Wednesday, June 24, 2009

BAGAIMANA BENTUK TIDUR ANDA???

Kedudukan anda semasa tidur juga dapat mencerminkan perwatakan anda.Baca dan kenalilah diri anda!!!


Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala


Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup anda dan anda menjaga keluarga anda sebaik mungkin! Tetapi anda sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri anda yang agak memilih.


Selubung seluruh badan dengan selimut

Anda sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri anda itu, anda adalah individu yang pemalu dan lemah. Anda terlalu menyimpan rasa dan sekiranya andau berhadapan dengan sesuatu masalah, anda lebih
gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa anda sering meracau sewaktu dalam tidur anda.


Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang

Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Anda lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri anda memang dipuji.


Tidur meringkuk

Anda berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri anda. Anda sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan anda. Anda beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidup anda.


Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti anda. Individu yang berada di sekeliling anda harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri anda kerana anda dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

Anda adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri anda. Selain itu anda juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya anda harus belajar untuk lebih bertenang.


Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk tadi. Anda adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, anda perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri anda itu. Sekiranya anda mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik anda yang abadi.


Tidur meringkuk di satu arah

Cara tidur sebegini melambangkan anda adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Anda akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang anda lakukan.Anda akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.


Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri anda yang sebenar.Anda cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu anda juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun anda beruntung kerana pendapatan yang anda miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri anda... jadi, siapa pula yang anda maksudkan dalam cerita rekaan anda baru-baru ini?


Tidur meniarap

Sekiranya anda tidur dengan cara meniarap sepanjang malam, anda adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran anda terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri anda sendiri.Anda juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

No comments: