Showing posts with label kempen. Show all posts
Showing posts with label kempen. Show all posts

Friday, March 6, 2009

PLUS didik pemandu berdisiplin

KUALA LUMPUR 6 Mac – Di sebalik masalah lumba haram yang berleluasa, PLUS Expressway Bhd. (PLUS) mempunyai langkah tersendiri untuk mendidik pemandu agar lebih berdisiplin.

Caranya adalah dengan menggalakkan penyertaan para pemandu muda di dalam perlumbaan Go-Kart PLUS Rotax Max Challenge 2009 yang dilancarkan hari ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Noorizah Abd. Hamid, selain memenuhi tanggungjawab sosial syarikat, kejohanan itu diharap dapat memberi peluang kepada pemandu muda mendalami ilmu sukan permotoran.

“Ia diharap dapat melahirkan generasi pemandu baru yang lebih berdisiplin, cekap dan berhemah sekali gus mampu membendung gejala lumba haram di kalangan remaja,’’ katanya selepas melancarkan kejohanan itu di sini hari ini.

Perlumbaan tersebut akan diadakan di Litar Speedway PLUS, ELITE USJ esok.

Sumber: Utusan Malaysia

Wednesday, October 10, 2007

8 Petua Keselamatan Jalan Raya

Salam Sejahtera dan Selamat Berpuasa semua!

Hari ini dah ramai kawan-kawan kita mula pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bersama keluarga.Jalanraya pastinya akan lebih sibuk pada besuk dan lusa.Dalam keadaan yang sebegini semua pengguna jalanraya perlu berhati-hati ketika di jalan raya.Di bawah disenaraikan 8 petua untuk keselamatan Jalan Raya.Semuga semua kita selamat pulang dan selamat kembali.

8 Petua Keselamatan Jalan Raya

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.