21 PETUA MENANGANI TEKANAN DENGAN JAYANYA
1. Terajui kehidupan anda dan jangan menyalahkan orang lain bagi masalah-masalah anda. Ketahuilah kerja anda dengan mendalam. Tetapkan matlamat-matlamat yang realistik dan tentukan prioritinya. Buatlah keputusan yang bijaksana.
2. Belajarlah untuk menyayangi diri sendiri dan terimalah apa yang tidak dapat anda ubah. Jangan terlalu mementingkan kesempurnaan.
3. Percayalah akan diri sendiri dan amalkan sikap yang positif. Jangan risau tidak tentu fasal; jadilah orang yang ceria. Memendam perasaan risau tidak akan menolong anda dan ia hanya akan menjadikan tekanan lebih teruk. Anggaplah masalah-masalah sebagai cabaran atau peluang.
4. Kenal pasti punca-punca tekanan anda dan cuba sedaya upaya untuk mengelakkannya.
5. Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit, tiga atau empat kali seminggu. Senaman menjadikan anda sihat dan membantu anda berasa selesa dan kurang tertekan melalui pelepasan endorfin dalam badan.
6. Luahkan kebimbangan dan kekecewaan anda kepada sahabat yang rapat atau teman hidup anda. Proses mendengar dan menunjukkan keprihatinan dapat mengurangkan tekanan.
7. Bertafakurlah dari semasa ke semasa. Perbuatan bertafakur menenangkan minda dan mengimbang balas kesan negatif tekanan.
8. Kekalkan diet yang seimbang serta berat badan anda yang ideal. Elakkan lemak, gula, garam kafeina dan daging merah yang berlebihan. Makanlah makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Minum antara 6 – 8 gelas air sehari. Jangan merokok.
9. Pastikan anda mempunyai tidur dan rehat yang mencukupi. Kebanyakan orang dewasa memerlukan antara 6-8 jam waktu tidur setiap malam. Kurang tidur menyebabkan seseorang menjadi cepat marah.
10. Bergaullah dengan orang yang memberangsangkan atau mereka yang mempunyai rasa lucu. Elakkan dari menjadi kaki cerca atau tukang gosip dan menjadi orang yang “toksik”.
11. Tingkatkan harga diri anda. Sayangi dan percayai diri sendiri. Gemari kerja anda. Anda tidak mungkin bermesra dengan orang lain sekiranya anda tidak berasa selesa dengan diri sendiri.
12. Imbangi kerja dan rekreasi. Jadualkan waktu untuk berekreasi bagi menenangkan minda dan badan anda. Cuba elakkan membawa kerja pulang ke rumah.
13. Gunakan teknik penenang seperti menarik nafas panjang atau mengendur otot secara progresif.
14. Hitunglah rahmat yang ada pada diri anda serta lakukan sesuatu yang baik untuk orang lain.
15. Suburkan daya humor anda. Sesetengah pakar percaya bahawa gelak ketawa ialah penawar terbaik untuk tekanan.
16. Urus masa anda dengan jayanya. Sediakan Senarai Akan Lakukan harian, elakkan daripada berlengah-lengah dan jadilah seorang yang asertif. Belajarlah untuk mengatakan “Tidak” kepada tuntutan yang tak wajar atau tak realistic daripada orang lain.
17. Apabila mengalami suatu stres, jangan panik. Berfikirlah secara logik dan rasional.
18. Luaskan lingkungan sahabat anda. Kajian menunjukkan bahawa jaringan sokongan sosial dapat meminimumkan tekanan dalam kehidupan seseorang.
19. Belajarlah untuk bertenang. Nikmati muzik dan bercutilah dari semasa ke semasa.
20. Dapatkan kaunseling professional jika anda menghadapi kesulitan untuk mengatasi tekanan.
21.bagi yang beragama Islam, Berzikir dapat menenangkan jiwa kita.
Saturday, July 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment