susah hati, gusar dan tak senang duduk memikirkannya.

Dalam erti kata lain, apa yang kita tanam itulah yang akan tumbuh. Anda telah menanam biji benih masalah dalam fikiran Anda. Kemudian, anda menyiramnya dengan rasa gusar, risau, susah hati dan maha tertekan. Ini Anda lakukan setiap hari, sebelum tidur, selepas bangun, time kerja, time berehat, time makan bahkan waktu Anda termenung!

Lalu, benih masalah yang tertanam dalam minda Anda tadi tu kini tumbuh berbunga. Sebab itulah masalah datang pada Anda tak henti-henti. Jadi, kehebatan minda perlu Anda guna untuk memikirkan penyelesaian masalah.
Berfikir Proaktif
Oleh DR. SIDEK BABA

BERFIKIR proaktif ialah suatu kemahiran berfikir secara positif yang melibatkan perancangan teliti dan rapi supaya hasilnya menjadi. Berfikir proaktif tidak saja memberi respons kepada sesuatu masalah yang dihadapi tetapi difikirkan bagaimana sesuatu masalah itu dapat dileraikan dan jalan keluarnya dicari. Sesuatu masalah tidak hanya dilihat sebagai masalah, ia dikaji dan diteliti sebab-musababnya, di cari jalan keluarnya dan diberi alternatifnya.

Seorang remaja umpamanya, mengalami masalah kenakalan, merosakkan harta awam adalah remaja yang bermasalah. Berfikir proaktif membawa seseorang mendekati remaja itu, melakukan komunikasi dan nasihat, mendengar masalah dan rintihannya, menawarkan jalan keluar, berkawan dengannya dan akhirnya remaja itu mungkin kembali semula ke jalan yang baik.

Seorang pelajar yang bosan untuk belajar kerana perpecahan dalam keluarga didekati oleh rakan yang prihatin, memberikannya galakan dan nasihat, membantunya dalam kerja-kerja sekolah, berkawan dengannya dan akhirnya pelajar itu yakin semula tentang pentingnya ilmu dan pendidikan.

Seorang remaja lain yang baru belajar menghisap rokok, didampingi oleh sahabat baiknya dengan nasihat yang berterusan supaya menghentikan rokok dengan menyatakan akibat buruk merokok secara perlahan-lahan dapat diselamatkan akibat terpengaruh dengan rakan yang lain.
Semua perbuatan baik yang dinyatakan di atas adalah langkah proaktif yang dilakukan supaya suatu keadaan yang mulanya tidak baik bertukar menjadi baik semula. Berfikir ke arah sesuatu yang positif, pembaikan dan penyelesaian dikatakan sebagai berfikir proaktif.

Dalam tradisi Islam, berfikir proaktif adalah sesuatu yang amat digalakkan. Rasulullah s.a.w. dalam usaha dakwah awalnya di Mekah, mendekati bapa saudaranya Abu Talib untuk menyatakan kebenaran terhadap Islam sebagai agama tauhid.

Rasulullah tidak saja melihat bapa saudaranya sebagai seseorang yang mempunyai hubungan darah tetapi yang lebih utama bagaimana bapa saudaranya boleh kembali menganut ajaran yang benar dan diredai Allah.

Tugasnya sebagai daie atau pendakwah adalah tanggungjawab yang utama, Pemberi hidayah adalah kerja yang Maha Berkuasa. Ikhtiar adalah usaha manusia, membukakan hatinya untuk menerima Islam adalah kerja Allah s.w.t.

Muaz bin Jabal apabila ingin dihantar oleh Rasulullah sebagai Gabenor ke Yaman ditanya oleh baginda tentang bagaimana urusan kenegaraan dapat dilakukan dengan baik.

Muaz bin Jabal mengatakan bahawa akan menggunakan al-Quran sebagai sumber utama. Kalau tidak ada di dalam al-Quran, ia akan menggunakan sunah Rasulullah s.a.w. dan kalau tidak ada sunah Rasulullah, ia akan mengggunakan ijtihad. Rasulullah amat berpuas hati dengan kenyataan Muaz itu. Itulah pemikiran proaktif yang dimiliki oleh seorang Gabenor dalam mengurus negara Yaman.

Remaja Islam harus memiliki upaya berfikir secara proaktif yang tinggi. Para remaja hari ini sering berdepan dengan berbagai cabaran sama ada yang berkaitan dengan cita-cita, perasaan, tekanan hidup, keremajaan, pergaulan apalagi percintaan. Berfikir proaktif boleh membimbing remaja supaya tidak hilang pedoman apabila berdepan dengan cabaran dan masalah, bersikap positif terhadap sesuatu perkara yang berlaku walaupun ia pedih dan pahit dan sentiasa memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah.

Berfikir

Tanpa memiliki upaya berfikir yang proaktif, para remaja boleh buntu dalam berdepan dengan sesuatu masalah, hilang pedoman bila menghadapi kebuntuan atau melakukan sesuatu tanpa banyak pertimbangan hingga menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Jalan keluar kepada sesuatu masalah tidak ada dan akhirnya kebinasaan yang ditempa.

Sebelum melakukan sesuatu remaja harus terlebih dahulu memikirkan buruk baiknya sesuatu. Ada ketikanya akibat dorongan naluri dan nafsu remaja melakukan sesuatu kerana ingin mencuba, hasrat yang meluap-luap, terpengaruh dengan rakan sebaya atau ingin melepaskan rasa kekecewaan dan kehampaan terhadap sesuatu.

Akhirnya para remaja terjebak dengan amalan salah guna dadah atau pergaulan yang lepas bebas. Akibatnya para remaja hilang arah dan buntu mencari jalan kembali. Bila ini berlaku remaja merasa lazat dan seronok yang sementara dan akhirnya timbul ketagihan yang berkekalan dan akan membawa akibat buruk terhadap diri remaja.

Sebelum mengambil dadah atau terjebak dalam pergaulan yang lepas bebas, remaja harus berfikir dulu tentang baik-buruknya perbuatan tersebut.

Banyak bukti dan banyak musibah yang boleh disaksikan tentang betapa bahayanya dadah dan pergaulan yang lepas bebas. Sebab itulah para remaja Islam perlukan asas agama dan akhlak supaya mereka memiliki benteng dan sempadan memilih yang buruk atau pun yang baik. Tanpa asas agama dan pertimbangan akhlak para remaja mudah terjebak dengan amalan salah laku.
Berfikir proaktif harus dikaitkan dengan nilai syarak. Maksud kepada peraturan syarak ialah untuk menjaga agama, maruah, akal fikiran, harta dan juga keturunan.

Sekiranya remaja kita berfikir secara syarie iaitu mematuhi hukum-hakam Allah, ia berkait rapat dengan maslahah atau kepentingan remaja sendiri. Islam tidak menyekat para remaja untuk bergaul.

Berfikir secara syarie dan proaktif membawa remaja berfikir bahawa ditahap remaja yang nafsunya meluap-luap, tanpa batasan pergaulan boleh mendorong perkara-perkara yang tidak baik.

Islam mengambil pendekatan pencegahan lebih baik dari mengubati. Sekiranya sesuatu telah terjadi, selalunya payah untuk dihentikan atau diubati. Nafsu-nafsi sudah menguasai diri dan pertimbangan akal tidak memberi makna apa-apa. Yang dipentingkan ialah kesedapan dan kelazatan yang sementara.

Berfikir proaktif secara syarak boleh membawa remaja berfikir di sebalik batasan hukum dan halangan syarak ada hikmah besar iaitu bagi menjaga maslahah remaja supaya tidak terjebak dengan perangkap nafsu nafsi yang kadang-kadang tidak mengenal batasan akibat.

Remaja Islam yang berfikir proaktif sentiasa mengatur jalan hidupnya secara terancang. Apabila bercita-cita tinggi ia membangunkan cita-citanya dengan usaha dan kesungguhan, dengan perancangan dan persiapan dan akhirnya cita-cita itu dapat dipenuhi.

Cabaran
Apabila berdepan dengan cabaran, ia tidak mudah putus asas. Dicarinya jalan bagaimana cabaran dapat diatasi dan jalan cita-cita tetap dilalui. Apabila bertemu kegagalan, ia tidak putus harap sebaliknya terus berusaha memperbaiki keadaan, membina strategi bijaksana supaya cita-cita tetap dipenuhi.

Remaja yang berfikir proaktif akan sentiasa mempunyai jalan keluar dalam hidup. Ia tidak mudah buntu dalam menghadapi kerenah hidup. Ia tidak mudah putus asa apabila menghadapi kegagalan.

Kerenah hidup baginya adalah pengalaman yang berguna dan kegagalan adalah ujian yang perlu dilalui. Sikap proaktif menjadikan remaja tetap yakin bahawa dihujung terowong akan ada cahaya yang menanti.

Dihujung setiap usaha akan ada hasilnya. Dan dihujung cita-cita akan ada kejayaannya. Tanpa berfikir proaktif remaja akan tewas sebelum perjalanan sampai dan remaja akan terjebak dalam belitan hidup sehingga tidak mampu melepaskan diri lagi. Berfikir proaktiflah yang boleh membantu remaja memilih jalan yang baik atau sebaliknya.
- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

10 penyebab yang menciptakan kegagalan



1 Kurang jelas tujuan hidup.

2. Kurangnya keyakinan untuk mencapai hasil yang lebih.

3. Kurang disiplin.


4. Terlalu berhati‑hati.


5. Kurang Teguh.


6. Kepribadian yang buruk.


7. Menginginkan sesuatu hal yang tidak berguna.

8. Kurang konsentrasi dalam berusaha.


9. Tidak bersemangat

10. Ego

Monday, June 29, 2009

LUANGKAN MASA

Luangkan masa untuk berfikir
Ia merupakan sumber kekuatan

Luangkan masa untuk bermain
Ia merupakan rahsia keremajaan yang abadi

Luangkan masa untuk membaca
Ia adalah sumber kebijaksanaan

Luangkan masa untuk sembahyang dan berdoa
Ia adalah ketenangan yang paling besar di bumi

Luangkan masa untuk bercinta dan dicintai
Ia adalah perasaan anugerah Tuhan

Luangkan masa untuk beramah-mesra
Ia adalah jalan menuju kegembiraan

Luangkan masa untuk ketawa
Ia adalah irama untuk jiwa

Luangkan masa untuk memberi
Ia mengurangkan sikap mementingkan diri

Luangkan masa untuk bekerja
Ia adalah harga kepada sebuah kejayaan

Luangkan masa untuk beramal jariah
Ia adalah kunci jalan ke syurga

Tuesday, February 24, 2009

ABC ATTITUDES OF PEAK PERFORMERS


A - Affirm yourself with a positive self-image
Membentuk imej positif

B - Believe in yourself in everything you do
Percaya dalam setiap tindakan yang dilakukan

C - Control your emotions
Kawal emosi

D - Develop your potential
Bina potensi diri

E - Enjoy the greatness of each moment
Menikmati setiap saat yang indah

F - Focus and expand your area of influence
Fokus dan kembangkan pengaruh anda

G - Goals give you direction in life
Tetapkan matlamat dalam hidup

H - Honesty is the best policy
Kejujuran adalah polisi terbaik

I - Ignore the negative people and events around you
Abaikan individu negatif disekeliling anda

J - Just do it! Don’t wait for the perfect timing
Lakukan apa yang ingin dilakukan. Jangan tunggu

K - Knowledge in action gives power
Pengetahuan memberikan anda kuasa

L - Live with limitless possibilities
Hidup dengan kemungkinan yang tiada batasan

M - Make A Difference(M.A.D)
Lakukan perubahan!

N - Nurture your mind with positive and inspiring thoughts
Semulajadikan minda dengan perkara yang positif dan menyihatkan

O - Optimize the use of your resources.
Optimumkan sumber anda

P - Plan your work and work your plan
Rancang kerja dan buat ikut perancangan

Q - Quitters never win, and winners never quit
Orang berputus asa tidak akan menang, dan pemenang tidak akan berputus asa


R – Re-Thinks, Re-Focus, Re-Learn and Re-Energize Your Role and Performance
Fikir kembali, focus kembali, belajar kembalidan hidupkan tenaga tentang peranan dan pencapaian

S - Stop pro-crastinating. Do it now
Berhenti mengeluh. Bekerja!

T - Time is life, so maximize the use of it
Masa itu emas, maksimumkannya

U - Upgrade your value through learning
Tinggikan nilai anda melalui pembelajaran

V - Visualize what you want in life
Visualkan apa yang anda inginkan

W - Watch and observe your habits
Perhatikan tabiat anda

X - X’ccelerate your success with a 110% effort
Gandakan usaha sehingga 110%

Y - You are originally unique,don’t compare
Anda adalah unik. Jagan buat perbandingan

Z - Zoom in your goals and go for it
‘Zoom’kan matlamat anda!

Thursday, August 14, 2008

MEMBINA KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri kerap kali memisahkan antara kejayaan dan kegagalan dalam kehidupan. Orang yang berkeyakinan diri adalah lebih berjaya dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka berbanding dengan mereka yang kurang yakin terhadap diri sendiri.

Malangnya, ramai orang kurang yakin pada diri sendiri dan ini menghalang mereka daripada mencapai prestasi unggul di tempat kerja serta dalam lapangan hidup mereka yang lain. Mereka telah menjadi musuh ketat diri sendiri dengan mengamalkan sistem kepercayaan yang negatif dan tingkah laku sabotaj diri.

15 PETUA MEMBINA KEYAKINAN DIRI

1. Kenali diri anda yang sebenar

Kenal pasti dan eksploit kekuatan atau bakat anda.
Jangan dihantui oleh kelemahan atau kekurangan anda.

2. Amalkan bual-diri yang positif.

Dari semasa kesemasa, ulang pengesahan “ Saya boleh lakukannya. ” Gantikan
fikiran negatif dengan fikiran positif. Elakkan kritikan diri sendiri.

3. Berdampinglah dengan kawan-kawan yang berfikiran positif.
Jauhi orang yang “toksik” atau kaki caci.

4. Akui dan raikan kejayaan atau pencapaian anda.
Berikan pujian kepada diri sendiri dan jangan atributkan pencapaian anda
pada nasib yang baik.

5. Tetapkan matlamat-matlamat peribadi matlamat kerjaya. Matlamat-
matlamat mestilah realistik, spesifik, dapat ditentusahkan dan
berbatas waktu.

6. Elakkan diri daripada mementingkan kesempurnaan. Jangan harap-
kan kesempurnaan dalam tiap-tiap aspek kehidupan anda.

7. Belajarlah untuk menjadi seorang yang asertif. Beranikan diri untuk
mengemukakan pendapat anda atau mempertahankan hak-hak asasi
anda tanpa menjejaskan hak-hak orang lain. Katakan “Tidak” kepada
permintaan yang tidak munasabah.

8. Perbaiki kemahiran komunikasi anda. Berlatihlah bercakap dalam
mesyuarat. Berucap di depan khalayak ramai ialah satu cara yang
terbaik untuk mempertingkatkan keyakinan anda.

9. Kekalkan ketabahan. Jangan cepat mengalah. Berusahalah sehingga
anda berjaya.

10. Jangan sekali-kali mengecil-ngecilkan diri sendiri atau pencapaian
anda
.Terimalah pujian dengan ucapan “terima kasih” serta senyuman.

11. Anggaplah kegagalan sebagai suatu pengalaman pembelajaran.
Menurut Anthony Robbins, “Kegagalan tidak wujud. Yang wujud hanya
hasil.”

12. Jangan sekali-kali memandang rendah kebolehan anda. Anda tidak
tahu apa yang anda boleh buat hingga anda mencubanya.

13. Tambahkan pengetahuan anda dan kemahiran yang berkaitan dengan
kerja.
Jadilah pakar dalam bidang yang anda ceburi.

14. Bayangkan kejayaan. Bina imej mental yang terperinci tentang
tindakan anda yang berjaya.

15. Bertindaklah dengan penuh keyakinan diri. Senyum dan tentang mata
orang yang berkomunikasi dengan an

Tuesday, July 29, 2008

PETUA MENGEKALKAN KETABAHAN

Dalam keadaan suasana ekonomi yang tidak menentu ini, ramai orang sentiasa mengeluh memikirkan nasib masing-masing.Kita mesti ingat! kehidupan kita mesti diteruskan.Dalam suasana sekarang kita perlu sentiasa tabah.

Di bawah disenaraikan beberapa panduan yang boleh dijadikan panduan untuk mengekalkan ketabahan:

1.Yakin betul-betul akan diri anda dan sentiasa minta pertolongan Allah.Buat kerja sebaik mungkin dan selainnya berserahlah kepada Allah.

2.Ingatkan diri anda tiap-tiap hari tentang matlamat-matlamat yang hendak dicapai.

3.Laksanakan Pelan Tindakan anda setiap hari.Lakukan kerja mengikut keutamaan.

4.Amalkan bicara kendiri yang positif.Dari masa ke semasa, ulang pengesahan diri "saya boleh lakukannya".

5.Bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif; jauhi orang yang "toksik".

6.Jangan cepat mengalah.Teruskan usaha hingga berjaya.

7.Bersedialah untuk menghadapi sesuatu yang tidak diduga.

8.Jangan lupa untuk berdoa.