Faktor terpenting yang mempengaruhi harga diri kita ialah imej diri. Apa itu yang dikatakan imej diri? Imej diri merupakan gambaran mental tentang diri seseorang atau siapa kita fikirkan tentang diri kita.
Sebahagian besar imej diri anda telah dirosakkan oleh tanggapan pengalaman masa lampau anda: kejayaan dan kegagalan,Anda menjadi apa yang anda paling kerap fikirkan. Apa sahaja yang lazim anda fikirkan akhirnya terpahat dalam minda separa sedar anda. Apa-apa pun yang dipercayai sebagai benar oleh minda sedar anda, akan dianggap benar dan diterima sebagai satu kepercayaan oleh minda separa sedar dan membawanya ke tahap realiti.
Imej diri juga menentukan batas pencapaian seseorang; apa yang boleh dan tidak boleh anda lakukan.Ramai orang gagal mencapai kejayaan yang besar dalam kehidupan kerana imej diri yang negatif, dan bukan kerana kekurangan kemampuan atau bakat. Orang yang mempunyai imej diri yang negatif lazimnya akan mempunyai harga diri yang rendah. Oleh itu, mereka berasa tidak yakin untuk hidup cemerlang serta tidak kompeten untuk menangani cabaran-cabaran asas dalam kehidupan. Imej diri yang rendah menapis sebarang mesej positif dan mereka sentiasa berfikiran negatif.Sebab itulah bagi sesetengah orang bengkel motivasi tidak memberi sebarang makna bagi mereka.
Ramai orang, terutama mereka yang mempunyai harga diri yang rendah, telah menjadi mangsa pemprograman lalu berdasarkan input negatif daripada orang lain Ketika membesar, ramai antara kita telah dihujani oleh input negatif daripada orang lain seperti Kamu tidak pandai!, Mengapa kamu bengap sangat?Kamu orang miskin apa yang kamu tahu?kamu tidak hebat! Dan lain-lain label negatif lagi..
Ramai orang mempunyai imej diri yang herot yang tidak mencerminkan potensi sebenar mereka (bakat dan kemampuan sebenar). Kita telah diajar menjadi negatif oleh orang lain. Kita telah menerima input negatif daripada orang lain dan mengangapnya sebagai sesuatu yang mutlak.
Di bawah ini dicadangkan beberpa langkah untuk memprogramkan semula imej diri anda:
1. Tuntutlah kebenaran tentang diri anda. Kebenaran itu akan membebaskan anda daripada belenggu pemprograman negatif masa lampau. Adakah imej diri anda kini mencerminkan Anda Yang Sebenar? Apakah kekuatan dan kelemahan anda? Apakah kepercayaan
2. Cabar dan padamkan kepercayaan negatif anda. Katakan “Berhenti” atau “Batalkan “ atau berkata "tidak" dengan kuat apabila anda bertembung dengan fikiran negatif.
3. Gantikan fikiran negatif dengan fikiran positif. Fikirkan kejayaan, bukannya kegagalan. Jangan sekali-kali merendahkan diri anda. Lihat diri anda dari perspektif baru; sahabat karib diri anda.
4. Tonjolkan fikiran positif dari semasa ke semasa. Perteguhkan imej diri anda dengan menulis pernyataan-pernyataan positif tentang diri anda pada kad-kad pengesahan. Letakkan kad-kad itu di tempat yang sesuai agar anda dapat melihatnya setiap hari (contohnya, di atas meja anda atau pada cermin muka di bilik air).
5. Bayangkan gambar mental baru anda yang berjaya. Ini akan membolehkan minda separa sedar anda bertindak balas seolah-olah anda sudah berjaya dalam usaha baru anda.
No comments:
Post a Comment